Wahla~ rajin update skang! Ngah mood berblogging sangat nih!
Akhirnya, dengan berakhirnya sesi klinik terakhir semalam,10 presentation/assignment, wire bending pun dah hantar walau tak cantik mana, lecture tinggal seminggu plus 2 minitest lagi then revision week then professional exam, maka akan berakhirlah sesi 2009/2010.. InsyaAllah dapat naik tahun ke Tahun 4.. Korang doakan la kitorang semua ye..
So, how was it? Tahun 2009/2010 memang merupakan tahun yang banyak bagi pengalaman pada kina. Antara tahun yang paling busy. Antara tahun yang paling stressful but at the same time also very meaningful. Antara tahun yang banyak mengajar kina. Banyak sangat. Tapi, secara ringkasnya....
1. SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA
It's sooooooo true. Sebagai contoh, patient prostho kina, (sila baca
part 1 &
part 2 untuk feel yang lagi ummphh! ;) ) Patient yang ke-5 baru dapat... Tapi bila deliver, takde masalah pun. Semalam review pun, rasanya kitorang buat rekod terpendek review patient kot. Tak sampai 5 minit pun patient tu duduk.
Ok. cenggini ceritanya.. Patient datang setelah kitorang main sorok-sorok (kina cari patient, patient carik kina. haha). Apsal ntah boleh tak jumpa padahal tunggu tempat biasa. Sampai dah pukul 11 (appointment kul 10), Kina baru cakap kat partner "Erica, i rasa patient tak datang kot... :( " Tetibe Nik tegur, "Kina, tu patient dah lama tunggu.. " Makcik Tini tu pun, duduklah.. Kina pun mintak maaf la tak pasal2 sebabkan patient tunggu lama.. tanyalah khabar sume... Takkan nak terus sergah check mulut kan..
"Makcik sihat...? Ok tak pakai gigi ni?"
"Sihat.. Alhamdulillah.. terima kasih banyak2 nak.. terima kasih... Makcik sekarang dah boleh makan.. Makan ulam pun boleh.. Makcik dah try makan petai, jering.. (mesti dah lama mengidam nih! ;P) sume boleh.. Tak sakit pun..."
"Ye ke makcik...? Alhamdulillah.. Sukenye saya... Ada ulcer jadik tak? Ada luka2 skit ke...?"
"Tak ada.. tak ada langsung.... Terima kasih banyaklah nak..."
Dengan tiba-tiba, baru nak pakai glove nak check nih, dari arah mana ntah, Dr Norziha pun datang..
"Ni kamu buat apa ni?"
"Nak review Dr"
Dr pun menginterview sekejap makcik tini.. Dapat jawapan yang sama. Then Dr check camne denture tu, fit sume ok, dalam mulut pun ok. Takde bengkak apa...
"Ok dah. Boleh suruh patient balik"
"Hah? ok2 Dr"
Kina and partner hantar la patient balik.. Kitorang tak sempat nak tengok pun! Pastu, siap dapat markah penuh lagi! Thanx Dr~~~ :)
Pengajarannya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya atau dalam quote omputih yang fofuler,
"every cloud has a silver lining". Walaupun kitorang dah bertukar patient sampai patient ke-5 baru dapat, deliver sume ok. Ada kengkawan kina, dapat terus first patient, tapi, banyak problem.. Sampai akhir sem baru selesai.. So, percayalah. Mungkin kita terkurang kat sini, tapi Allah nak bagi kita lebih kat bahagian lain. Just sabar, berdoa and berusaha jugak untuk selesaikan masalah tu..
2. JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE
Especially if it involves others! Contoh terbaik, wire bending. Memang terkesan effect wat kerja last minute kali ni. Gaduh satu batch, tak dapat wat yang terbaik, exhausted-bertapa-dalam-lab-lunch-pun-tak-sempat-lenguh-lenguh-badan-kalau-ada-orang-nak-urut-pergh-best-giler-dahla-test-esoknya-tembak-sajelah... Dah2. Tak mau ingat balik Yang pasti dah hantar! Harap Dr terima la ye... Kesimpulannya, jangan wat kerja last minute! Paham kina?!
3. JANGAN PERCAYA BULAT2 APA YANG KORANG DENGAR. SIASAT DULU!
Kalau benda tu libatkan dua pihak, lagilah. Jangan tuduh melulu jek. Tanya dua-dua belah pihak. Sebab kadang-kadang, sebenarnya, dua-dua tak salah. Cuma ada salah faham jek. Tapi biasalah, bila sorang tak puas hati, bagitau kat orang lain, orang tu bagitau yang lain, tak pasal-pasal tambah dosa ngumpat lagi, cerita pun dah mungkin berubah dah tambah perasa garam, gula bagi sodap sket diforeng sampai kat pihak yang lagi satu, tak pasal-pasal perang dunia ke-4 meletus.. Bermasam muka sume.. Tak bestla camtu kan... Di kesempatan ni, kina nak mintak maaf banyak-banyak kepada semua yang terlibat kalau ada tersalah faham or menyebabkan orang lain salah faham kat korang.. I'm not perfect either... I'm very sorry and i'll try my best to avoid it next year and tak mau gaduh2 e.. Kita ada 2 tahun lagi to finish.. InsyaAllah...
Sebenarnya banyak lagi tapi cukup ar. Tahun depan lak kina tulis. Korang pun mesti bosan baca kina membebel. Layankan gambar (banyak tak hingat. hehe) jekla e~~~
Welcome to the Clinical World~
First time nak amek radiograph, excited!
Me: Muahahahhaha (evil laugh)
Rai : Huuuu.. Takutnye. Takutnye~ (Dengan nada gumbira)
Yang warna pink-purple tu, namanya
Rubber Dam = Empangan Getah
Function tanya en google la ye ;)
Demo extraction.. Kalau pembedahan, boleh klik sini
Taking impression
Apa2 pun, kami tetap enjoy :D
Lakonan dua pelakon cantik, menarik kau memang da bomb la!
Jangan memain, lakonan nak siapkan video assignment ni... hahha
Prostholympic yang memang hangat!
After perjumpaan ngan Colgate, kita lepak dulu~
Coating Ceremony~
Kina takdela tak terer men boling...
Tapi, diorang ni suka letak syarat "Sape menang kena belanja"
Oleh sebab kina kedeng gile JPA pun asik2 dah life2 fish...
Kina SENGAJA la kalah... (mode : berlagak! hahhaha)
Ngan dak2 course len :)
Kursus MPP 09/10
Toh Puan 09/10~
Hang out ngan kawan sekolah jugak~
Sesi Gosip? haha
Bercuti @ cameron! Len kali jangan lupa ajak! :)
Wedding kak liza (co-league kat memory lane dulu)
Skang dah 3 bulan mengandung dah! Tahniah kak~
Family? Err.. Satu cukuplah..
Biarlah rahsia... Poyo gile ayat!
Err.. between me and my sis, cuba teka sape lagi tua? (Perasan ;P)
And cuba teka berapa beza umur kitorang? huhu
Tapi yang pasti baju pink lagi comel~ Ahaks! (Abes mengamuk my sis baca ni...)
p/s- All the best to sume yang nak amek exam~~ Wish me luck too~~~ Doakan kejayaan kitorang sume ye :)
pp/s- Supposedly, i'm at sumwhere else now. To the people involve, I'm sorry couldn't join u guys. Coz i really extremely need a break. Hope u guys understand.. Sorry and thank you~