October 21, 2009

First Time Kena Bedah

Korang pernah kena bedah tak?

21 Oktober 2009 pada jam 3.15 petang di bilik surgeri 1 seramai 9 orang telah menjadi saksi pembedahan pertama kina. Bunyik cam gampang jek kan? Pembedahan apa? Minor Oral Surgery (MOS) untuk buang gigi bongsu...

Kenapa nak buang?

Sebab, gigi ni tumbuh ke arah pipi sikit.. (buccally erupted). So, kina selalu tergigit bahagian dalam pipi especially waktu makan. Lagi satu sebab gigi ni tumbuh senget sikit yang menyebabkan ianya tak dapat tumbuh sepenuhnya and makanan selalu tersekat kat situ ditambah dengan kemalasan kina untuk memberus gigi (nama jek budak dental. huhu...sori Dr Nurul..) lalu meningkatkan peluang untuk caries terbentuk maka langkah terbaik adalah untuk mencabutnya...(huu... skema giler ayat!)

Berapa lama ye? Sakit tak?

Takdela lama sangat, dalam setengah jam jek.. Time kene bedah tu, takde la rasa apa2. Yela.. dah kene inject ngan LA (local anaesthetic) bukan GA ye (General anaesthetic) so takdela pengsan tido time kene bedah tu cuma kebas kat bahagian yg nak dipotong. Basically tak rasa apa2 kecuali time Dr Safar nak keluarkan bahagian akar and akar gigi kina ni ngada-ngada nak ada curve-curve la pulak yang menyukarkan Dr Safar untuk keluarkannya dan memaksa beliau menekan-nekan mandible ku (rahang bawah) sehingga menyebabkan badanku terangkat-angkat menahan kesakitan yang okla boleh tahan lagi sampai beliau pun berpeluh-peluh takde orang nak lap nasib tak sampai menitik ke mukaku apa benda kumerepek ni sudah-sudah basically tak sakit la...

Itu time operation. After operation, makan sup ngan nasi.. Ala-ala cam bubur la.. senang sikit nak makan takyah kunyah.. Time ni LA stil ada.. tak hilang lg.. So, makan bahagian kiri jekla..(yang cabut tu kanan) sebab lidah kat bahagian kanan dah kebas kan.. Memang tak boleh nak rasa apa-apa la..Silap-silap gigit lidah, bukan kunyah makanan. Makan pun cam budak baru belajar makan .. meleleh keluar sampai kadang-kadang tak perasan pun.. huhu.  Skali lepas LA tu habis, even dah makan painkiller rasa berdenyut-denyut tak mau hilang golek-golek guling-guling atas katil sampai sejam baru la terlelap mata..

Lepas bangun, barulah ok skit... walaupun still cakap pelat-pelat telan air liur pun terasa, sakit berdenyut-denyut tu kurang la.. tu yang sampai boleh update blog tu!

And o yeah. MOS kalau buat kat private boleh kene charge antara RM500-RM1000. Kina buat kat sini? Free! hehe

AMARAN : GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR GELI NAK TERMUNTAH YANG TIDAK KETERLALUAN. JIKALAU ANDA SEDANG MAKAN SILA BERHENTI ATAU TINGGALKAN PAGE INI. SEBARANG KEGELIAN ADALAH TANGGUNGJAWAB MASING-MASING. 


BEFORE SURGERY



Kat sekeliling gigi tu gusi dah merah dah sebab bengkak and kalau korang boleh nampak ada cam lebihan kat  tepi gigi tu sebab selalu gigit pipi...


DURING SURGERY


Sempat lagi amek gambar masa ngah surgery.. thanx to penonton yang ramai Yana, Ai Ling (the photographer) Chai Jing (before me, dia ni yang kene bedah dulu), Erica, Chia Shin and Yet Wan..




nak keluarkan gigi tu...



akhirnye...



Dr Safar yang sangat serius!

AFTER SURGERY


dalam kenangan....



dah jahit dah..  :)


p/s: dapat MC 2 hari tu... XD


"A smile is an inexpensive way to change your looks"

11 comments:

et said...

hek3..saket~

blurnanny said...

hahaha.....b4 surgery bukan men nk berkaroke,,after??? uuu..aaaa..uu..aaaa...nk karok lagu slow pn ak xphm...da mcm ank ayam tercekik pasir pn ade...hahaha...btw..lpas ni da xde ulcer da la kat buccal mucosa tu...selamat2..

e-liex said...

et: skali skale... huhu
makcik rai : ei.. bley gak karok.. lagu anak ayam tercekik pasir le.. hahaha.. xpe2. nex nex week boleh!

Anonymous said...

hahahahahhaha...lawak gle bc mnde ni..dh tgelak sorg2 dh di mlm yg sunyi ni..anyway ni suhaili cute!

e-liex said...

su, kali ni i bley lwn buccal fat u~~ hehe

noin said...

huhuu
OMG!! sgt ngeri tgk picca2 tersebut..
huu

stil kene jahit gak yer?
waduh2 ngeri2 :P

e-liex said...

kadang-kadang even kina sendiri tengok terasa ngeri.. huhu

kene jahit... sebab gusi kene potong untuk buang gigi tu.. bukan cabut biasa..

si comel said...

47 ada caries!!!

e-liex said...

si comel : mn ade.. stained fissure jek..

Anonymous said...

kinot2
im here~
haha
guess who is me?jeng3
btw..ap ni bkl dentist ngeri tgk gamba2 bdh nie..xptt2
kinot kna bertapa smggu lg kat blk2 mayat@blk bedah
kc familiar ngan darah yg terpancut2 kua ke ap..hehe
n last but not least
gigi a bit kuning!!(msti bengang kan dgr)..hehe..
jgn mara..g suh kwn kinot scaling gg tu
so who is me?

e-liex said...

ANON
my busuk, kedeng, gigi-sendiri-kuning tapi-ngata-orang-lebih luvly bro!!

gigi warna a bit yellowish adalah perkara normal. ianya disebabkan tranlucency of enamel yang menampakkan warna lapisan dentine yang sememangnya berwarna sedikit kuning. ha.. kan dah terkeluar ayat gigi ni.. huhu

ngeri sikit jekla!