April 26, 2010

Part Time Jobs

Walaupun tiga hari dah meronggeng (Khamis-Times Square, Jumaat-Sogo, Sabtu-break la seari.. kemas bilik... Ahad-Jalan TAR) rasa tak puaaaaaaaaaaaaasss lagi! hehe. Bukan apa, pasni kina dah start keje part time dah. Bermula esok! Wahla, khamis lepas baru habis exam, isnin dah start part time? Memang workaholic! Huhu


Ok... Cerita pasal part time job ni, korang pernah buat tak? Kalau pernah sebagai apa? Katne? Bila? Sambil study ke tengah cuti? And yang paling penting korang buat tu untuk duit ke pengalaman? Sebelum korang menjawab soalan2 di atas (macam la ada orang nak jawab. huhu), meh kina citer skit pengalaman kina kerja part time nih


PART TIME JOB #1 - SALESGIRL @ MEMORY LANE
Bagi yang tak tau, memory lane ni kedai yang jual2 kad, hadiah, teddybear camtu... Kina kerja ni lepas SPM dari duk melanguk menambah lemak di badan dan membuat taik mata, baik gi kerja kan.. Tu pun setelah berkali2 ditegur oleh mak. huhu "Awak ni bila nak cari kerjanya? Kata hari tu lepas SPM nak kerja" Dengan itu, esoknya, kina cariklah kerja kat Giant Mall Kelana Jaya (sapa tau~~~?) yang dekat tak dekat gakla ngan umah.. 23 minit jalan kaki speed cam nak masuk pertandingan. Kalau hari tu cam lenggang kangkung konon2 nak control ayu, menjangkau 30 minit la..hehe. 


Mintaklah kerja kat beberapa kedai... Tapi.. punyalah memilih! Kedai makan kina taknak, penat! hehe. Dalam Giant Supermarket tu sendiri kina tak nak sebab taknak pakai uniform lagi satu kina takut kalau ada nak kena jual arak sume. Ada certain kedai pulak taknak Muslim. So, dalam banyak2 yang kina apply, Memory Lane jek yang call.. punyelah excited! 


So.. Camne? Best Tak?
Sangat banyak pengalaman. Jumpa orang baru.. buat kawan baru... belajar wrap hadiah.. buat riben..(tapi kalau suruh buat sekarang memang tak secantik dan secepat dululah ye) layan customer.. Cakap pasal customer ni, macam2 kerenah ada. Ada yang baik.. siap bagi kitorang makanan :), puji our efforts.. Ada yang cerewat mak datuk aih pening pale den... sampai ada sorang customer ni, kitorang dah cam banned dah dia. huhu. Ada yang gatal.. Nak no phone lah.. Siap ada yang ajak kahwin! (dahlah cute customer tu! wakaka) Ada pulak customer yang kitorang pekerja yang usha2. Sekali beli hadiah untuk awek pulak... Betapa kuciwanya kitorang. haha. Memang sengal.
Banyak pengalaman manis, banyak jugak pengalaman pahit. Kena marah ngan customer.. kena marah ngan bos... Kina berhenti pun sebab gaduh ngan bos actually. Long story short, sebab kina rasa tak dihargai. Apa2 pun, kerja kat memory lane mengajar kina banyaaaaak sangat perkara, membuka mata kina kepada dunia yang lagi luas dan bagi banyaaaakkk sangat kenangan. Memang MEMORY LANE lah~


PART TIME JOB #2 - ADMIN @ THE LIVING CLASSROOMS
The Living Classrooms (LC) nih merupakan satu pusat tuisyen bahasa inggeris. Nanti kina citer kat entry lain. Kina kerja kat sini total 12 hari jek. Sebab cuti tak lama mana pun time tu. Pelik tak ada gak bos nak pekerja kejap2 nih? Actually, kina tak cari pun kerja time tu.. Kina ngah tunggu adik kina yang belajar kat LC ni.. Sekali, the owner, Teacher Alma tegurlah kina.. (Kina pun ex-student LC)


"Hye. Sakina~ How are you? What are you doing now?"
"Hye teacher~~~ Fine... Actually, I'm on my sem break now.. hehe"
"Owh, really? Then what are you doing during your break? Would you like to work here?"
"Huh? But my break is only about a month..."
"It's ok.. I need some help here at the LC"
"Really teacher??!! Sure, i would love to!"


Dengan itu, kina pun memulakan tugas kat bahagian admin... cam kerani gitu la.. operator telefon, kemas2 update file, laminate, buat soalan untuk kanak2, bayar bil, pos barang...


So.. Camne? Best Tak?
Oleh sebab my boss aka my teacher sangatlah baik.. kerja sangat tak tension.... Kira happy cool jek.. Cuma, kerja kat office ni tak interact ngan manusia sangat.. So, kina tak berapa enjoy.. Tapi, still lots of experience dari segi camne sesuatu urusan tu berlaku... Camne nak bayar bil.. Serius kina tak tau sebelum ni yelah mana pernah bayar bil. Basically dari segi administration la... Tapi, ada satu hari, hari last kina kerja, kina kena kerja kat Taman Haiwan kat Sunway Lagoon (ntah apa nama betul dia lupa, nak tau google sendiri lah ye). Buat apa kat zoo ni? Jadi penjaga budak2 tadika~~~ Oh ye. Teacher Alma ni selain ada pusat tuisyen LC, juga merupakan owner satu tadika kat Kelana Jaya ni.... Sangat seronok menjaga budak2 ni~~~ Macam2 kerenah. Tapi, rasa paling seronok bila budak2 ni panggil "Teacher. Teacher." Huuuu.. walaupun suma beberapa jam jek kenal, diorang panggil teacher~ *Terharu2*


PART TIME JOB # 3
Yang akan bermula esok~ Tapi apa kubuat dah nak kat kul 1 nih! Tidur2. Takkan first day kerja nak datang lambat! Kerja sebagai apa? Jeng3... Tunggu~


Kesimpulannya, kalau korang ada peluang untuk buat sesuatu part time job tu, buatlah. Sangat banyak pengalaman yang boleh kita dapat. Manis, pahit, masam, masin.... Tapi semua pengalaman ni lah yang membantu kita untuk menjadi kita. The best teacher is your own experience!


Waffle + Aiskrim + Strawberry Syrup = Yummy~~~
(Makan kat Jalan TAR tadi.. Mengidam Float ngan benda alah nih~)



4 comments:

WaNi :) said...

huhu. . keje ape laa tue. . .

BeautifulNanny said...

ceh..mengidam la sgt..xabes ponnn..teeeeeeeett

suhaili azizi said...

keje ape???

e-liex said...

@ wani wanley & suhaili azizi
jeng3... just wait for the next entry :)

@nanny
teeeett!!! tapi stil habis separuh kan? hehe