April 24, 2010

ADAMAYA : Pilihan Sendiri vs Pilihan Parents

Hamboi3 kina.. bukan main habis exam rajin betul mengupdate blog~

Korang tengok tak citer adamaya tv3 pukul 6.30 petang tu? Ok. Honestly, kina cuma penah tengok satu episod jek. Ye ar, kat kolej mana ada tv dalam bilik... Takpe2. Dah suruh abang download. Lagi best melayan tanpa henti minus iklan lagi.


Walaupun ramai dah tau sinopsis citer adamaya ni, nak citer jugak. Berdasarkan satu episod yang kina tengok tu dan baca review2 blog lain. Adamaya yang diangkat dari filem 'I'm Not Single' dan dijadikan drama bersiri mengisahkan cerita tentang Adam (Sein Ruffedge *drooling* ish xsenonoh betul cepat lap! hehe) yang disuruh oleh parentsnya untuk berkahwin ngan Maya (Lisa Surihani -ni mesti sume laki suka ni) sebab parents si Maya ni nak gi Africa tak salah so kiranya takde orang la nak jaga Maya tu.... Yang jadik masalahnya, Maya ni dah ada boyfriend (apa ntah nama dia tapi Faizal Yusof la berlakon). Boyfriend yang jenis liat nak kahwin alasan tak ready memanjang. So, apa kesudahannya? Adakah boyfriend Maya berjaya merampas kembali Maya yang dah menjadi milik sah Adam dan berjayakah Adam mempertahankan perkahwinannya? Yang Maya pulak, bagaimana perasaan nya? Drama ni akan jadik drama wajib tengok untuk kina disebabkan Sein *drooling lagi* haha.

Berdasarkan citer ni, Maya cam berperang ngan perasaan sendiri sama ada nak pilih pilihan sendiri ataupun pilihan parents dia? Kalau koranglah kan, korang nak pilih sendiri ke ikut jek pilihan parents?

Bercakap pasal kahwin ni, teringat perbualan anak-beranak comel, Kina (me)-Hairani(mak) di depan tv

Anak : Mak, kalau awak kahwin waktu belajar takpe ke?
(Ye, korang tak salah baca, bukan typo, kina memang bahasakan diri sendiri 'awak' secara automatik dengan family. Kina salahkan abang kina sebab dia la yang ajar kecik2 dulu bahasakan diri sendiri awak pastu kalau orang lain cakap saya. Memang terbalik. Last2, abang kina tu dapat ubah, kina tak dapat nak ubah kekal sampai sekarang tapi hanya depan family. Sangatlah cis. Sebab tu kalau kina gayut ngan mak kat tepon pun orang lain ingatkan gayut ngan boyfriend. huhu)

*ok sambung balik*

Mak : Hmmm.. tengok keadaan la...

Anak : Ala... mak pun tak boleh bantah2 sangat kan... Sebab mak dulu pun kahwin time belajar kan.. hehehe...

Mak : Hm... iyela.. yela... Tapi awak ni dah ada calon ke akaknye?

Anak : err... *terdiam kejap* Ala.. kan hari tu mak cakap nak buat jamuan panggil staf2 lelaki TNB yang mak dah tapis. Pastu baru 'awak' pilih mana yang berkenan... Kan? Kan? Mak cakap camtu kan hari tu? (Gila sporting mak camni. haha)

Mak : Awak sekarang tahun berapa? Tahun 3 kan? Belajar 5 tahun. hmm.. awal sangat lagi.. Nanti awak tahun empatlah mak buat...

Ha... sekarang dah habis dah tahun 3 ni mak~ InsyaAllah naik tahun 4.. Bila nak buat jamuannya ni mak~~~ ahahahah. ;P Oklah.. bagi kinalah kan.. tak kira lah pilihan sendiri atau pilihan parents, yang penting kahwin ni satu perkara yang sangat besar. Kalau pilihan sendiri pun, pastikanlah dapat restu dari parents. Biasa kalau parents tak bagi tu ada la sebabnya.. Diorang kan lagi banyak pengalaman.. Kalau pilihan parents pun, pastikanlah yang korang pun terima dan redha dan suka jugak dengan your partner jangan samapi terpaksa pulak kahwin tu.. Dah jadik tak ikhlas... Camne nak bahagia?

p/s-Mak,janganlah buat jamuan tu betul2 pulak. Sekali dah ada calon ke, kan parah. hehehe XD

15 comments:

Kie-yu said...

mak kina very sporting. i loike~ ^_^

Nurul Harun said...

hekhek. ada jealous sikit disituasi antara kina dan mak.. hehehe.. dan kelakar okay! haha. :)

salam kenal ya kina.

e-liex said...

@ kie-yu
thanx~ >_<

@ nurul harun
salam kenal~ thanx >_<

dAyAnA said...

hum..humm..ehem ehem..terasa teruja bila dijemput mengkomen blog nie..hahahaha..penting ke komen i? auuww~hikhikhik!

ok..pada org, and memang nilah pegangan org tyme bercinta up until now..laki tu mestilah diapprove oleh mak..(sebab ayah mcm tak kesah sgt)..erm..and alhamdulillah la current bf tak susah nak dpt greenlight to compare with the previous one..maybe sebab tu kot tak kekal..

hurm..sape2 pun yg kita pilih, 1stly mestilah diapprove..pastu baru kita yg approve ke tak...kalau syg nak mati pun, mak tak suka..i wont continue the r/ship..cos i know and i believe that watever it is, blessing form parents sgt la penting~

tentang pilihan parents lak..i dunno la nak komen cane, cos tak pernah terjadi lagi kat fam..hurm..tapi kalau parents pilih, dan takde kekurangannya kat kaca mata kita..terima je kot..and try suka pastu..lagi2 kalau pilihan parents tu stok2 sein..omg!~hehehe

anyway, it is sooo weird to read about u getting married or bercinta ke apa..still rAsa kamu budak2..kekekeke...peace!

e-liex said...

@ k dayana
wahla... dah dapat greenlight ye kak~ bila nak majlisnya~~~~ heheh

"lagi2 kalau pilihan parents tu stok2 sein.. omg!"

*drooling lagi* hahah

is it? memanglah saya comel gitu tapi muda 2 tahun jek dari akak.. takdelah banyak mana pun bezanya...
makaseh kerana sudi mengkomen panjang lebar lagi and made me laugh! XD

~ Ann ~ said...

haha.. best la entry ni..

abes la abes la.. mak datang baca calon baru tau.. gatai ni nak kawen sangat.. hahahaha

e-liex said...

@ ann
thanx~ takpe2.. mak kina tak main blog2 ni.. haha. ada coursemate nak kahwin cuti ni.. tu yang terasa kehangatannya. hehe

BeautifulNanny said...

gila gatal budak ni...meh ak sombat nasi minyak byk2 esok..haha

e-liex said...

@ nanny (perhatian : takde beautiful. haha)
bila ko jamu aku nasi minyaknye~~~ ;)

jane said...

aku tk kisah pilihan sape2..tp syarat aku kene suke dia

ngahahahha

deqyalalink said...

haha lady D poyosss komen jeleee hehehehhehehhe :p

ok nak kome jugak !! bace leklok !!

org ckp course kite ni bukan setakat bahaya study, nak carik laki pon bahayeeee..kot2 kite dah grad, nak keje, semua orang takutttt nak dekat ngn kite sbb title DOKTORR tu mengacawwww !! lagipun zmn sekarang tak cam dulu, laki zmn skarang mostly dah ade calon..kalau lambat cari alamat melepas..:P tapii orag kte jugakkk KALAU JODOH TAK KEMANEEE..tu org cakap la leha cakap jugak tp zaman dulu ley pakai la ayat ni zmn sekarang taktau taktau..maybe ketentuan yang akan menentukan jodoh kite..kalau dapat parents yang memahami situasi anak mereka yang SINGLE n taknak anak jadi ANDARTU kompom dapatla sebijik anak member..but then if anak membe pun DAH BERPUNYE?? haaaa..hang pikiaq naaa...lagi ! zaman sekarang nisbah lelaki makin sikit ! kalau dapat jadi bini ke4 kene redha la ye dak? T_T takmauu...

ok byee !! komen baeqq punyee manthop bergaye hebat menjunam!

bye !

akmal hacks said...

awk.hehe.. x sia2 sy terjah dr GB.. ade gak bunga kt cni..opsss..hahaha

suhaili azizi said...

cr bf time stadi..tu penting!!klo dh dpt mcm sein..rembat je xyah pk pjg!!hehe

otak ketat said...

elelelele. padahal mmg nak kan jamuan tuh? hahha. wey kalau mak kau buat jamuan tuh jgn lupa jemput aku dtg skali oke ;)

e-liex said...

@ jane
yeah! tu syarat utama~

@ deqyalalink
takmau~~~ carik skang jugak! haha

@ akmal hacks
thanx~~ eleh. takkanla ramai2 tu takde sorang pun? haha

@suhaili azizi
masalahnya tak dapat! haha. teringin nak cam kak shida-jumaat nikah, sabtu-grad, ahad-majlis. bahagianya~~

@otak ketat
ko memang memahami. hahaha ;P