March 29, 2010

Baik dengan Ex, Boleh ke?

I've once read, when a couple break, especially the one who's being dumped, he or she'll go through these 4 phases

Phase 1 : Angry
Phase 2 : Sad
Phase 3 : Acceptance
Phase 4 : Move on and carik len la~

Betul ke? Hmmm....

Ok. berbalik pada topik asal. Kalau korang break, korang leh baik ke ngan ex korang? Well, to me yang takde-pengalaman-couple-suci-very-naive-gitu-cuma-ada-pengalaman-ala-ala-couple-tapi-kene-reject-dengar-citer-kengkawan-jekla-duk-terpk-bila-musim-percintaan-aku-nak-tiba-confirm-korang lagi-banyak-pengalaman ni, it depends on two things :

1. CAMNE KORANG BREAK

Kalau reason korang break sebab korang dapat tangkap si dia curang ke... Sakit hati. Geram. Terfikir "punyalah aku setia cam orang bodoh jek dier menggatal carik orang len" Rasanya, kalau keadaan camni, korang takkan baik la ngan ex korang kan...?

Tapi, kalau korang break secara aman, masing-masing dah tak bersefahaman, hmmm... boleh kot still berkawan?

2. PERASAAN KORANG SENDIRIK!

Kalau perasaan korang still sama jek even dah berbulan-bulan break..
Kalau korang tak habis-habis ingat balik kenangan dengan si dia..
And then korang mulalah rasa rindu sangat but u know it will never happen again
Kalau korang mula jadi stalker dia.. Tengok dia kawan ngan sape..
Kalau dia ada partner baru, korang stalk pulak partner dier.. Pastu mulalah rasa sakit hati.. 
Kalau korang keep on asking yourself
"bila la nak belajar terima hakikat?"
"camne la nak belajar terima "he/she's not for u"
"camnela nak belajar tak fikir "i want him/her"
Atau dalam erti kata mudahnya korang tak bergerak-gerak dari phase 3...

Then, better DON'T stay as friends. Iye, memang tak baik putuskan persahabatan, tapi kalau persahabatan tu menyeksa diri kita, watpe kan? Tak pasal-pasal korang nangis, tak pasal-pasal korang sakit hati, tak pasal-pasal korang mengharap benda yang takkan terjadi....  Bak kata kak miaIf a man wants you, nothing can keep him away. If he doesn't want you, nothing can make him stay. So, move on!

Tapi kalau korang cool jek tak rasa apa2 especially kalau korang pun dah found the new one, boleh jek~

Bagi kina yang takde-pengalaman-couple-suci-very-naive-gitu-cuma-ada-pengalaman-ala-ala-couple-tapi-kene-reject-dengar-citer-kengkawan-jekla-duk-terpk-bila-musim-percintaan-aku-nak-tiba-confirm-korang lagi-banyak-pengalaman, kina rasa kina tak boleh kot baik dengan ex... And the reason would be the second reason....

Tetibe teringat quote yang diamek dari sini

"Jika kau memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
hendaklah kamu mengambil ikan itu. 

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. 
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup."



Sama lah juga ;

"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKANsegalanya selagi dia mengingatmu."



p/s-lagi quote dari fifie ierina "when there is frustation, there will be a motivation to wake up"

pp/s-pergi summit semalam, tu yang tetibe teringat plak kenangan lama... huuu

March 25, 2010

One's True Colour...

Senior2 semua gitau, "nanti, korang dah masuk clinical year, korang akan nampak dengan sebenar-benarnya, siapa kawan and siapa lawan." And it seems that they're right. Kata orang, perangai sebenar seseorang, kita bley tau bila keadaan dah terdesak. Betul ke? So, apa perangai yang akan terserlah?


NOTA PENAJA : ENTRY INI DITULIS SECARA GENERAL. BUKAN NAK MENGUTUK OR MENGHENTAM SESIAPA SPECIFICALLY. KEPADA YANG TERASA...  HMM.. SIAPA MAKAN CILI, DIER TERASA PEDASNYA.. KAN?


1. JUAL IKAN = SELFISH = PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!


Ok. Camni citernye. Al kisahnya kitorang kena buat wire bending. Menatang apa wire bending nih?


Err.. tak siap lagi nih! huhu

Wire bending ni kena dapat approval daripada Dr. Bukannya boleh main bend2, bengkok2 sket dah, siap. Mau kematu jugak jari comel kina wat benda alah ni. Ok. Memang salah kitorang la wat agak lambat. Biasa la, last minute... Banyak pulak membebelnya. Dah2. Cerita cepat.

Pada satu petang yang ramai giler orang nak tunjuk Dr dapatkan signature, yup, memang sepatutnya group CD punya session, tapi perlu ke ko potong queue sume orang dah siap tulis nama lagi, gi mengadu kat Dr, ari ni group CD punya session. Bagi budak CD jek yang tunjuk. Dr tolerate la, bagi budak CD priority. Kalau CD dah abes, baru leh dak group len. Ok. fine.. skali sampai 2 jam setengah tu x abes2 lagi dak group CD. Mana nak abesnya, Dr suruh alter sket, pastu korang ubah, pastu masuk tunjuk balik kat Dr. Bukannya beratur belakang budak group len lassssst skali. Memang sampai abes session pun tak mungkin dak group len bley masuk!

Tapi yang jadik isunya,  Ko pehal?!!! Time session group lain, ade pernah kitorang halau ko keluar? First come, first serve la. Even time tu patutnya group kitorang punya session, ada kitorang bagitau Dr check group kitorang nye jek? Semua orang pun nak dapat markah, semua orang pun nak Dr punya signature, So, kitorang paham la bila korang masuk group lain punya session and mintak tanda tangan Dr. Be considerate la. Ni tidak. "Argh.. lantak diorang la. Sape suh diorang wat lambat. Padan muka. (one part, memangla padan muka.. huhu -ni kina tak salahkan orang len la, salah kina sendiri la..T_T) Lantak koranglah, asal aku dapat lepas, dapat sign Dr, cukup. Korang? Hmm.. Nasiblah..."

And disebabkan nila setitik, tak pasal2 group members korang pun terima padahnya... Tak pasal2 satu batch bengang ngan group korang. Sedih kan?



2. DENGKI + IRI HATI

Dengan bergaya ayu, dah siap pakai lab coat kemas bergosok, melangkah yakin nak menghadap competency test tetibe
"Kak Ain, hari ni competency Group DEF jek, jangan bagi AB masuk. Diorang dah banyak kali ponteng kelas OP untuk masuk Endo"

WHAT THE HELL??!!! Bila masa plak group kitorang selaluuuuuuu sangat ponteng kelas OP untuk masuk endo?! Plus, macam la ko tak penah ponteng kelas OP untuk masuk Endo. And yang ko dengki sangat ngan group kitorang nak masuk teruskan niat murni nak siapkan competency test apa kes?! Tak pasal2 kengkawan aku yang dah ready semangat giler nak masuk competency tu, kena turun bagitau Dr, Dr  bagi kebenaran, bagitau Kak Ain tu pulak, Kak Ain tu nak dengar cakap ko jugak ntah pasal ape ntah, barulah kengkawan ak boleh masuk lab tu.. Kalau aku lah kat tempat diorang, betapa tak tenangnya nak amek test tu...

3. TAMAK = GILA REQUIREMENT SAMPAI TAK PEDULIK PUN ORANG LAIN

Patient : Sakit kat gigi ni... (Sambil tunjuk gigi geraham)
Operator = Gila Requirement : Owh... Ok... (Dalam hati, "wah, kat gigi depan ada lubang. Gigi depan lagi senang, markah pun banyak. Boleh buat 2, 3 gigi. Kalau buat gigi belakang sempat buat satu jek")

So, bila supervisor tanya nak buat gigi mana..
Operator = Gila Requirement : Patient complaint of the anterior (depan) teeth that compromised his aesthetic. So, i would like to do the restoration on 11, 21 (sekadar contoh, kina tak ingat la gigi mana...)

Wei... ko sanggup abaikan buat dunno jek ngan patient nye complaint semata2 nak kejar requirement. Semata2 nak markah banyak. Padahal dah cukup banyak dah markah ko tu! Orang len lagilah terkapai2 nak fulfill the requirement. Cool jek. Tamak sangat! Ingatlah markah tu bukan segala-galanya. Markah banyak, etika & kemanusiaan hilang,watpe? apa tujuan ko hidup sebenarnya?

4. LICIK GILER!

Dengan ayu, baju cun tak lupa lab coat dah gosok, Student A meneruskan mounting gigi Paeds (gigi kanak2) kat lab sambil membebel2... 
Student A : "wei.. korang ada gigi Endo lebih tak... " 
Dengan memecut laju lari ke locker 
Student B : "Saya ada. Saya ada. Ha... u pilih la.. Nak yang mana.. Nak amek dua pun amek la..."
Student A : "Betul ni? Wah.... Thank you.. Thank you.."

Hari berjalan seperti biasa. Bila time simulasi Paeds, bila gigi Paeds diperlukan dengan tak semena-mena,
Student B : Ha... ari tu, I dah bagi u dua gigi.. I skang nak mintak satu jek gigi paeds. Satu jek
Student A : Hah? Mana boleh... I pun tak siap lagi.. Mana tau nanti nak kena repeat.. Lagipun Endo u dah siap kan.. So, takpela u bagi  that teeth....
Student B : I nak jugak! Ingat ar.. hari tu i bagi dua gigi.. I nak satuuuu jek...

Dengan tak rela hati, Student A pun bagilah gigi tu.. Tak nak gaduh kat simulasi.. Nasib baik lulus with first attempt....


Kesimpulannya, yup. Everyone is not perfect. Takde siapa pun yang sempurna. Kina pun bukanlah baik sangat... Tapi, kina berharap sangat despite segala kesukaran, ketensionan, ke-desperate-an, kina takkan buat cam kat atas ni.. Harap2 sangat.... And semua yang berlaku ni, actually sangat menyedihkan. Memecahbelahkan kitorang satu batch.. sedih sangat.... Hope kita semua belajar from this mistake and semoga benda ni tak berlaku lagi... :)

p/s- klo korang nak komen, pliz don't put their names e.. Kita diam2 sendiri sudah... Tq~

March 20, 2010

Dental Glam Night 2010~

Bak kata MC, "Let the mysterious night begin!"

As mentioned before, kina jadik exco program & protokol.. For the first time actually. Selama ni publisitiiiiiii jek! huhu. Memang satu pengalaman yang baru!

Tido 2 jam, balik rehearsel 6.30 p.m, award presenter yang mula2 tak nak (salah ktorang la x inform awal2..), PA system lambat pasang, rehearsal yang mulanya sangat kelam kabut, nangis... Semuanya rasa saaaaangat berbaloi bila sume berjalan lancar... Alhamdulillah.. Of course la ade kurang sana sket, sini sket.. tapi overall everything was going well~~~ :)

Oleh sebab tak dapat nak berucap semalam, (ahaks!) Di kesempatan ini...  kina nak cakap thanx soooooooooo much to semua yang terlibat. The other exco: nik, k izzah, k murni, the MC's, the ajk's, zul, suhaili, daus & sume organisasi yg terlibat and sume yang membantu secara langsung ataupun tak langsung... Thanx jugak to k izzah for ur cardigan, and syakira for the mask! My mom as well ;P And kina nak mintak maaf banyak2 kalau ada ternaik suara, marah2, terkecik ati sesape especially time rehearsal tu... and sorry jugak untuk sebarang kekurangan that night..

Ok2. Malas nak membebel panjang. Jom layan kan gambar~~~

*Dengan nada wonder pet*
Apa yang penting....? Cover.. perut!



Ada yang berkenan? Hehehe

The MC's~ Thanx korang!

Bachelors of the year! ahaks!

Sengal

Nik yang manja? haha
(fact : kitorang bukan les ye. ;P)
Lagi sekali : Apa yang penting..? Cover... perut! XD

Tak nak kalah, nak peluk gak tu! 

Lepas dinner tu, hantarlah Hon & Chai balik umah dulu kat Setapak. Dah sampai nak keluar keta dah ni, tetiba Hon "Korang memang nak balik kolej ar? Ke nak lepak mana2?" Apa lagi? Jom... Takkan ada peluang dah nak lepak2 lagi pasni. Exam dah dekat da! Da lepak2 ni, apa lagi, banyak ar gosip terkeluar! ;P

Sampai berjam2! huhu

P/s- Oh ye, kina menang cabutan bertuah~ : D


Comel tak? 

Pp/s-Dinner kolej esok nak sit back and relax jek~ yeh!


March 16, 2010

Dinner Hunting~~~

Biasalah dekat2 nak final exam ni.. dinner pun datang lagi~ Minggu ni, kina ada 2 dinner nak kena gi. Ari jumaat dinner fak, ahad lak dinner kolej. Camne nak kurus nih? huwaaa T_T

And almaklumlah kalau budak perempuan, dinner jek diorang mesti semangat lebih.. ala.. setahun sekali jek kan.. ape salahnye.. ye tak? hehehe. Tapi, at the same time, kalau boleh of course la nak berjimat jugak.. Dah akhir2 sem ni.. JPA pun dah life2 fish gitu.. Mana nak cekau? So, tadi pagi, (setelah sekian lama tak merasa balik awal), kina & yana pun gi la jenjalan carik barang.... And tempat tujuan semestinya Sg Wang & Times Square. Memang terasa musim dinner seh.. Jalan2 sket, jumpa dak2 course len.. Jalan depan lagi, jumpa senior... Dalam monorel lak, jumpa junior la plak! Ape2 pun, meh wat check list dulu~

DINNER FAKULTI

Theme : Secret Garden
(Secret = Masquerade, Garden = Garden la, ala2 bunga2 gitu~)
Bayaran : RM55
Katne : Hotel Grand Seasons
Ada terlibat tak : Exco Program & Protokol (huwaaa... nak enjoy~~)
Mask : Tak beli lagi. Pinjam orang len kot.
(Dengar2 budak fak len pun ramai theme masquerade)
Baju :RM39.90
Cardigan : Pinjam k izzah punye
Tudung inner : Mak belanja
Shawl : RM12
Kasut : Pinjam mak punye
Aksesori : Tak payah la kot.. 
Total : RM 106.90

DINNER KOLEJ

Theme : Prom Night
Bayaran : Free. Dah bayar masuk yuran
Katne : Entahla. Naik bas benti katne, turun jekla. Teruk perangai. Huuu
Ada terlibat tak : Of course la tak.. tempat pun xtau nih.. huahua
Baju : Pinjam mak punye
Skirt : Pinjam mak punye
Tudung inner : Mak belanje (sama seperti di atas)
Shawl : Pinjam kawan. Maybe Nordy
Kasut : RM25
(Memule ingat nak guna mak punye sama jek ngan dinner fak,
skali jenjalan terjumpa kasut lawa + murah la plak.. TERPAKSA la beli.. ahaks!)
Aksesori : Tak payah la kot...
Total : RM25 (patutnya RM0 kot! huhu)

Kesimpulan pertama, memang seronok ada mak yang saiz lebih kurang jek kan? Bley main pinjam2 jek. (Tapi kengkadang rasa gemuk sangat la plak... huhu) Kesimpulan kedua, JPA dah makin menghampiri ke paras merah! huwaaa!!!




March 7, 2010

Patient oh Patient~~~ #2

Sila baca part 1 untuk feel yang lagi umpphh!

Kali ni kina nak sambung lagi pasal patient prostho. (Nanti2 la e kina interframe patient cons.. hehe)

Patient Prostho #5

Patient ni kitorang dapat thanx to Hon.. my coursemate.. Hon ni ada contact klinik gigi kat sekitar kl tu and kebetulan Hon dah dapat patient time tu so Hon pun bagilah contact number patient prostho #5 ni kat kina and my partner, erica...

Jumpa2 patient, rasa happy sangat~ Yela.. dah patient yang ke-5 kan.. Complete denture plak tu. So, budget senang la... Oleh sebab patient ni kitorang cari sendiri, tak lalu PCC (PCC ni cam nak tapisla kes patient tu senang ke.. susah ke..) So, kitorang kene suruh Dr check.. Kebetulan, Dr yang supposely handle group kitorang tu cuti.. so, Dr lainlah yang check..  Dr check2, skali patient tu ada flabby ridge.. Flabby ridge ni cam tulang kat rahang tu kan.. patutnya keras kan.. tapi, kalau ada flabby ridge, tulang dier cam lembut.. so cam boleh bergerak2.. (kalau korang tak faham pun wat2 faham la ye. huhu) Bila bahagian tulang tu boleh bergerak-gerak.. nak amek impression a bit susah la..

Then, Dr tu terus tak bagi buat. Siap suruh refer kes tu kat dier. Kitorang rasa apa lagi? Sangat sangat sangat kecewa la.. Ni dah patient ke-5 ni.. ke-5...ke-5! Tapi untuk hari tu, kitorang teruskan jekla buat apa yang boleh dibuat.. Kitorang amek jekla impression patient ni..

Oleh sebab rasa beraaaaattt sangat tak sanggup nak lepaskan patient ni, tak sanggup nak tunggu bila lagi boleh dapat next patient.. Kitorang pun tunggula Dr yang supposely handle group kitorang balik cuti.. Tanya2 Dr tu, Dr terus cakap "Takpe.. Nanti saya boleh tolong..." YEEEEHHHAA!! Rasa happy sangat~~~ Thanx sangat2 Dr Norziha~~~

Akhirnya, setelah sekian lama.. beberapa kali (banyak kali sebenarnye malu nak cakap. huhu) jugakla amek impression.. Yela.. patient nye kes a bit susah nak amek impression and kelemahan kina jugak... Alhamdulillah patient sangat memahami and sabar jek.. Siaplah denture patient ni... Bila tiba hari delivery, rasa sangat lega sebab sume ok.. Adelah kene alter sket2 lagi tapi basically everything is fine.. Denture tak longgar.. Patient tak rasa sakit.. Patient puas hati.. Muda 10 tahun.. Patient rasa sangat happy... Perasaan kina time tu rasa saaaaangat happy.. lega.. puas hati.. and satu perasaan yang sangat best and seronok tengok patient tu...Sebab dapat buat sesuatu, gembirakan, puaskan hati and tolong orang lain atas usaha kita ngan kawan2 and Dr.. and technician... Satu perasaan yang sangat best~

Patient yang saaangat comel ;)

p/s- Dah masuk clinical year memang lagi busy & stress tapi at the same time lagi puas hati, lagi banyak pengalaman, rasa lagi bermakna. And even dentistry ni first2 is not my choice, (bley baca sini), masuk clinical year, kina makin jatuh cinta with the world of dentistry~

March 3, 2010

Happy 25th Anniversary~~~


12 Rabiul Awwal 1406H, 25 tahun yang lalu, kelihatan dua orang mempelai sedang tersenyum simpul melangsungkan pernikahan mereka. Cukup simple. Hanya majlis akad nikah yang diserikan dengan kehadiran rakan taulan dan sahabat handai.


To Mom & Dad, Happy 25th Anniversary~~~


Biasanya, kina takde la sambut pun anniversary parents kina.. Just wish.. tak nak la kacau diorang nak gi dating ke.... ape ke kan... :)
Tapi, for this year yang dah memasuki usia 25 tahun yang kina kira agak special usia jubli perak gitu...(cewah!) kina decide untuk celebrate buat surprise la skit...

comel tak..?

Yummy~
(Sebenarnya nak tulis "20th + .... bday" tapi tak muat..)

Ceritera cinta mereka

Siapa kata kahwin awal, kahwin sebaya tak kekal lama? The best example are my parents. Parents kina kahwin time umur dua2, baru jek 20 tahun. (kina dah 20 da ni tapi calon pun takdak! huwaaa~~~~) They've spent their time together longer than being single! And yup. Diorang sebaya. Beza 10 hari jek sebenarnya. So, camne diorang berjumpa? My parents amek course yang sama kat University of Tennessee.. Berjumpa, kenal, bercinta jap, pastu trus kahwin.( Kan best kalau kina pun camni...:) ) 

Nanti mesti korang cakap "ala.. DULU bolehlah.." Aish.. tak jugak..tak jugak.. banyak jugak halangan.. banyak jugak tentangan.. 

1. Kina dengar nenek kina sampai pengsan la.. atuk kina sampai mengamuk la.. Yela. Sape tak terkujat anak pergi luar negara ingat nak study sekali nak kahwin ?
2. Guna wali hakim. Dulu mana la atuk nenek kina ada fulus nak fly gi US plak kan.. Parents kina pun takde duit nak fly balik Malaysia..
3. Fulus nak wat majlisnye lagi.. Tapi.. kalau kita ikut yang wajib.. nikah jek kan.. so, parents kina pun nikah jekla.. Takde sanding2..

Kesimpulannya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih... Betul tak?

Kalau ada antara korang yang nak kahwin awal tapi terasa cam banyak jek alasan cam "still belajar lagi la... tak cukup duitla.. etc. etc." Apa kata korang baca link ni? wahla kina.. promote kahwin awal nampak? thehehe


p/s - thanx a lot, a lot!, very2 much to my beloved, best cousin, anip yang tolong belikan kek n fetch me up kat ukm~~~

pp/s - thanx a lot too to rai & yana yang memberikan idea2 bernas, cantik menarik kau memang d bomb sampai pening kepalaku banyak sangat idea kreatif nye time nak balut hadiah tu~  :)