December 4, 2009

So Little Time, So Much to Do

Yeeehhaaa!!!!
Akhirnya, setelah 4 hari (4 hari jek pun kecoh) kina perah otak sampai muntah, habis jugak final exam sem 1 ni...

Ceritera Paper Last

Seperti biasa, paper last confirm dah hilang semangat nak study.. semangat nak cuti melimpah ruah tak tertahan dah. Lagi-lagi takde soalan esei.. lagilah malas! (ala.. dah malas tu malas gak.. ) Keluar exam hall pun awal! Pergh! Confident giler! Bukan confident da.. dah tak tau nak jawab pe la.. and dah tak sabar nak kuar dah!

Next station : Times Square la~ Mana lagi.. sini jekla paling dekat.. Sampai-sampai, terus tengok 2012 (iye, memang ketinggalan) kul 12. Ditemani perut yang menyanyi riang irama dangdut, popcorn and air gas jadik alas perut.. Memang baik untuk kesihatan! Basically, okla jugak 2012 tu. Takdela tak best langsung.. Then, after solat, makan and shopping2 sikit, pergila low yat plak.. dvd drive lappy rosak.. akibat banyak tengok drama dan melakukan cetak rompak burn cd la ni. Dari duk melanguk usha mamat kedai tu buat keje, kaki melangkah ringan menapak lagi. Sungei Wang menjadi pilihan... Shopping lagi! Mentang-mentang la tengah kaya JPA baru masuk...

Ok. Dah tak sabar nak balik rumah. Dah tak sabar nak cuti. Dah tak sabar nak buat macam2 ni. Cuti plak, SEMINGGU jek. Kina sangat menyampah, sangat jeles, sangat wei-taktau-bersyukur-ke? ngan korang2 yang "bosan seh cuti", "baru seminggu cuti dah boring", "tak tau nak watpe" dan yang sama waktu dengannya!
So, apa yang kina plan nak wat seminggu ni?

Plan cuti sekolah sem


BUKAK KILANG
Kilang taik mata dan kilang air liur basi. Ada sapa2 nak tempah? hahaha.

SHOPPING!!
Itu aje la keje ko ye kina. So, setakat ni yang dah booked : my mom, my sis, ili and nazirah. Ada sapa2 nak masuk list lagi? hehehe. Sudah2 lah tu kina oi.... 4 orang means 4 hari. Taula tengah kaya JPA baru masuk (ni la sebabnya akhir sem nanti dah terkapai-kapai life-life fish!) tapi cuti ko kira 9 hari jek. Separuh ko gi merayap jek?!

SIAPKAN KERJA2 TERTANGGUH
1-Tolonglah. Tolonglah susun file2 yang bersepah dalam lappy ko tu kina. Pastu, tolonglah format. Dah lembap bebenar dah...



2-Kerja2 DENSTA which are
Densmate (magazine)-the cover, articles
Program Saudara Angkat-logo, nametag, backdrop
Family Day-banner, poster

3-Kerja2 as a dental student. Study? muahahh
aha. of course la tak. Wire bending. Jom, bengkokkan wayar ramai2~ Tak tebal pun.. hanya 0.7mm stainless steel. err,, mampu membuatkan jari-jari comel kina merah2 and kadang2 berdarah! Tips : Buatlah sambil melayan drama depan lappy.. takdela tension sangat~


ni baru 1st step ni

bentukkan wayar tu sampai jadi begini ye.. bukan satu, tapi lapan!


HABISKAN BACA
1-keretamayat.blogspot.com. Seriously sangat best. And menyedarkan diri sendiri.
2-buku2 tertunggak tak kiralah komik, novel dsb tak kira milik adik yang baru darjah 6, sepupu yang baru habis pmr, sehinggalah ke pakcik yang berumur 38 tahun..

BELAJAR MAIN KEYBOARD
Bukan ngan orang lain... ngan my lil bro jek... setakat ni, "happy birthday" jek lepas. huahua. bilala nak sampai ke tahap ni?



TENGOK SEGALA MACAM DRAMA & MOVIE
Yang dah dicetak rompak burn, berlambak. Lebih 50 dvd kot. Memang tak kan habis la.. tapi yang in my top lists are...

1.Buzzer Beat starring yamashita tomohisa aka yamapi



perempuan tak tangkap cintan = kurang hormon la tu.. haha

2. Samurai High School starring Miura Haruma. Ala... yang berlakon Bloody Monday jadi genius hacker tu.. thanx to lalink yg inform me about this~

Enjoying my holiday~~~ tata~~~

5 comments:

et said...

huhh..panjang sungguh ulasan..haha..

epi oliday kina..kiteorang da abes da pon..sedey..huu~

Anonymous said...

pakcik berumur 38 tahun ? sape ?

Nurul Huda Rahim said...

bakal dentistry ah neh? nnt aku nk
pakai braces weh. kasik aku separuh
harga boleh? ngehehhe.

e-liex said...

et : bg la chance ktorg cuti plak.. lgpun korg cuti 2 mggu kan...

anon : ade my uncle yg ske bc komik n bnyk buku cambest. 38 thn tu xsure la plak.. hentam saja..hehe

otak ketat : bley2~ (abes la bankrap ak klo sume org mntk sprh harga...hahaha)

Nurul Huda Rahim said...

haha. bg kt aku ja la. jgn bg kt org laen. ekekeke. agpn aku nk pakai atas ja. bwh tamo. bley ka cmtu? hahahah