***************************************************
Aku melangkah keluar dari Plaza Low Yat dengan hati yang puas. Hati yang sangat riang. Aku renung sekilas paper bag di tanganku. Aku senyum lagi untuk kali yang ke berapa, aku pun tidak pasti. Seperti kurang siuman lagaknya. Setibanya di bilik, terus aku keluarkan Nikon D3000. Senyum lagi. Sah, memang gila. Aku sudah tidak sabar ingin mengexplore Mr Flashy, nama yang kuberi pada kamera baruku. Mr Flashy juga bagai menggodaku. Selama sejam kemudian, bilik tidurku tak ubah seperti studio photoshoot. Flash kamera kelihatan setiap minit. Aku tenggelam dalam duniaku. Mula berangan ingin menjadi seperti Vlad Artazov, seorang photographer terkenal dari Czech Republik. Daya kreatif Vlad mampu menjadikan paku, sejenis alat pertukangan pun kelihatan begitu menarik.
Petang 27 Disember 2009, aku pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Selalunya, di waktu begini, aku pasti terlentang di atas katil melukis peta air liur basi. Namun, petang ini, bagai ada kuasa yang menarik diriku untuk pergi ke tasik titiwangsa. Mr Flashy ikut bersama. Tak mungkin aku tinggalkan kekasih baruku ini.
Wah, cantik juga ya pemandangan di tasik titiwangsa ni. Bisikku dalam hati. Terus aku onkan Mr Flashy dan mula menangkap gambar apa sahaja yang menarik bagiku sambil mengexplore Mr Flashy. Seekor burung terbang di hadapanku. Aku tingkatkan shutter speed. Sedikit blur. Cuba lagi sekali. Tingkatkan sedikit lagi shutter speed. Aku setkan ke mode shutter speed priority. Hmm.. boleh diperbaiki lagi. Cuba lagi. Rendahkan sedikit aperture pula. Aku cuba dan cuba lagi.
Bosan dengan subjek yang sama, aku ambil gambar-gambar close-up pula. Bunga, serangga, dan banyak lagi. Kali ini,aku banyak bermain dengan aperture dan kadang kala ISO juga. Kemudian, beralih pula ke subjek pemandangan. Tiba-tiba pandangan mataku tertumpu pada seorang gadis. DSLR tergantung di lehernya. Tanpa kusedari, aku terus menangkap gambarnya. Aku lihat display yang terpapar. Hmmm.. boleh tahan, bisikku. Namun, sebaik sahaja aku mengangkatkan mukaku, dia sudah hilang dari pandangan mata.
Esoknya, aku cari lagi gadis itu. Ha... itupun dia.. walaupun agak jauh, aku dapat menangkap bayangnya. Sekali lagi, aku menangkap gambarnya. Macam stalker pula kurasa. Atau mungkin detektif? Hari-hari berikutnya, si dia bagai suria yang menyinari hidupku. Kalau sehari aku tidak melihat bayangnya, pasti aku resah semalaman. Memang gila bayang lagaknya..
************************************************
Aku berjalan keluar sambil membelek-belek gambar yang baru dicuci. Gambar sumber inspirasiku, si dia. Sudah 5 hari aku tidak bertemu dengan dia. Tiba-tiba
GEDEBUK!. Aku terlanggar seseorang. Gambar-gambar di tanganku terlepas.
Dia : Sorry. Sorry. Saya tertinggal pendrive kat kedai ni. Tu yang rushing sikit
Aku : Takpe.Takpe. Salah saya juga jalan tak tengok depan.
Aku terus mengutip gambar-gambar yang bertaburan tanpa melihat wajah orang yang kulanggar. Orang yang kulanggar itu pun sedang mengutip gambar-gambar miliknya yang bertaburan. Kemudian, aku ternampak sesuatu yang kukira aneh. Eh, ni macam gambar aku jek. Bisikku dalam hati. Aku terus mengangkat mukaku untuk melihat wajah orang yang kulanggar. Si dia!!! Kulihat mukanya telah merah. Mungkin malu kerana menyedari gambarnya diambil atau malu kerana menyedari aku mengetahui bahawa dia juga curi-curi mengambil gambarku. Aku tergamam. Otakku seakan berhenti berfikir. Jantungku seolah berhenti berdegup. Tapi hairan, mulutku laju berkata-kata.
Aku : Hai. Saya Dawie. Sudi tak kiranya saya ajak awak minum? Mungkin kita boleh berborak pasal errr.. pasal kamera?
Dia : Jap. Saya ambil pendrive saya dulu. By the way, saya Suria.
************************************************
Aku dan dia saling berpandangan sesama kami. Menjeling-jeling malu. Walaupun aku telah mengupah wedding photographer, Mr Flashy aku serahkan pada kawan karibku,Badrul. Biarlah Mr Flashy turut berkhidmat pada hari paling bersejarah buat diri aku, Dawie dan dia, Suria. Suria juga menyerahkan kameranya kepada rakan karibnya, Mia. Aku dapat lihat, Badrul dan Mia saling curi-curi pandang antara satu sama lain. Kutenung Mr Flashy dan aku seolah-olah terdengar Mr Flashy berkata "Aku dah temukan kamu dan Suria, kali ini, biar aku berbakti kepada Badrul dan Mia pula" *wink*
-The End-
So, amacam? Ada bakat tak? Ada harapan boleh menang ke? XD
p/s - ni first time kina tulis cerpen tau! thehehe
pp/s - in case kalau ada yang nak tahu maksud nya. Kina takdelah expert sangat, tau sikit-sikit jek tau.. Just nak share apa yang kina tau.. from reading, kawan-kawan, bengkel..
shutter speed : kelajuan bukaan lens. Biasanya kalau nak amek gambar benda bergerak, kita tingkatkan shutter speed. Tapi, kalau shutter speed tinggi sangat pun cahaya yang boleh masuk limited.
aperture : saiz bukaan lens. Kalau nak gambar tu sharp ke, blur ke, ubah benda alah ni la.
ISO : kadar pencerapan cahaya. ISO lagi tinggi, kadar serap cahaya lagi tinggi so gambar lagi terang.
ppp/s- amboi aih.. banyak tul p/s nye.. pic tu bukan kina yang amek.. And terima kasih la ye buat yang jadi model tu..( even kina tak mintak kebenaran.. huhu)
pppp/s- ok2. last2. thanx to rai kerana sudi menjadi pengkritik pertama~~~
7 comments:
disebabkn nama ak ade dlm entry kali ni, maka terpaksalah ak menulis komen sepatah dua...heee..
ok la...not bad..nnt menang blanje ak!!!
ni kalo pasal cter kamera ni konpem si arapaima pon sebok2 nk komen..hehe..yela...kamera bini num 1 die kot...haih...
>>>>>blur_nanny<<<<
waaaahhhh....best2..tp cam lju sgt citer die....
kalo menang blnje sy gak ek...
awk kn prnh tulis cerpen dlu...(x igt???)
btw,,,awk mmg da bli nikon tu ker or tau dr org len jek???
blur nanny
ko la blnje.. ahahaha.. mana si arapaima nie..?
fzmy
xpuas e baca? hehehe. ala.. yang dulu tu xkira la.. sebab awak tlg gak.. and sumber idea citer is ur mimpi..
of course la x beli lagi.. fulusnya xde.. nak belikan? ;P
x de duit gak...:(
tibe2 nama ak disebut2 kat blog ni.....so terpaksa la mengomen gk..haha
berminat ngan kamera ke kina?
pelagi...beli la d700...
blh ak pnjm....hohohoho
fuyyoh..
minat kemera gak upenyer ek..
fzmy : tggu nex scholar la jwbnye.. huhu..
arapaima : ak x sbt.. blur nanny yg sbt.. ko la beli. aku pnjm.. ko kan kaya.. scholar sebln ko sm ngan satu sem ak..
anon : minat gak.. tp xdela pro.. :)
Post a Comment