December 15, 2009

Nak Cuti Lagi!!!!

Sila nyanyi ikut lagu raya-suasana di hari raya

Berlalulah sudah cuti sem
Seminggu bergembira
Menambah lemak di badan
Dan buat taik mata

Readylah untuk ke lecture
Tak lupa juga klinik
Tak tau sudah nak merepek apa
Layankan sajalah...
(Memang takde bakat langsung!)

Akhirnya, seminggu yang tetibe jek cepat la pulak ni pun tamat.. haish... Sangat-sangat tak puas cuti kali ni... Camnelah agaknya orang yang dah kerja lagilah takde pun cuti seminggu sebulan ni kan? Tak ke tension...?

Balik semula ke kolej, rutin cuti pun kenalah tukar.. Kalau biasa Subuh baru tidur, tengahari buta baru celik mata cam burung hantu gamaknya.. Kenalah kembali ke tidur kul 2 (or lagi lewat) , bangun 6.30.. Dari merewang kat ou and pyramid, kembali ke times square and low yat.. Dari busy hang out and melayan drama; ke kelas and klinik tak lupa jugak lab... Dari happy sepanjang masa; ke stress tak cukup masa....

wei.. tak kan takde yang positif langsung kot?!!

Ada!

*5 minit kemudian* err.....
*10 minit kemudian* err...
*1 jam kemudian* err...

Jumpa kengkawan, patients... Join events... Bergosip? Yang paling penting : Dah semakin menghampiri graduation day! (Berangan awal giler ko kina.. 5 sem lagi da.. 5 sem.. insyaAllah kalau tak repeat apa-apa..)

Oklah. Meh citer sikit jadual kitorang yang dah melatih kitorang ala-ala orang kerja pejabat ni...
Kitorangnya jadual, setiap minggu lain-lain tapi hampir sama la.. Untuk 3rd year, ada seminggu yang cam gila, then minggu depannya okla.. then it alternates... Kina panggil as hectic week and heaven week.

Hectic week ni nape hectic? Sebabnya ada ward round kat hukm.. Kina takdelah tak suka ward round ni, yang kina menyampahnya, nak gi hukm tu.. Fakulti kina kat chow kit, hukm kat cheras.. Nak gi sana ada yang naik bas, motor tak pun kereta sendiri la. Kina as a really bad driver pergi giant 5 minit dari rumah pun boleh mati enjin 8 kali siap kena hon 2 kali ni.. (camnelah ko lulus jpj huh? confirm lesen terbang! ;P ) Pergilah naik bas... Bas gi hukm ni pihak uni lah sediakan. Nak pergi ok, takde masalah sangat. Tapi kalau terlepas pandai-pandailah... tak pun ponteng aje... hehehe (tapi kina student yang baik kan.. takde ponteng-ponteng ni.. ecececece...) Yang tak best nya, waktu balik tu. Kitorang habis ward round adalah dalam kul 3.30 ke.. 4 ke.. tapi pakcik bas tu mesti nak gerak kul 5 gak.. Kadang-kadang lagi lambat. Dengan jalan kat area kl time orang balik kerja ni kura-kura lumba pun boleh menang, sejam kemudianlah baru kitorang sampai kat kolej.. Sampai kul 7 pun penah jugak... balik-balik pe lagi? terbongkanglah jawabnya.. (iye... tau tak elok tido time asar, maghrib, tapi memang seriously tak larat seh..)

Heaven week pulak takdelah heaven sangat pun.. Cuma dalam 5 hari tu, adalah sehari or 2 hari ada peluang balik tengah hari... Tapi biasanya kina time tu lah kina nak kuar.. Yela.. kang tak keluar jenjalan takde life pulak kan...  Heaven week ni pun biasanya habis kul 4 tak pun 5.. Tapi at least takdelah duk melangok bergosip tunggu bas kan... Tapi.. kadang-kadang, heaven week ni pun leh jadi hectic week bila nak siapkan kerja-kerja lab = buat gigi palsu tak pun ada kelas ganti..  :(


hectic week



heaven week


 P/s-Kina group 'B'

"If you don't take risk, you won't suffer any defeats. If you don't take risk, you won't win any victories"

4 comments:

Anonymous said...

xde seni lgsg tuk lirik lagu tuh~
kih3
yea im 1st

Anonymous said...

btol2...
nk cuti agi~~~~
x nk blk kolej!!!!!
eventho sy boring gler kt umah,,tp still sy x nk blk kolej.....

bulan said...

wah2!! kemain ye skg..ade bakat komposer la kina..hihihihi..
haiya~ cuti mmg x cukupkn..dental always noe this..huhu =)

e-liex said...

anon : ade la sket2.. ahahhahhaha
fzmy : kan.... cuti is d best!
bulan : komposer xkan laku... hahaha. xpe.. akhir sem nnt 9 mggu! XD