April 15, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com

Walaupun tak berjaya untuk mencapai impian suci cita-cita murni (dah macam tagline la pulak ;P) 'satu bulan, satu contest', kali ni kina muncul kembali dengan entri contest yang va va boom dari blog lelaki hot #1 bak kata nursarah~ ;P

Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama

Hadiah wang tunai ditaja oleh

Nama kontest pun tulis & menang.. Di mana kina kena tulis pasal blog sendiri tak pun blog kegemaran kina.. Jadi, kali ni kina nak tulis pasal blog kegemaran kina iaitu tak lain tak bukan... justkhai.com~


Macam mana kina boleh tersesat kat blog ni?
Sebagai seorang yang sangat kedekut nak beli paper pun tak nak, kina search la kat tenet masa tu ngah hangat isu memey ngan norman kena tangkap basah. Amboi.. bukan main semangat ko search tenet gosip2 nih ek kina? Cuba kalau kena suh buat assignment? Mau tak copy paste jek? eh.. buat sepenuh hati gak tau~ Search2 tu, termasuklah kat blog justkhai ni... Dari justkhai tu, mulalah kina jumpa website2 lain bawah khai cam ohtidak, ohartis, dan banyak lagi. 

Citer sikit pasal khai ni
Khai merupakan seorang jejaka kacak (kina consider handsome la gak.. dah2 jangan puji lebih2 mau kembang semangkuk nanti) akan berumur 22 tahun pada 3 Ogos 2010 ni.. setahun lagi tua dari kina la... Seorang blogger sepenuh masa yang 3/4 dari masanya berada kat dalam bilik. Menjana pendapatan dari pengiklanan website2 yang dimilikinya. Dialah bos, dialah pekerja. Merupakan graduan limkokwing dalam bidang Creative Multimedia. Bukan takat grad biasa, tapi merupakan penerima Industry Award for Excellence - Best in Interactive & Web yang diberi oleh Hewlett Packard (HP).. Gila gempak seh~~~ Mengikut katanya kat formspring, dia still single but unfortunately not avaiable.... (terlepas den! ;P) Anak bongsu daripada 6 orang adik beradik ni merupakan peminat setia barangan SONY dan HP. Satu perkara yang kina rasa tak sihat untuk diamalkan tapi khai ni selalu buat ialah bekerja cam burung hantu. Waktu aktif khai adalah malam sampai ke subuh, time orang lain syok2 tidur diulit mimpi indah, khai ngah sibuk depan lappy. Time orang lain sibuk di office dan kuliah, khai pun tidur. 

Apa bestnya blog khai ni?
Dalam berblogging rasanya paling penting ialah cara penulisan korang. Khai ni entah apa ilmu dia pakai ntah tulislah panjang mana pun, pasal apa pun tak kiralah peribadi, tutorial, persoalan sendiri atau apa saja, kina sangat addicted untuk baca sampai habis. Justkhai merupakan blog pertama yang mampu membuatkan kina baca semua entri2 yang dia tulis. Dahla time tu dah beratus-ratus entri, pun kina habis baca gak... Dari entry pendek ke panjang, gosip ke tutorial, dari awal entri sampailah ke orang terakhir komen, dari  malam sampai ke subuh... Ish3.. kalaulah ko boleh study camtu kina... 

Camne justkhai ni mengubah kina?
Bunyik dahsyat gila kan? Baca blog jek pun boleh mengubah seseorang? Yup. Bila baca justkhai ni, kina bukan sekadar baca kosong jek. Terselit pengajaran takpun sesuatu yang membuatkan kina berfikir. Kadang2 pulak rasa tenang, gelak, nangis, suka, duka, sayang, benci... Sebab kina kenal justkhai ni jugak, kina jumpa bermacam2 lagi blog yang cambest. Kina jumpa banyak gila lagi website yang memang layan. Kalau sebelum ni, internet tu kina hanya guna untuk social networking, main games, search apa yang kina minat, buat assignment dan youtube saja, sejak mengenali justkhai, kina banyak membaca apa yang selama ni kina tak pernah bayangkan pun.. tutorial, software2 yang cambest, ceritera hidup orang lain, buka mata lebih luas, betapa beruntungnya kina, tengok sesuatu dari sudut yang berbeza, sesuatu yang kadang2 kina tak pernah terfikir pun dan banyak lagi... Dan justkhai ni jugak merupakan salah satu sebab utama kina teringin nak ada blog.. 

Satu jek tak bestnya. Sejak mengenali khai, kina dah menjadi seorang yang addicted to internet! Kalau sebelum ni tak online, cewah cool jek.. Sekarang, tak bukak sehari, jiwa rasa tak tenteram jek.. Pastu bila tinggal sehari, maula berjam2 jugak tak bergerak depan laptop tu nak kena baca semua update dari website2 dan blog2 yang dah jadi semacam satu kewajipan pulak... Mulalah bukak tab banyak2 sampai hang lappy tu... Bila dah hang mulalah cabut jek wayar bateri nak on balik. Bila dah selalu sangat wat camtu mulalah lappy tu selalu meragam petunjuk nak beli baru tapi fulusnya takde ada sape2 nak belanja tak? (Mulalah nak merepek ni ;) )

Oh ye, sebelum saya akhiri entri ini, tak cukup syarat lak nanti "saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com" Sesiapa yang berminat nak join kontest ni ada masa lagi. Tarikh tutup 25 April 2010. Boleh baca kat sini.

p/s-apa yang kamu buat ni kina?! study2!

13 comments:

Ariff Shah said...

ok. penyertaan diterima

Nurul Huda Rahim said...

ceh. pesal kau tak promote blog aku? nak kena belasah? hahaha. gewd luck! :)

e-liex said...

@ ariff shah
thanx~ :)

@otak ketat
mula2 aku nak promote blog ko. tapi tak jadi sebab ko da pecat cikgu jamilah. aku sedih. haha. thanx~ join ar sekaki :)

suhaili azizi said...

mcm bes la plak kina cte psal blog justkhai ni..nnt time cuti kite nk try bukak laa..hehe..neway kte pn ske bc ape org tulis kt blog..sbb mcm bes! =)

Khai said...

Salam Kina.

Thx for passing by this article. hehe. Seriously terkut yang Kina ni tahu semua pasal Khai. Betul dan tepat pulak tu. Ni mesti dah khatam blog Justkhai tu kan? Hehehe.

Ini contest ke? Semoga berjaya ye, Kina? Tak berjaya pun takpe at least dah mencuba yang terbaik.

Justkhai tu memang best. Entah blog sapa la tu. Hahahaha! Apapun yang baik tu jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan la ye. Khai bukan manusia sempurna jadi gunakan pemikiran waras masing-masing.

Majulah Blogger untuk Negara.

<3 Kina

e-liex said...

@ suhaili
sila2.. bukak time cuti ye.. kalau bukak sekarang tetibe ter-addicted cam kite susah kang tak abes study.. hehe

@ khai
wsalam.. ntah blog sapa ntah justkhai tu. Aah, ni memang contest tapi tujuan utama bukanlah nak menang jek. Kalau menang tu Alhamdulillah, rezeki. Thanx khai~~~ :)

Deen said...

gud luck! aku pun join contest ni..pasal blog khai jugak.hoho

e-liex said...

@ aizuddin
wahla~~ pasal khai gak e... gud luck to u 2~ :)

boss said...

To Kina..im single and available tau...

Nadiene said...

pesal x promote aku? ohohoh

e-liex said...

@ sulalongkong
welcome to the club~ ;P

@fid
sebab ko dah sombong sekarang. hehe. btw, lama tak update eh?

Anonymous said...

EMM....DEN TUMPANG LALU JER

SI CANTIK BLURNANNY

Ariff Shah said...

voting dah start. kat sini http://orange4k.com/201004/vote-untuk-penyertaan-popular-tulis-dan-menang/