Ok. Memandangkan masih dalam mood exam lagi, topik kali ni, exam camne yang korang prefer? Straight berturut-turut ke korang prefer ada gap antara satu subjek ngan subjek yang lain? Meh jom kita tengok apa bestnya ngan tak bestnya exam ada gap takpun straight nih. Dan kina nye exam, yup straight jek. Tu yang 4 hari jek tu~
EXAM ADA GAP
Yang Cambest
Boleh rehat2.. Boleh main game... Boleh kuar2 jenjalan dulu.. Boleh update blog... Kesimpulannya, ngan exam ada gap2 ni, ternyata korang kurang stress berbanding exam straight jek. Betul tak? Dan rasanya takdelah mengalami masalah "Tak sempat baca" Kan?
Yang Cam Tak Bestnya
Penantian itu satu penyeksaan. Mesti korang rasa "aish... Bilalah nak habis examnya.. Cepatlah habis.. Cepatlah..." Lagi2 bila tengok kengkawan yang mula lagi lambat, sekali habis lagi awal. Sangatlah cis! (Kitoranglah tu~ ;P)
EXAM STRAIGHTTTT JEK
Yang Cambest
Study Week seminggu, exam 4 hari, 'seksaan' pun berakhir~~~~ Lagi2 tengah kaya JPA baru masuk.. Apa lagi, shopping sakan la~ ;P
Yang Cam Tak Bestnya
"Wei.. tak sempat habis baca la..." merupakan komen biasa didengari. Heh. Padan muka. Sapa suh tak study awal2... Kalau tak, sempat jek... Dijawab pula dengan "Ala... kalau study awal2 pun, lupa gak.... Nak kena selak2 jugak bagi recall balik malam tu..." Hmmm... Ye tak ye jugak... So, mulalah tak cukup tidur lagi2 yang suka sangat study last minute (Prak! Bunyi batang hidung sendiri patah), eyebag makin baggy, muka cam tak mandi pagi, jerawat sana sini, ulcer pun datang lagi. Eh, dah macam pantun plak. haha.
Bagi kina la... Kina nak 2 hari berturut2 paper, then break satu hari, then sambung lagi 2 paper dan seterusnya... Agak tak larat seh 4 hari berturut2.. Penat otak. Kali ni kina tak lari tidur 2 atau 3 jam jek malam nak exam tu. Dahla exam pagi sampai petang. Walaupun dah tidur petang tu, still tak cukup. Kali ni seperti biasa kina alami efek tak cukup tidur paling biasa bagi kina - angin dalam badan. Mulalah pagi tu ada gaya2 morning sickness di bilik air.. Terdengarlah bunyik2 'uwek'.. 'Bluargh'... dalam usaha nak keluarkan angin badan tu. Dah gaya orang mengandung dah. haha. Hari ketiga ngan keempat gejala makin teruk sampai bukan setakat keluar angin, muntah sekali. (Confirm mengandung. Sapekah gerangan bapanya? hahaha) Kesimpulannya, tak cukup tidur sampai 4/5 malam berturut2 merosakkan badan kita.. Kalau ada gap sehari tu, bolehlah tidur lebih sikit sehari tu.. Sempatlah otak nak berehat...
Ok. Habis citer exam. Seperti yang tertera kat tajuk di atans, Open Room pulak. Apa kebendanya la Open Room ni kina oi~~~ Ala... kalau orang lain leh wat open house, kina wat open room dah la... (FYI, kitorang kat sini satu bilik sorang) Tujuan utama Open Room ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita ececece padahal nak menghabiskan sisa2 stok makanan. Dah nak habis sem ni, kenalah kosongkan peti sejuk tu... (Wahla~ ada peti sejuk dalam bilik tuh!) So, cara termudah adalah jemput sume orang untuk sama2 menghabiskan makanan :) di samping menunjuk skill masak mana tau diorang ada abang2 yang hensem ke.. Sebelum pikat abangnya, kita pikat adik dia dulu~ hahah. Dah mula la nak merepek ni. Pssss... Korang, Ok tak tadi? Tak sedap pun senyap2 jekla e.. hehehe
Berapa zaman terperuk dalam peti sejuk da... Ish3...
Ada gaya penanam bawang berjaya nih!
Klik kalau lapar ;P
Enjoying my holiday~~~ XD
P/s- Ok. better gi mandi. Balik meronggeng terus mengadap lappy. Buruk perangai. huhu (Patut wangi semacam jek baca entri ni. haha)
P/s- Ok. better gi mandi. Balik meronggeng terus mengadap lappy. Buruk perangai. huhu (Patut wangi semacam jek baca entri ni. haha)
3 comments:
oh kakiku.. ahahaha~~~
sdap ns goreng 2 sbb ngh lapar.. hihik~~ thanks kina~~
sedapnya... na jgak. ;p
@ k izzah
huu... sebab lapar jek sedap. Kalau tak lapar tak sedap? (Ayat pancing. hhehe)
@ mohd rasydan
Meh2. Jom ar datang sini~ ahaha
Post a Comment