December 31, 2009

Contest Aku.. Dia & Camera

Banyak betul contest kat blog-blog di akhir tahun ni.. Tapi, dalam banyak-banyak, yang ni jekla contest yang kina masuk.. Ada tu, dah tamat tarikh la, ada yang syarat kina tak boleh nak join la.. Jadi entry ni bertujuan untuk join contest ni nak kena tulis cerpen bertajuk "Aku.. Dia dan Kamera" kat ohdawie.. Before that, mana pulak kina terjumpa blog ohdawie ni? Kat my chatbox tu.. korang letaklah apa-apa link kat situ, confirm kina klik punya.. Dah. Dah. Berhenti membebel.. Terus ke cerpen~




***************************************************

Aku melangkah keluar dari Plaza Low Yat dengan hati yang puas. Hati yang sangat riang. Aku renung sekilas paper bag di tanganku. Aku senyum lagi untuk kali yang ke berapa, aku pun tidak pasti. Seperti kurang siuman lagaknya. Setibanya di bilik, terus aku keluarkan Nikon D3000. Senyum lagi. Sah, memang gila. Aku sudah tidak sabar ingin mengexplore Mr Flashy, nama yang kuberi pada kamera baruku. Mr Flashy juga bagai menggodaku. Selama sejam kemudian, bilik tidurku tak ubah seperti studio photoshoot. Flash kamera kelihatan setiap minit. Aku tenggelam dalam duniaku. Mula berangan ingin menjadi seperti Vlad Artazov, seorang photographer terkenal dari Czech Republik. Daya kreatif Vlad mampu menjadikan paku, sejenis alat pertukangan pun kelihatan begitu menarik.



Petang 27 Disember 2009, aku pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Selalunya, di waktu begini, aku pasti terlentang di atas katil melukis peta air liur basi. Namun, petang ini, bagai ada kuasa yang menarik diriku untuk pergi ke tasik titiwangsa. Mr Flashy ikut bersama. Tak mungkin aku tinggalkan kekasih baruku ini.

Wah, cantik juga ya pemandangan di tasik titiwangsa ni. Bisikku dalam hati. Terus aku onkan Mr Flashy dan mula menangkap gambar apa sahaja yang menarik bagiku sambil mengexplore Mr Flashy. Seekor burung terbang di hadapanku. Aku tingkatkan shutter speed. Sedikit blur. Cuba lagi sekali. Tingkatkan sedikit lagi shutter speed. Aku setkan ke mode shutter speed priority. Hmm.. boleh diperbaiki lagi. Cuba lagi. Rendahkan sedikit aperture pula. Aku cuba dan cuba lagi.

Bosan dengan subjek yang sama, aku ambil gambar-gambar close-up pula. Bunga, serangga, dan banyak lagi. Kali ini,aku  banyak bermain dengan aperture dan kadang kala ISO juga. Kemudian, beralih pula ke subjek pemandangan. Tiba-tiba pandangan mataku tertumpu pada seorang gadis. DSLR tergantung di lehernya. Tanpa kusedari, aku terus menangkap gambarnya. Aku lihat display yang terpapar. Hmmm.. boleh tahan, bisikku. Namun, sebaik sahaja aku mengangkatkan mukaku, dia sudah hilang dari pandangan mata.



Esoknya, aku cari lagi gadis itu. Ha... itupun dia.. walaupun agak jauh, aku dapat menangkap bayangnya. Sekali lagi, aku menangkap gambarnya. Macam stalker pula kurasa. Atau mungkin detektif? Hari-hari berikutnya, si dia bagai suria yang menyinari hidupku. Kalau sehari aku tidak melihat bayangnya, pasti aku resah semalaman. Memang gila bayang lagaknya..

************************************************
Aku berjalan keluar sambil membelek-belek gambar yang baru dicuci. Gambar sumber inspirasiku, si dia. Sudah 5 hari aku tidak bertemu dengan dia. Tiba-tiba

GEDEBUK!. Aku terlanggar seseorang. Gambar-gambar di tanganku terlepas.

Dia : Sorry. Sorry. Saya tertinggal pendrive kat kedai ni. Tu yang rushing sikit
Aku : Takpe.Takpe. Salah saya juga jalan tak tengok depan.

Aku terus mengutip gambar-gambar yang bertaburan tanpa melihat wajah orang yang kulanggar. Orang yang kulanggar itu pun sedang mengutip gambar-gambar miliknya yang bertaburan. Kemudian, aku ternampak sesuatu yang kukira aneh. Eh, ni macam gambar aku jek. Bisikku dalam hati. Aku terus mengangkat mukaku untuk melihat wajah orang yang kulanggar. Si dia!!! Kulihat mukanya telah merah. Mungkin malu kerana menyedari gambarnya diambil atau malu kerana menyedari aku mengetahui bahawa dia juga curi-curi mengambil gambarku. Aku tergamam. Otakku seakan berhenti berfikir. Jantungku seolah berhenti berdegup. Tapi hairan, mulutku laju berkata-kata.

Aku : Hai. Saya Dawie. Sudi tak kiranya saya ajak awak minum? Mungkin kita boleh berborak pasal errr.. pasal kamera?
Dia : Jap. Saya ambil pendrive saya dulu. By the way, saya Suria.

************************************************

Aku dan dia saling berpandangan sesama kami. Menjeling-jeling malu. Walaupun aku telah mengupah wedding photographer, Mr Flashy aku serahkan pada kawan karibku,Badrul. Biarlah Mr Flashy turut berkhidmat pada hari paling bersejarah buat diri aku, Dawie dan dia, Suria. Suria juga menyerahkan kameranya kepada rakan karibnya, Mia. Aku dapat lihat,  Badrul dan Mia saling curi-curi pandang antara satu sama lain. Kutenung Mr Flashy dan aku seolah-olah terdengar Mr Flashy berkata "Aku dah temukan kamu dan Suria, kali ini, biar aku berbakti kepada Badrul dan Mia pula" *wink*



-The End-

So, amacam? Ada bakat tak? Ada harapan boleh menang ke? XD

p/s - ni first time kina tulis cerpen tau! thehehe

pp/s - in case kalau ada yang nak tahu maksud nya. Kina takdelah expert sangat, tau sikit-sikit jek tau.. Just nak share apa yang kina tau.. from reading, kawan-kawan, bengkel..

shutter speed : kelajuan bukaan lens. Biasanya kalau nak amek gambar benda bergerak, kita tingkatkan shutter speed. Tapi, kalau shutter speed tinggi sangat pun cahaya yang boleh masuk limited.
aperture : saiz bukaan lens. Kalau nak gambar tu sharp ke, blur ke, ubah benda alah ni la.
ISO : kadar pencerapan cahaya. ISO lagi tinggi, kadar serap cahaya lagi tinggi so gambar lagi terang.

ppp/s- amboi aih.. banyak tul p/s nye.. pic tu bukan kina yang amek.. And terima kasih la ye buat yang jadi model tu..( even kina tak mintak kebenaran.. huhu)

pppp/s- ok2. last2. thanx to rai kerana sudi menjadi pengkritik pertama~~~

December 20, 2009

Second Child Syndrome & Tanah, Air, Api, Angin

Korang pernah terfikir tak giliran korang dalam adik beradik pun ada influence dalam membentuk sikap korang?

"Anak ke- berapa?"
"Anak bongsu.."
"Owh.. patutlah manja.." (sekadar dalam hati  jekla)

Pernah dengar tak Second child syndrome aka middle child syndrome di mana hanya anak tengah jek yang mengalaminya.. special giler. First child ngan last child syndrome tak penah dengar pulak kan? Yang anak kedua tapi bongsu tak kira ar... Yang anak tengah tu, ada pernah terasa tak?




Punca Second Child Syndrome

Anak pertama of course la parents akan sangat excited. Semuanya direkod. First time jalan, first time cakap, first time naik tangga, first time shi-shi, first time uk-uk sumer direkod. Bila anak yang kedua lahir, parents dah tak se-excited yang first, tak se-menggelabah yang first, tak se-you-are-always-in-my-eyes...

Ciri-ciri Second Child Syndrome

Anak tengah akan tend to buat something extra untuk raih perhatian parents. Something extra here boleh jadi benda baik tak pun benda kurang baik. Kalau baik, second child ni akan try his/her best dalam pelajaran ke... sukan ke.. Kalau nakal pulak, diorang akan buat hal kat sekolah. Kena marah is better daripada di-ignore

Kepada semua anak tengah, cuba korang belek-belek album gambar family korang. Mesti paling banyak muka anak sulung ngan bongsu kan? Nak kata korang ni pemalu, tak gak. Nak kata anak first ngan last tu camwhore, tak jugak. (or maybe yes.. hehe). Anak tengah also tend to be a loner. Terasing.. sensorang.. cam sedih la pulak ek. Tapi ianya juga menyebabkan anak tengah ni berdikari. Positive value yang penting tu! Diorang akan tend  to buat kerja tanpa cuba menyusahkan orang lain especially parents. Betul tak anak-anak tengah semua....?

Tapi.. pe-pe pun.. semuanya bergantung pada both parents and children. Parents janganlah lebihkan anak first ngan last jek and chlidren pun janganlah manja sangat semua pun mintak kat parents. (woo.. cakap cam expert giler jek) Yang anak tengah pulak janganlah kecik hati pulak ngan parents... Bukannya diorang nak pilih kasih... it just happens.. korang pun ada yang lagi sayang mak atau ayah korang kan? kan? kan?

Kina second child yang takdelah mengalami second child syndrome sangat.. agaknyelah.. Mungkin sebab kina  lahir tak cukup bulan kot dulu. 1.94 kg jek tau! Kulit merah cam senang jek nak terkoyak sebab lemak-lemak badan tak sempat fully developed. (Sekarang? haih.. terlebih lemak sudah...) So, kina kira di-handle with care la time baby2 dulu...

Cakap pasal giliran adik-beradik ni.. tetiba teringat konon-konon ciri-ciri giliran adik beradik yang dikaitkan ngan alam...

Tanah - Anak sulung, kelima, kesembilan dan seterusnya
Air - Anak kedua, keenam, kesepuluh dan seterusnya
Api - Anak ketiga, ketujuh, dah dapat tangkap kan... dan seterusnya
Angin - Anak keempat dan seterusnya

Ciri-cirinya pulak

Tanah - Rendah diri, tak cerewet, tenang, bijak kawal emosi kira ala-ala "everything is under control" gitu..

Air - Sentimental, senang menangis, sensitif la senang cakap, ambil berat, romantik, sape jadik bf/gf bahagia ar~ wuuuhuuu! ;P

Api - bertanggungjawab, cekap, pendengar yang baik

Angin - Peramah, sumer orang suka kawan, tapi tak tetap pendirian and senang berubah

Ntah betul ntah tak...? Yang pasti, bila korang dah semakin besar aka semakin matured aka semakin tua -_-' ; orang dan keadaan sekeliling akan influence sikap kita...

"Your past is what makes you today, and your today is what makes you in the future" 

December 15, 2009

Nak Cuti Lagi!!!!

Sila nyanyi ikut lagu raya-suasana di hari raya

Berlalulah sudah cuti sem
Seminggu bergembira
Menambah lemak di badan
Dan buat taik mata

Readylah untuk ke lecture
Tak lupa juga klinik
Tak tau sudah nak merepek apa
Layankan sajalah...
(Memang takde bakat langsung!)

Akhirnya, seminggu yang tetibe jek cepat la pulak ni pun tamat.. haish... Sangat-sangat tak puas cuti kali ni... Camnelah agaknya orang yang dah kerja lagilah takde pun cuti seminggu sebulan ni kan? Tak ke tension...?

Balik semula ke kolej, rutin cuti pun kenalah tukar.. Kalau biasa Subuh baru tidur, tengahari buta baru celik mata cam burung hantu gamaknya.. Kenalah kembali ke tidur kul 2 (or lagi lewat) , bangun 6.30.. Dari merewang kat ou and pyramid, kembali ke times square and low yat.. Dari busy hang out and melayan drama; ke kelas and klinik tak lupa jugak lab... Dari happy sepanjang masa; ke stress tak cukup masa....

wei.. tak kan takde yang positif langsung kot?!!

Ada!

*5 minit kemudian* err.....
*10 minit kemudian* err...
*1 jam kemudian* err...

Jumpa kengkawan, patients... Join events... Bergosip? Yang paling penting : Dah semakin menghampiri graduation day! (Berangan awal giler ko kina.. 5 sem lagi da.. 5 sem.. insyaAllah kalau tak repeat apa-apa..)

Oklah. Meh citer sikit jadual kitorang yang dah melatih kitorang ala-ala orang kerja pejabat ni...
Kitorangnya jadual, setiap minggu lain-lain tapi hampir sama la.. Untuk 3rd year, ada seminggu yang cam gila, then minggu depannya okla.. then it alternates... Kina panggil as hectic week and heaven week.

Hectic week ni nape hectic? Sebabnya ada ward round kat hukm.. Kina takdelah tak suka ward round ni, yang kina menyampahnya, nak gi hukm tu.. Fakulti kina kat chow kit, hukm kat cheras.. Nak gi sana ada yang naik bas, motor tak pun kereta sendiri la. Kina as a really bad driver pergi giant 5 minit dari rumah pun boleh mati enjin 8 kali siap kena hon 2 kali ni.. (camnelah ko lulus jpj huh? confirm lesen terbang! ;P ) Pergilah naik bas... Bas gi hukm ni pihak uni lah sediakan. Nak pergi ok, takde masalah sangat. Tapi kalau terlepas pandai-pandailah... tak pun ponteng aje... hehehe (tapi kina student yang baik kan.. takde ponteng-ponteng ni.. ecececece...) Yang tak best nya, waktu balik tu. Kitorang habis ward round adalah dalam kul 3.30 ke.. 4 ke.. tapi pakcik bas tu mesti nak gerak kul 5 gak.. Kadang-kadang lagi lambat. Dengan jalan kat area kl time orang balik kerja ni kura-kura lumba pun boleh menang, sejam kemudianlah baru kitorang sampai kat kolej.. Sampai kul 7 pun penah jugak... balik-balik pe lagi? terbongkanglah jawabnya.. (iye... tau tak elok tido time asar, maghrib, tapi memang seriously tak larat seh..)

Heaven week pulak takdelah heaven sangat pun.. Cuma dalam 5 hari tu, adalah sehari or 2 hari ada peluang balik tengah hari... Tapi biasanya kina time tu lah kina nak kuar.. Yela.. kang tak keluar jenjalan takde life pulak kan...  Heaven week ni pun biasanya habis kul 4 tak pun 5.. Tapi at least takdelah duk melangok bergosip tunggu bas kan... Tapi.. kadang-kadang, heaven week ni pun leh jadi hectic week bila nak siapkan kerja-kerja lab = buat gigi palsu tak pun ada kelas ganti..  :(


hectic week



heaven week


 P/s-Kina group 'B'

"If you don't take risk, you won't suffer any defeats. If you don't take risk, you won't win any victories"

December 6, 2009

First Love

Not necessary your first couple, or some kind of puppy love. It's the one you really felt into and the one you would like to get married with..

First love...

Was the sweetest
Was the one you might remember for the rest of your life
Was the one that taught you the most
Was the one that gave you great memories
Was the one that gave you great experiences as well
Was the one that might change you to become a better, stronger person

When it's over

Was the hardest to let go of
Was the one you kept on telling yourself "Let it go. Let it go."
Your mind said "It's over. That's it"
Your brain added "Don't be stupid. There's must be someone else for you"
Yourself said "You're strong. You're not that weak"
But then you couldn't deny deep in your heart said
"There might be some hope. Even a very little tiny one"

And it went for hours, days, or weeks, or months or even years?
Until you found someone else
Or your first love didn't want to contact you anymore
Or when he/she is getting married
That's when your brain reminded you again
"This is it. This is it. Full stop. No more hope. And it's the best for both of you"
This time, your heart agreed with your brain
But then your heart still felt extremely painful. Damn sad. And you found water running on your cheek..

And life goes on...

December 4, 2009

So Little Time, So Much to Do

Yeeehhaaa!!!!
Akhirnya, setelah 4 hari (4 hari jek pun kecoh) kina perah otak sampai muntah, habis jugak final exam sem 1 ni...

Ceritera Paper Last

Seperti biasa, paper last confirm dah hilang semangat nak study.. semangat nak cuti melimpah ruah tak tertahan dah. Lagi-lagi takde soalan esei.. lagilah malas! (ala.. dah malas tu malas gak.. ) Keluar exam hall pun awal! Pergh! Confident giler! Bukan confident da.. dah tak tau nak jawab pe la.. and dah tak sabar nak kuar dah!

Next station : Times Square la~ Mana lagi.. sini jekla paling dekat.. Sampai-sampai, terus tengok 2012 (iye, memang ketinggalan) kul 12. Ditemani perut yang menyanyi riang irama dangdut, popcorn and air gas jadik alas perut.. Memang baik untuk kesihatan! Basically, okla jugak 2012 tu. Takdela tak best langsung.. Then, after solat, makan and shopping2 sikit, pergila low yat plak.. dvd drive lappy rosak.. akibat banyak tengok drama dan melakukan cetak rompak burn cd la ni. Dari duk melanguk usha mamat kedai tu buat keje, kaki melangkah ringan menapak lagi. Sungei Wang menjadi pilihan... Shopping lagi! Mentang-mentang la tengah kaya JPA baru masuk...

Ok. Dah tak sabar nak balik rumah. Dah tak sabar nak cuti. Dah tak sabar nak buat macam2 ni. Cuti plak, SEMINGGU jek. Kina sangat menyampah, sangat jeles, sangat wei-taktau-bersyukur-ke? ngan korang2 yang "bosan seh cuti", "baru seminggu cuti dah boring", "tak tau nak watpe" dan yang sama waktu dengannya!
So, apa yang kina plan nak wat seminggu ni?

Plan cuti sekolah sem


BUKAK KILANG
Kilang taik mata dan kilang air liur basi. Ada sapa2 nak tempah? hahaha.

SHOPPING!!
Itu aje la keje ko ye kina. So, setakat ni yang dah booked : my mom, my sis, ili and nazirah. Ada sapa2 nak masuk list lagi? hehehe. Sudah2 lah tu kina oi.... 4 orang means 4 hari. Taula tengah kaya JPA baru masuk (ni la sebabnya akhir sem nanti dah terkapai-kapai life-life fish!) tapi cuti ko kira 9 hari jek. Separuh ko gi merayap jek?!

SIAPKAN KERJA2 TERTANGGUH
1-Tolonglah. Tolonglah susun file2 yang bersepah dalam lappy ko tu kina. Pastu, tolonglah format. Dah lembap bebenar dah...



2-Kerja2 DENSTA which are
Densmate (magazine)-the cover, articles
Program Saudara Angkat-logo, nametag, backdrop
Family Day-banner, poster

3-Kerja2 as a dental student. Study? muahahh
aha. of course la tak. Wire bending. Jom, bengkokkan wayar ramai2~ Tak tebal pun.. hanya 0.7mm stainless steel. err,, mampu membuatkan jari-jari comel kina merah2 and kadang2 berdarah! Tips : Buatlah sambil melayan drama depan lappy.. takdela tension sangat~


ni baru 1st step ni

bentukkan wayar tu sampai jadi begini ye.. bukan satu, tapi lapan!


HABISKAN BACA
1-keretamayat.blogspot.com. Seriously sangat best. And menyedarkan diri sendiri.
2-buku2 tertunggak tak kiralah komik, novel dsb tak kira milik adik yang baru darjah 6, sepupu yang baru habis pmr, sehinggalah ke pakcik yang berumur 38 tahun..

BELAJAR MAIN KEYBOARD
Bukan ngan orang lain... ngan my lil bro jek... setakat ni, "happy birthday" jek lepas. huahua. bilala nak sampai ke tahap ni?



TENGOK SEGALA MACAM DRAMA & MOVIE
Yang dah dicetak rompak burn, berlambak. Lebih 50 dvd kot. Memang tak kan habis la.. tapi yang in my top lists are...

1.Buzzer Beat starring yamashita tomohisa aka yamapi



perempuan tak tangkap cintan = kurang hormon la tu.. haha

2. Samurai High School starring Miura Haruma. Ala... yang berlakon Bloody Monday jadi genius hacker tu.. thanx to lalink yg inform me about this~

Enjoying my holiday~~~ tata~~~