Pergh kina, berzaman tak update blog, tup2 bila update jiwang karat semacam ;P
p/s- kepada semua yang free 24 Julai 2011, jom ramai2 serbu Tropicana City Mall kul 10 pagi sampai 8 malam. Jabatan Kesihatan Awam Pergigian UKM dengan kerjasama MDA (Malaysian Dental Association), GSK (GlaxoSmithKline) ngan MINDEF (Ministry of Defence) ada menganjurkan satu program khidmat masyarakat kat situ..
Kitorang provide OHI (oral hygiene instruction) ngan OHE (oral hygiene education) plus smoking cessation (berhenti merokok). Ngan adalah promotion barang2 GSK kalau tak salah.. So, kalau ada sesape nak tau ape2 pasal gigi/kesihatan mulut or ada terdetik niat nak berhenti merokok, jom ramai2 serbu booth kitorang nanti~~ Ni kalau gi private ni ada kena charge rm30 ke atas tau!
pp/s- Al-Fatihah untuk Dr Lo' Lo', ahli parlimen Titiwangsa.. met her at an event in Titiwangsa, a very humble and nice person.. Al-Fatihah.
The title says it all. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat-sangat (kali infinity). Thanxxxxx a looootttt to all yang bagi sokongan, dorongan, nasihat, tips, hints, teman study, bincang soalan, naikkan semangat, teman nangis, support me dan kepada semuaaaaaaaaa lah yang menolong sama ada secara langsung ataupun tak langsung...
TAHUN EMPAT..
Tahun paling menyeksa raga
Sangat stress hingga rasa nak gila
Rasa nak putus asa
Dengan carry marks yang sedikit cuma
Soalan exam pun nak killer
Tanpa disangka
Dijemput ke viva buat pertama rasa
TAHUN EMPAT...
Kutinggalkan jua
Betapa leganya jiwa
Akhirnya berakhir jua
Berhenti debaran di dada
Tatkala dekan berkata
"Tahniah, naik ke tahun lima.."
Alhamdulillah.. syukur pada yang Esa.. :)
To all my friends yang berjaya, congratsssss~~~~~~ Korang cuti watpe? Kina keje~ ;) Jangan korang duk wat taik mata jek udahle.. Final year project pun jangan lupa! Wah, rhymes la!
To all my friends yang tak berjaya, korang jangan putus asa.. Masih ada harapan lagi.. I believe you guys can do it! Ganbatte!!! Bak kata Dato' Dean tadi... "See you in September in ONE CLASS ok~"
ragam sebelum result - berdebar nak masuk bilik mesyuarat fakulti
the workplace~ >_<
p/s- kina dapat free gift from mr izzo for being his 200th follower~ :)
"Kina, ada surat u lah kat pejabat kolej. Dari Gempak Starz"
"Hah? Yeke...? Rasanya takde order apa-apa pun.. Tapi nanti i check lah. Thanx e~"
So, kina pun pergilah pejabat kolej.. Tengok2, memang ada~~~ Sampul besar dari Gempak Starz. Pelik gakla sebab memang tak pernah order apa2 pun.. Tak ingat pun ada masuk contest ke apa. Balik bilik apa lagi? Dengan rakusnya bukak sampul surat tu...
Tadaa!! Dapat Illustration Book by Gengkey!
Hepi sangat! Thanx Gempak Starz! Tapi secara jujurnya.. err..err.. kina tak ingat pun contest apa yang kina masuk. huhu. Anggap jekla sebagai hadiah kepada pembaca setia ek. hehe
Till now, almost 150 novel graphics from Gempak Starz have been collected!
Ntah bila ntah nak tebus kupon2 ni~
#2 - Gempak Starz di KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fair) - kat PWTC
Jumaat lepas, habis jek klinik, (klinik terakhir untuk tahun 4 ni, o yeahh!!) kina ditemani ngan k izzah, (memula ingat dah nak kena gi sorang2 da.. semua dah bali tiket balik kampung. Thanx kak! :) ) pergila KLIBF..
Sampai2 situ, memang terus serbu Gempak Starz nye booth la kan. Oleh sebab kebanyakan novel grafik kina dah ada.. tak banyak sangat la kina beli.. kina rembat 9 novel grafik. The best part- harga murah and grrreeeeeeeeeeeaaaattt free gifts~~~~
#3 - Kedai Pink Ain Maisarah sangat, sangat, sangatlah comel~~~~~
Tak kenal sape Ain Maisarah? Dulu2, kina pun tak kenal. Tapi, adik kina merupakan peminat setia kak ain ni. So, beberapa tahun lepas, time tu kina dah stop dah baca2 novel malay ni (bukan nak kutuk, tapi the storylines are always same), adik kina perkenalkanlah novel2 kak ain ni.. Baca2, memang best giler~~~ Selain gaya penulisan yang sempoi jek, jalan cerita sangat menarik ngan takde plot kosong dan lain dari yang lain. Mengimbau kenangan2 time sekolah pun ye jugak. Tapi kalau ada kumpulan the wannababes kat sekolah kina dulu, memang kina anti la. Gedik yang teramat. Tetiba emo sebab watak dalam novel jek. haha
So, hari tu, time kat KLIBF ni, kak ain pun ada bukak booth bernama 'kedai pink ain maisarah'. Memula kina cam segan jek nak pegi, dahla tak beli pe2 kan. Sebab adik kina yang biasa beli novel ni. Tapi, ahh, gasakla. Nak jugak cuba berkenalan ngan penulis yang sangat sweet ni. Nak mms gambar bagi adik kina jeles ye jugak. haha. So, approach la kak ain.. (muka tembok sangat! hehe) Saaaaangat ramah, saaaaangat sweet and saaaaangat comel~~~ Serius korang kalau jumpa kak ain, terus suka aih. Terus makin minat nak baca novel dia. ;P
Semua hang sumbat dalam satu entry jek kan kina? Dasar pemalas! huhu. Just wanna share hari2 terakhir sesi 2010/2011 ni.. Semoga kami semua berjaya naik ke tahun akhir!!!! Sekali sekala mencapub la skit kat blog sendiri.. haha
Jadual minggu terakhir.. Untuk group kina la
Sila abaikan tulisan yang 'cun' giler tu
My partner for 2010/2011 session, Qwik Chai Jing
Sorry for any mistakes, any troubles, any kekurangan, any 'ter'mengumpat..
And thank you~
Camwhore di klinik.. time ni sume yang lain da balik dah
Ops, terpotong kepala yana skit
Ok, yana amek, dah tak terpotong dah
Prove that you are a better camwhore! haha
Tema : Medical doctors
(no offense ya dear medic co-leagues. tapi korang suka pakai lab coat tak butang kan. hehe)
Hyper-eating-stress-induced = melantak
p/s - Study week dah pun bermula~~~ Dah, tak boleh berfoya2 lagi. Memang kena ganbatte kudasai gle2 ar. Carry marks sangat sikit. Sangat takut tak dapat naik ke tahun akhir.. Mintak jauh... Bersyukur sangat study weeks 2 minggu. Doakan kina berjaya ye! (Tapi time study week ni plak la ko rajin nak hupdate blog ape kes?huuu)
pp/s - Sangat happy bila patient puas hati dengan rawatan yang diberi~ :) thanx mr izzo!
ppp/s - malam ni selangor vs kelantan. Go selangor go!!! (sejak bila hang minat tgk bola ni kina..? ;) )
Sebulan lebih hang tak update na kina... Tup2 update terus ajak orang serbu Jusco Bukit Tinggi. Awatnya? (Perghhh.. pengaruh betul matluthfi90 ni!)
Sempena Bulan Kesihatan Mulut, (Oral Health Month), Colgate bekerjasama ngan MDA (Malaysian Dental Association) ada buat road tour untuk promote kesihatan mulut... So, kalau korang temasuk antara salah sorang dari senarai di bawah...
Takde plan nak gi mana2 Jumaat, Sabtu dan Ahad ni?
Tinggal dekat2 ngan Klang?
(Kalau jauh sikit kat Bangi tu pun kira dekat aih..)
Nak FREE dental check up and consultation?
(Ni kalau gi private ni, ada kene charge RM30 ke atas tak salah...)
Nak tahu lebih lanjut mengenai barangan penjagaan gigi?
(Ubat gigi apa yang sesuai, berus gigi yang camne.. Flos..)
Ada masalah gigi atau gusi tapi tak tau/malu/malas nak tanya mana?
Nak dapat sample colgate percuma?
(Lumrah manusia ye, benda percuma sume nak. hehe)
Nak jadi patient kina?
(woahhh, sempat hang nak carik patient eh kina! hehe)
Nak dengar kina berceloteh memberi
Oral Hygiene Instruction (OHI) and Oral Health Education (OHE)?
(Haktuuiiihh! Confirm takde!)
atau..
Hangpa memang nak datang Jusco aih!
Apa tunggu lagi~~~? Jom ramai2 serbu Jusco Bukit Tinggi, Klang ari Jumaat - Ahad ni.. (8-10 April). Jangan lupa ajak pak, mak, family members, jiran sebelah, dak duk belakang kelas, mamat cute, (perlu ke highlight? haha) bloggers lain, dak2 kelas, gf, bf, suami, isteri, tunang, ikan, kucing dan jugak matluthfi90. Kina bertugas untuk bagi OHI ngan OHE sebenarnya.. (consultation). Hari apa? Tunggu kat sana!
I'm really3 excited actually. Wanna feel the experience of doing dental public health to the public in a shopping mall! Biasa buat time dalam klinik tak pun to family members/friends jek! :)
Pilihanraya kampus (PRK) datang lagi~~ Dan kali ni kina TAK bertanding~ :)
Dalam entryi am me, i've stated my view. And, does it change after i join in the organisation? Nope, totally not. Even stronger than before actually.
So, soalan hari ni, perlu ke dalam pilihanraya kampus ni adanya Aspirasi (Pro-A) ngan Gabungan Mahasiswa (Pro-M)? And my answer would be, a BIG NO.
NOTA PENAJA : INI HANYA PANDANGAN KINA SEMATA-MATA. AND I BELIEVE SOME OF YOU SHARE THE SAME OPINION AND SOME DONT. BUT, HEY, DIFFERENT PEOPLE, DIFFERENT OPINIONS. AND THAT WHAT MAKES THE WORLD SO LIVING. DAN INI APA YANG KINA TENGOK KAT UKM LA.. UNI LAIN TAK PASTI.. BUT I THINK PRETTY MUCH THE SAME..
Kenapa kina benci sangat ngan politik kampus?
Well, first of all, kenapa wujudnya Pro-A ngan Pro-M? Toksah nak berbelit-belit aih.. direct to the point. Pro-A sokong kerajaan, Pro-M sokong pembangkang. As simple as that. Toksah nak nafikan, toksah nak pusing2 main puzzle.
Then, kita berbalik pulak pada PRK ni. PRK ni nak pilih siapa? Pilih Majlis Perwakilan Pelajar. MPP. Wakil pelajar. Suarakan pendapat pelajar, komen pelajar, rungutan pelajar ke pihak pengurusan universiti. So, cuba habaq mai, kat celah mana asas penubuhan MPP ni selari ngan asas penubuhan Pro-A ngan Pro-M? Kat mana yang sama nye? TAK ADA LANGSUNG. I repeat, TAK ADA LANGSUNG.
Apa Pro-A tu sentiasa menyokong tindakan pengurusan uni ke? And Pro-M tu sentiasa menentang universiti ke? Sepanjang pengalaman kina dalam sesi lepas, nope. I would say no. Yang baik, kita sokong, yang tak baik kita bantah..
Eleh kina... so what? Kalau penubuhan dua2 tak selari pun, apa salahnya.. Asalkan diorang tetap jalankan tugas, kira ok la.. Yup.. true.. memang diorang tetap jalankan tugas as wakil pelajar.. Tak kira lah dari Pro-A ke, Pro-M ke... (but i gotta need to admit that i'm such a 'bad' MPP.. i didnt perform really well.. so sorry.. but i believe that my coursemates and co-mpp understand my situation..)
But! Kadang-kadang, diorang punya penglibatan in Pro-A atau Pro-M ni, lari dari tujuan asal dari jadik seorang MPP... Kadang-kadang meeting sebelah pihak jek... Nak wat memorandum ke, bantahan ke, sebelah pihak jek.. Yang menyebabkan kina rasa "woit! korang boleh tak? Boleh tak duduk semeja bincang sama2? Tak boleh ke bersatu wat benda tu sama2?"
Dah lari tujuan asal penubuhan MPP ni di mana ahli MPP LEBIH menjaga kepentingan parti hat mana yang diorang sokong instead of kepentingan pelajar secara amnya. Tu yang kina menyampah sangat benda alah ni. Diorang lebih memainkan agenda sebagai wakil parti LEBIH dari wakil pelajar. Contohnya :
Situasi 1
Taukah anda bahawa PRK ni ada kerusi wakil umum dan kerusi wakil fakulti. Wakil umum ni dak2 satu uni undi.. Wakil fakulti lak, dak2 fakulti tu jek undi... Tetapi, kenapa hanya sebelah pihak jek yang memegang jawatan sebagai exco dalam penubuhan MPP ni? Secara jujurnya, kina tak rasa kina layak pun pegang jawatan exco hal ehwal pengguna dan kesihatan sesi lepas. Sebab? Sebab kina ni wakil fakulti pergigian jek.. Wakil fakulti yang diundi oleh 100 lebih orang jek. (kitorang nye fakulti merupakan fakulti paling kecik dan kina menang hanya dengan majoriti 14 jek). Tapi, kenapa ada wakil umum yang diundi oleh beribu2 orang tak pegang apa2 jawatan pun? Seolah2 menafikan hak pelajar yang mengundi. And the reason behind all this? Sebab kewujudan parti2 ni. Cuba kalau takde, hell yeah i think all wakil umum akan pegang jawatan and all wakil fakulti remain as wakil fakulti la or maybe jadik timbalan jawatan to wakil umum at most. And o yeah, mana2 menang pun, i think it would be the same.
Situasi 2
"Malam ni meeting semua ke separuh"
"Separuh.."
What the whaaaat! (credit : ijaicool.blogspot.com). Ada pulak eh korang meeting semua ngan meeting separuh?
Situasi 3
Penat pulak aih nak taip panjang2. Senang cakap, cuba gi tengok blog Pro-A ngan Pro-M. Masing2 menghentam masing2. Macam kerajaan ngan pembangkang. Semua yang kerajaan buat, salah di mata pihak pembangkang. Padahal, tak semua kan.. And, it's vice versa.. Kadang2 tu, kina rasa takde isu pun nak jadikan isu. Nak menunjukkan better than the other. Padahal, bluuerrhh, takde hape pun.
Tak boleh ke PRK ni jadik cam pemilihan JPP macam time matrix dulu? Tak boleh ke semua calon just bentang manifesto masing2 then the students will vote based on individu? Tak boleh ke ada satu badan yang menguruskan PRK ni yang tolong bagi borang, taklimat, etc kepada calon2 yang bertanding? Tak boleh ke takde parti2 nih?
"Kina... tu dulu matrix.. lain... Kita sedang bertatih.. Sekarang dah kat uni, lain.. dah ada peningkatan pemikiran di situ..." The heck peningkatan pemikiran. PRK = lebih banyak fitnah, ugutan, sekatan. Itu yang dipanggil 'peningkatan pemikiran'? Anjakan paradigma? Kina tak tau lah plak kalau benda2 negatif cam fitnah, ugutan ngan sekatan tu boleh dipanggil 'peningkatan pemikiran'... Tak taulah pulak kalau cat merah, culik, protes ngan mayat tuduh sana sini dipanggil 'peningkatan pemikiran'...
Oklah, dah panjang membebel rasanya. To me, PRK ni biarlah takde Pro-A ke, Pro-M ke.. isn't it better without neither? Just stand as a society that take care of the welfare of the students? And be the representative of the students to the admin? Isn't it much more easier to be achieved without all these crap?
Mungkin jugak penubuhan Pro-A ngan Pro-M ni disebabkan ada AUKU yang melarang mahasiswa terlibat ngan politik. Even dalam surat perjanjian JPA pun melarang mahasiswa terlibat dengan mana2 penubuhan politik. Mungkin tak kalau mahasiswa dibenarkan terlibat, takkan ada penubuhan Pro-A ngan Pro-M ni sebab mahasiswa dah bebas join mana2 parti politik yang diornag sokong kat luar sana (Malaysia). Dan takkan adalah PRK untuk memiilih MPP ni dibayangi sokongan mahasiswa terhadap kerajaan atau pembangkang... Tolonglah. Please separate your decision in choosing between MPP and the government or opposition. Bagi kina, penubuhan MPP takkan selari ngan penubuhan Pro-A dan Pro-M...
Well, that's my opinion. And i wonder siapa menang tahun ni? O yeah, kerusi fakulti pergigian tahun ni menang tanpa bertanding~ :)
p/s- Siti Nur Hana bt Yahaya, you have my vote dear~ Really respect and proud of you to stand as calon bebas! :)
uisshhhh.. Memang dah bersawang penuh labah-labah kali ni! Rasa lama giler dah kina tak jenguk blogger ni.. Sebulan lebih tu! Dekat dua bulan dah pun..huuu.. Dan seperti biasa, kalau kina muncul kembali setelah lama menyepi, mesti ngan alasan2 perasan busy
NOTA PENAJA : SEPERTI BIASA, KALAU DAH LAMA TAK UPDATE TU, ENTRY MEMANG PANJANG BERJELA LAH KAN?
Perasan busy #1 - Program Komuniti Kesihatan Mulut (PKMK)
PKMK ni seperti namanya, merupakan program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Jabatan KAP (Kesihatan Awam Pergigian) fakulti kina. Semua pelajar tahun 4 wajib pergi.. So, secara paksa-rela-ehh-takdela-paksa-sangat-kitorang-suka-gak-program2-macam-ni, PKMK tahun ni diadakan di Bera, Pahang awal Januari ari tu.. Kina lak terlibat dalam nak buat buku program ditambah lagi ngan presentation memeningkan kepala, memang giler-perasan-busy ar kina minggu tu. Exhausted gila-gila-gila (ha! sampai 3 kali tuh) la. Apa-apa pun, semuanya berbaloi bila penduduk Felda Kumai ramai giler datang program kitorang. Sampai tak menang tangan nak layan awal2 pagi tu. Tambah happy lagi, bila lecturer puas hati ngan presentation group kina... Fuh.. the next week, memang qada' tidurlah!
Penduduk Felda Kumai, terima kasih ngan sambutan anda~
Muka masing2 serius jek!
Banyak2 benda time PKMK ni, selain sambutan penduduk, kina paling rindu sekali masakan diorang! Pergh, memang best gile. Even bihun goreng eleh, cam biase jek dengarnye pun boleh rasa sedap gile. Ditambah lagi ngan cucur udang, bubur cacar, pastu makan tengah hari ngan lauk2 kampung yang memang rare giler nak jumpa cam daging salai masak lemak, buah kundur masak ape ntah.. Memang terbaiklah masakan penduduk kat situ! Kalaulah makanan kat kafe cenggitu, memang meningkatkan kadar obesiti negara lah!
Mak~~~~ Mana selipar sebelah lagi nih....
Toothbrushing technique..
Poster yang kina wat untuk kumpulan kina...
Kumpulan sasaran : Golongan dewasa
Tajuk : Kesan minum kopi/teh tarik secara berlebihan
Model : Ayah kina! wooahh, kena bayar royalti nih! hehe
Perasan busy #2 - Laptop oh Laptop (nyanyi ngan irama lagu bangau oh bangau)
Laptop oh laptop
Kenapa engkau rosak?
Macam mana aku tak rosak
Engkau ganas sangat.. engkau ganas sangat
Kina oh kina
Kenapa ganas sangat
Mana ada kina ganas
Laptop cikai sangat.. laptop cikai sangat
Laptop oh laptop
Kenapa cikai sangat
Macam mana aku tak cikai
Nama aku acer.. Nama aku acer
Uiiishhh ni dah lebih ni! Kutuk2 acer plak kan! Sebelum pengguna2 acer mengamuk, okla.. mungkin bukan salah jenama.. Memang kina overused laptop tu.. Diheret ke sana ke mari, jatuh tergolek lagi, mana tak 'mati', oyeahhh rhymes lagi!
Reason utama kina menyepi dari dunia blog ni.. ecehh.. Sebab lappy kina rosak. LCD totally crushed. Memang dah tak boleh nak view.. LCD tu memang dah start bengong2 skit sejak beberapa bulan lepas dah. Tapi, kalau kina adjust2 skit, peluk2, sayang2, mmuahhhx2, dia tak jadi merajuk la.. Tapi, satu hari time kina nak hantar presentation pulak tu, mr lappy merajuk tak tentu pasal PMS agaknya. Totally crushed. Nasib baik kina sempat save presentation tu dalam pendrive. And nasib baik jugak kina save buku program untuk PKMK tu dalam pendrive kalau tak jenuh gak nak buat balik ngan lappy dah takde. Melampau encik acer ni. Rosak time2 kritikal. Walau apa2 pun, terima kasih banyak atas jasa yang kau dah curahkan wahai encik acer 4710z (takde nama best skit ke). Hubungan kita hanya bertahan selama 3 tahun lebih bermula dari oktober 2007 hingga 21 Januari 2010. Terlalu banyak kenangan indah kita bersama. Semoga kau lebih bahagia dengan mamat lowyatt yang baru.
Sekarang tak macam ni lagi dah... In severe condition..
LCD rosak, nak bukak pun dah loose,
ada cracked lagi kat tepi, keyboard terangkat, left button built in mouse pun dah bengong,
dvd-r pun kadang2 tak dapat detect,
ok tolak pun dapat RM250 jek
And.. presenting the new mr lappy...... *drumrollllll*
mr lenovo ideapad z460~~
Memula kina ingat nak ganti lcd jek.. Tapi ganti lcd pun dah mebih kurang rm500. Dan kina sekarang takde fulus abes banyak gi APDSA Jepun ritu.. So, memula kina ingat nak beli second hand lcd connect to mr acer jadik cam desktop la dah tak macam laptop.. (dah tak portable lah kan) sebab motherboard sume ok jek lagi. Then, bertahan jekla selama setahun setengah lagi sampai abis belajar..
Sekali, pada suatu hari mak kina mesej "mak ingat nak belikan awak laptop barulah" woooaaahhh~~~ rasa cam happy tu happy, tapi, cam tak best skit pun ada. Sebab, kina memang target mr acer tu supaya bertahan sampai kina habis belajar and kina pun memang tak biasa gadjet2 parents belikan. Yang mr acer tu pun kina guna duit JPA. And then my mom tambah lagi "ala.. nanti awak dah keje nak beli yang baru, beli lah. Yang latop tu mak bagi adik awak ke..." Apa lagi, tawaran diterima! >_<
Kenapa kina pilih lenovo z460 ni?
Eh, sebelum tu, camne nak pronounce ek sebenarnye. "lenovo" ke "ienovo" sebenarnya. Huruf 'L' kecik ke huruf 'I' besar ek?
Sebab utama, harga dia kot... Dengan spec : core i5, 500gb HDD, 2+2gb ram, nvidia geforce 512mb, harga mr lenovo ni dalam range RM2090-RM2200. Pandai-pandailah carik kan. So, berapa kali kina pusing lowyat tu, the best price kina boleh dapat RM2090... Tolak free gift la. Ala.. free gift pun mende2 yang kina dah ada macam mouse, cooling pad, etc2. Berbanding ngan lappy lain, kalau core i5 jek mesti harga 2400 ke atas. (kecuali acer. acer boleh dapat rm2200 ke bawah tapi kina serik dah ngan acer.huhu). Beza rm300 tuh! Yang beza; jenama, ngan adalah certain pakai ATI graphic card, dan design laptop. Kina admitla, design mr lenovo z460 ni, urrrghhh, huduh skitla.. tapi skang dah lama guna, rasaa cam, eh cun jugak! hehe
Pergh~~ plastik tak bukak lagi tuh! ;)
So, the big pros of choosing z460 is the price. Secondly, motherboard lenovo ni by ibm and thirdly, the casing of the motherboard pakai metal, bukannya plastik. Kina kan pengguna laptop ngan kenganasan agak melampau... The big cons is the design and maybe the brand is not that well known in malaysia.. Agaknyelah. Apa2 pun, ni hanyalah pendapat kina dipengaruhi oleh orang2 jual lappy kat lowyat tuh. Berapa kali ntah kina datang untuk survey. Sampai ada yang boleh cam muka kina.. "ha.. dah dapat belum laptop nye?" huhu. Hopefully, mr lenovo z460 (tolonglah, bagi nama best skit boleh?) wont let me down.. Please, survive for at least 5 years! Oh ye, sebenarnya in my mind before survey kat lowyat tu kina nak beli HP. Tapi tak tau nape, kina lebih tertarik ngan ASUS. So, kalau banyak fulusnya, my second choice is ASUS..
Sedikit review..
Setakat ni kina guna okla... tak habis explore lagi. Lebih2 lagi sebelum ni kina kan old fashioned skit guna XP, office pun pakai 2003. Yang sekarang plak guna Seven ngan office 2007. Quite a big difference. Sound okla.. Kira kuat jugakla.. Takde lagging..( Eleh, laptop baru, memangla.. Tu belum install ntah benda2 merepek lagi tu). Cuma a bit tak best skit, butang "shift", "enter" ngan "backspace" kat sebelah kanan keyboard ni agak kecik.. But i'll get used to that...
Perasan busy #3 - Lawatan ke Indonesia
Waktu cuti sem hari tu, kina join lawatan sambil belajar (nama jek lawatan sambil belajar tapi shopping boleh tahan banyak. hehe) gi Indonesia under PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM). Owh, sekarang dah dibubarkanlah esok pilihanraya lagi untuk PMUKM 2010/2011. Kitorang melawat Jakarta ngan Bandung.. Dah nama pun lawatan sambil belajar kan, tak boleh lah just gi jenjalan jek.. Kat situ kitorang melawat Universitas Trisakti ngan Institut Teknologi Bandung. Jumpa gak ngan pelajar Malaysia kat sana especially wakil PKPMI (Persatuan Pelajar2 Malaysia di Indonesia). Ni citer penuh kat entry lainla. Panjang berjela pulak kang..
Perasan busy #4
Argghhhh! Semua alasan semata2! Dah takde mood nak menaip tu, tetap takde gakla kan.. Ditambah lagi ngan lappy baru nak explore, install tah kejadah apa ntah, dan lain2 alasan perasan busy... huhu
Pergghhh, panjang giler merepek kali ni.. Biasalah, balas dendamlah katakan.. :) See you next time~ In a week! Agaknyelah.... -_,-"
pp/s- it's time to blogwalk! perghh.. lama giler dah tak blogwalk. Yang meet up ari tu pun tak abes lagi.. huhu. Tapi, esok ada test plak.. tak abes baca lagi nih... ok2. sejammmm jek! wish me luck ya!
ppp/s - Sape belum kenal lagi matluthfi90? check him out! korang ngah stress pun serius hilang tension korang!