December 24, 2010

Meet Up Blogger - Dari Dunia Maya ke Dunia Realiti

Sekali lagi bagi mengekalkan reputasi sebagai blog yang sentiasa tak up to date, kina nak citer tentang meet up blogger yang buat julung2 kalinya kina join... Yang diadakan kat Times Square dan dah dekat 2 minggu berlalu.. huhu

Tapi, meh kina nak citer pasal apa kina lambaaaaat sangat update. Arggghh alasan semata-mata!

Reason yang pertama.. errrr... walaupun cuti hanya seminggu, kina kerja~~~~~ As a teacher~~~~~~ :)

Mana sorang lagi menghilang nih?

Reason yang kedua.. kina tak berapa sihat la seminggu dua ni.. lantas mematikan terus mood untuk berblogging...

Dear manufacturer dadah ubat,
boleh tak lain kali jangan letak pewarna hijau... it's creepy!

Dan reason yang ketiga......tadaaaa!!! Memang tak membolehkan kina on lappy langsung!

Tikus manaaaaa lah gigit nih!


Ok2. Kembali ke Meet Up Blogger. Pandangan kina pasal meet up tuh? 

"It was $^@*&!!, I hate it, menyesaaaalll kina pegi, BORING giler, berlagak giler blogger2 nih"

That's something that i would NOT think of.

Bermula kul 1 petang, kina sampai sorang diri tanpa kenal sape2 pun memang buat muka tebal gila main jump in jek... Dahla tak aktif mana blogging, blogwalk pun jarang sekali, kenal blogger pun tak, diorang nak kenal kina lagilah tak kan... Kengkawan sume pun dah balik umah ngah cuti sem.. Memula kina nak ajak akubukanpuitis sebab dia tinggal kat kl jek, sekali, alahai, dier ada kenduri kat tangkak lak... Memang sensoranglah kina datang... Tak kira! Nak try gak! Nak merasa gak! Pergghh.. memang berdebar2 cam nak jumpa bakal suami gitu. Sampai2 kat tempat boling, orang pertama yang kina nampak adalah joe... Fuuhhhhh.. rasa lega gile. Yey! Ada yang kina kenal~ Pastu bersama tongkat saktinya, azrul hisham pun sampai... Yey, sorang lagi yang ku kenal~~~ Degupan jantung 100 kali seminit terus berkurang ke tahap normal...

Seperti biasalah bukan janji Jepun, ramai mula datang around 2 pm... Solat dulu kan.. Sementara menunggu blogger2 yang lain datang, kina berkenal2 dululah ngan yang datang awal termasuklah awek2 cun; anyss, cik epal, dila, arina dan rose. Mamat2 blogger (oh betapa biasnya awek cun, mamat blogger. haha) selain organizer joe, munsyi, farid, zack, izulman dan azrul hanya dipandang muka. Segan seh nak tegur!

Awek2 cun

Agak2 cukup orang, boling pun bermula... Kitorang dibahagikan kepada dua group. 3 lelaki 3 perempuanlah dalam satu group tu... cewah, cam kena jek orang yang datang kan. Sebagai organizer, joe mempergunakan  kuasa vetonya meletakkan zack yang merupakan juara boling blogger gathering yang lepas untuk sekumpulan ngan dier.(ni bukan kina yang cakap, dier tulis sendiri kat blog). ohh, gila keji. haha. Bajet menanglah tuh. So, joe, zack, azrul, cik epal, anyss ngan jaja (cousin anyss) satu group. Kumpulan lagi satu lak yang ternyata lagi kacak bergaya cun sentiasa (wah, rhymes! wah, bias!) terdiri daripada farid, munsyi, izulman, kina, arina ngan rose. 

Dalam banyak2 blogger yang main, kina paling perghhh respek giler kat azrul. Datang ngan tongkat sakti, jalan pun tau kaki sakit lagi, tapi skill pergghhh terdiam kami, heyyyyy rhymes lagi!

Tapi, group kacak bergaya cun sentiasa (KGCS) tak patah semangat... Berkat kerjasama semua, cewaaahhh, dari awal lagi group ni sentiasa lead... Tetibe dah round ke-9, joe dapat kuasa mana ntah, strike 4 kali berturut2! Peluh sejuk mula memercik di kalangan ahli kumpulan KGCS... Tapi, KGCS tetap mampu mengekalkan kejuarannya...

Kumpulan 1 (aik, nama '1' jek?)

Kumpulan Kacak Bergaya Cun Sentiasa~
113 is my personal highest record for bowling. Till now.
Wah, tetibe terer pulak kan? ;)

Lepas dah abes men boling, it's makan time~ Perut memang dah nyanyi lagu metal dah. Tak lunchlah katakan... Time ngah main boling ngan time makan, tetibe makin ramai blogger lain muncul... Total adalah 20 lebih kot.. Time makan ni, apa lagi? Mestilah berkenalan ngan orang depan belakang kiri kanan pulak kan.. So, time ni lah kina kenal ngan faiz, tia ngan muje..

Lepas makan barulah ice breaking... Yang kina perasan, dak2 UIA dominate the session! haha. Tapi kan, dalam ramai2 blogger, kina paling tak expect dengar suara cik eny.. Kina memang dah lama follow sickchild72 sebab best jek baca luahan eny ni.. Kalau dier marah tuh, terasa! haha. Then, bila dengar suara, alahai comel sangat suara tuan empunya.. 360 degree terbalik bila kina baca sickchild! It's a compliment tau... :) 


Lepas icebreaking of course la sesi camwhoring~~ Patutnya pastu, dengar citer diorang nak gi karok tapi kina ada hal nak balik cepat pulak.. My brother's birthday yo! Kitorang buat bbq kat belakang umah~ Adik kina pun dah berapa kali dah mesej and call, terpaksalah kina menjadi orang pertama berlari balik.....

Nice meeting you guys!

Kesimpulan first gathering : It was fun, great thing that i joined, blogger2 pun ramah jek, and i'll definitely join again kalau ada kesempatan... Korang suka buat gathering time kina nak exam kan... -_-"

p/s- senarai penuh yang pergi kat sini~

p/s-gathering yang kat tasik titiwangsa ni, sape yang akan pergi~~~~ ?

pp/s-blogwalking bermula esok!

ppp/s-will join NEWS' fan gathering this saturday~ Tak kenal sape NEWS?

Yamapi, KYAAAA~~~



8 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

memang best sgt kan??

Yuni Aisyah said...

wah..bestnya...mesti gempk dpt jumpe blogger...

tenangsudey said...

wah bestnyaaaaaaaa... kalau ade nak join jugak.. :)-

Amar Amirah said...

Tak pernah lah nak dapat join :'(

e-liex said...

@ gadis kanpung separa bandar

yup3! best3~~~ and, nice to meet you anyss~~~

@ yuni aisyah

err.. takdela gile gempak ke apa.. it's just that very interesting and kinda great jumpa kawan baru.. and it's just not just kawan baru.. you kinda 'know' them from their blog... :)

@tenangsudey

jom~~~~ joinla next2 gathering~~

@ amar amirah

err.. bautlah kat indo gak.. hehe. alaa.. setahun jek lagi kan.. pastu bolehla join~

MuNsYi SaMa said...

wah, news fan pon ade gathering :P

br bace entri ni :)

faiz said...

aaaaaa...nape lambat update..lama menanti..huhu..

e-liex said...

@ munsyi sama
kenal eh news~~~~ :)

@faiz
errr... kina perasan busy kot.. huhu.. esok kina update!