February 20, 2011

Update Jugak! Yey!!

uisshhhh.. Memang dah bersawang penuh labah-labah kali ni! Rasa lama giler dah kina tak jenguk blogger ni.. Sebulan lebih tu! Dekat dua bulan dah pun..huuu.. Dan seperti biasa, kalau kina muncul kembali setelah lama menyepi, mesti ngan alasan2 perasan busy

NOTA PENAJA : SEPERTI BIASA, KALAU DAH LAMA TAK UPDATE TU, ENTRY MEMANG PANJANG BERJELA LAH KAN?

Perasan busy #1 - Program Komuniti Kesihatan Mulut (PKMK)

PKMK ni seperti namanya, merupakan program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Jabatan KAP (Kesihatan Awam Pergigian) fakulti kina. Semua pelajar tahun 4 wajib pergi.. So, secara paksa-rela-ehh-takdela-paksa-sangat-kitorang-suka-gak-program2-macam-ni, PKMK tahun ni diadakan di Bera, Pahang awal Januari ari tu.. Kina lak terlibat dalam nak buat buku program ditambah lagi ngan presentation memeningkan kepala, memang giler-perasan-busy ar kina minggu tu. Exhausted gila-gila-gila (ha! sampai 3 kali tuh) la. Apa-apa pun, semuanya berbaloi bila penduduk Felda Kumai ramai giler datang program kitorang. Sampai tak menang tangan nak layan awal2 pagi tu. Tambah happy lagi, bila lecturer puas hati ngan presentation group kina... Fuh.. the next week, memang qada' tidurlah!


Penduduk Felda Kumai, terima kasih ngan sambutan anda~



Muka masing2 serius jek!

Banyak2 benda time PKMK ni, selain sambutan penduduk, kina paling rindu sekali masakan diorang! Pergh, memang best gile. Even bihun goreng eleh, cam biase jek dengarnye pun boleh rasa sedap gile. Ditambah lagi ngan cucur udang, bubur cacar, pastu makan tengah hari ngan lauk2 kampung yang memang rare giler nak jumpa cam daging salai masak lemak, buah kundur masak ape ntah.. Memang terbaiklah masakan penduduk kat situ! Kalaulah makanan kat kafe cenggitu, memang meningkatkan kadar obesiti negara lah!


Mak~~~~ Mana selipar sebelah lagi nih....


Toothbrushing technique..


Poster yang kina wat untuk kumpulan kina...
Kumpulan sasaran : Golongan dewasa
Tajuk : Kesan minum kopi/teh tarik secara berlebihan
Model : Ayah kina! wooahh, kena bayar royalti nih! hehe

Perasan busy #2 - Laptop oh Laptop (nyanyi ngan irama lagu bangau oh bangau)

Laptop oh laptop
Kenapa engkau rosak?
Macam mana aku tak rosak
Engkau ganas sangat.. engkau ganas sangat

Kina oh kina
Kenapa ganas sangat
Mana ada kina ganas
Laptop cikai sangat.. laptop cikai sangat

Laptop oh laptop
Kenapa cikai sangat
Macam mana aku tak cikai
Nama aku acer.. Nama aku acer

Uiiishhh ni dah lebih ni! Kutuk2 acer plak kan! Sebelum pengguna2 acer mengamuk, okla.. mungkin bukan salah jenama.. Memang kina overused laptop tu.. Diheret ke sana ke mari, jatuh tergolek lagi, mana tak 'mati', oyeahhh rhymes lagi!

Reason utama kina menyepi dari dunia blog ni.. ecehh.. Sebab lappy kina rosak. LCD totally crushed. Memang dah tak boleh nak view.. LCD tu memang dah start bengong2 skit sejak beberapa bulan lepas dah. Tapi, kalau kina adjust2 skit, peluk2, sayang2, mmuahhhx2, dia tak jadi merajuk la.. Tapi, satu hari time kina nak hantar presentation pulak tu, mr lappy merajuk tak tentu pasal PMS agaknya. Totally crushed. Nasib baik kina sempat save presentation tu dalam pendrive. And nasib baik jugak kina save buku program untuk PKMK tu dalam pendrive kalau tak jenuh gak nak buat balik ngan lappy dah takde. Melampau encik acer ni. Rosak time2 kritikal. Walau apa2 pun, terima kasih banyak atas jasa yang kau dah curahkan wahai encik acer 4710z (takde nama best skit ke). Hubungan kita hanya bertahan selama 3 tahun lebih bermula dari oktober 2007 hingga 21 Januari 2010. Terlalu banyak kenangan indah kita bersama. Semoga kau lebih bahagia dengan mamat lowyatt yang baru.


Sekarang tak macam ni lagi dah...
In severe condition.. 
LCD rosak, nak bukak pun dah loose,
ada cracked lagi kat tepi,
keyboard terangkat,
left button built in mouse pun dah bengong,
dvd-r pun kadang2 tak dapat detect,
 ok tolak pun dapat RM250 jek

And.. presenting the new mr lappy...... *drumrollllll*


mr lenovo ideapad z460~~

Memula kina ingat nak ganti lcd jek.. Tapi ganti lcd pun dah mebih kurang rm500. Dan kina sekarang takde fulus abes banyak gi APDSA Jepun ritu.. So, memula kina ingat nak beli second hand lcd connect to mr acer jadik cam desktop la dah tak macam laptop.. (dah tak portable lah kan) sebab motherboard sume ok jek lagi. Then,  bertahan jekla selama setahun setengah lagi sampai abis belajar..

Sekali, pada suatu hari mak kina mesej "mak ingat nak belikan awak laptop barulah" woooaaahhh~~~ rasa cam happy tu happy, tapi, cam tak best skit pun ada. Sebab, kina memang target mr acer tu supaya bertahan sampai kina habis belajar and kina pun memang tak biasa gadjet2 parents belikan. Yang mr acer tu pun kina guna duit JPA. And then my mom tambah lagi "ala.. nanti awak dah keje nak beli yang baru, beli lah. Yang latop tu mak bagi adik awak ke..." Apa lagi, tawaran diterima! >_<

Kenapa kina pilih lenovo z460 ni?

Eh, sebelum tu, camne nak pronounce ek sebenarnye. "lenovo" ke "ienovo" sebenarnya. Huruf 'L' kecik ke huruf 'I' besar ek?

Sebab utama, harga dia kot... Dengan spec : core i5, 500gb HDD, 2+2gb ram, nvidia geforce 512mb, harga mr lenovo ni dalam range RM2090-RM2200. Pandai-pandailah carik kan. So, berapa kali kina pusing lowyat tu, the best price kina boleh dapat RM2090... Tolak free gift la. Ala.. free gift pun mende2 yang kina dah ada macam mouse, cooling pad, etc2. Berbanding ngan lappy lain, kalau core i5 jek mesti harga 2400 ke atas. (kecuali acer. acer boleh dapat rm2200 ke bawah tapi kina serik dah ngan acer.huhu). Beza rm300 tuh! Yang beza; jenama, ngan adalah certain pakai ATI graphic card, dan design laptop. Kina admitla, design mr lenovo z460 ni, urrrghhh, huduh skitla.. tapi skang dah lama guna, rasaa cam, eh cun jugak! hehe


Pergh~~ plastik tak bukak lagi tuh! ;)

So, the big pros of choosing z460 is the price. Secondly, motherboard lenovo ni by ibm and thirdly, the casing of the motherboard pakai metal, bukannya plastik. Kina kan pengguna laptop ngan kenganasan agak melampau... The big cons is the design and maybe the brand is not that well known in malaysia.. Agaknyelah. Apa2 pun, ni hanyalah pendapat kina dipengaruhi oleh orang2 jual lappy kat lowyat tuh. Berapa kali ntah kina datang untuk survey. Sampai ada yang boleh cam muka kina.. "ha.. dah dapat belum laptop nye?" huhu. Hopefully, mr lenovo z460 (tolonglah, bagi nama best skit boleh?) wont let me down.. Please, survive for at least 5 years! Oh ye, sebenarnya in my mind before survey kat lowyat tu kina nak beli HP. Tapi  tak tau nape, kina lebih tertarik ngan ASUS. So, kalau banyak fulusnya, my second choice is ASUS..

Sedikit review..

Setakat ni kina guna okla... tak habis explore lagi. Lebih2 lagi sebelum ni kina kan old fashioned skit guna XP, office pun pakai 2003. Yang sekarang plak guna Seven ngan office 2007. Quite a big difference. Sound okla.. Kira kuat jugakla.. Takde lagging..( Eleh, laptop baru, memangla.. Tu belum install ntah benda2 merepek lagi tu). Cuma a bit tak best skit, butang "shift", "enter" ngan "backspace" kat sebelah kanan keyboard ni agak kecik.. But i'll get used to that...

Perasan busy #3 - Lawatan ke Indonesia

Waktu cuti sem hari tu, kina join lawatan sambil belajar (nama jek lawatan sambil belajar tapi shopping boleh tahan banyak. hehe) gi Indonesia under PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM). Owh, sekarang dah dibubarkanlah esok pilihanraya lagi untuk PMUKM 2010/2011. Kitorang melawat Jakarta ngan Bandung.. Dah nama pun lawatan sambil belajar kan, tak boleh lah just gi jenjalan jek.. Kat situ kitorang melawat Universitas Trisakti ngan Institut Teknologi Bandung. Jumpa gak ngan pelajar Malaysia kat sana especially wakil PKPMI (Persatuan Pelajar2 Malaysia di Indonesia). Ni citer penuh kat entry lainla. Panjang berjela pulak kang..

Perasan busy #4

Argghhhh! Semua alasan semata2! Dah takde mood nak menaip tu, tetap takde gakla kan.. Ditambah lagi ngan lappy baru nak explore, install tah kejadah apa ntah, dan lain2 alasan perasan busy... huhu


Pergghhh, panjang giler merepek kali ni.. Biasalah, balas dendamlah katakan.. :) See you next time~ In a week! Agaknyelah.... -_,-"

p/s- time MDA (Malaysian Dental Association) conference, gigih budak2 dental mengumpul goodies bag! Macam shopping da~~~


Perghhh.. no wonder banyak stok ubat gigi!

pp/s- it's time to blogwalk! perghh.. lama giler dah tak blogwalk. Yang meet up ari tu pun tak abes lagi.. huhu. Tapi, esok ada test plak.. tak abes baca lagi nih... ok2. sejammmm jek! wish me luck ya!

ppp/s - Sape belum kenal lagi matluthfi90? check him out! korang ngah stress pun serius hilang tension korang!



2 comments:

eijudeynt~ said...

hoit2,,awat xsinggah ukrida??dkat je kot trisakti ngn ukrida tu,,:(

e-liex said...

@izzuddin
sorry... kina duk pikir gak sape lagi yang study jakarta... tapi tak terpikir izzuddin lak.. huhu.. nanti raya kita jumpa eh! :)