November 30, 2010

Persediaan Menghadapi Peperiksaan - Edisi Kaki Study Last Minute

Sape kat sini suka study last minute~~~~?

Sebagai pemalas tersohor balik kelas terus terbongkang malam pulak berfoya-foya membaca blog takpun menonton drama cetak rompak download free, study last minute merupakan fenomena biasa yang dialami oleh kina. Walaupun setiap sem tu akan cakap "Aish... menyesal tak study awal-awal" tak pun "Kalaulah ada sehari jek lagi..." dan yang sewaktu dengannya, mesti next sem tu buat perangai yang sama dan ayat yang sama pun akan berulang lagi... Bilalah nak insaf kina oooi...

Maka, sebagai pakar yang dah berkecimpung lama dalam bidang study last minute ni, meh kina senaraikan persediaan2 dari sudut makanan dan minuman yang perlu dilakukan... Nak study last minute pun perlukan persediaan tau!

MAKAN MINUM #1 - Sumber dopamine

Korang tau tak apa itu dopamine? Bagi yang tak tau, basically dopamine ni cam stress releaser la... Satu bahan yang pabila dirembeskan dalam otak kita, dia bagi satu perasaan bahagia.... a pleasant feeling.. Bagi menghadapi nota mau tak muntah setebal sekurang-kurangnya 1 inci satu hari, dopamine sangat diperlukan bagi meneruskan motivasi mata dan otak untuk terus menghadap nota. So, macam mana nak menggalakkan pengeluaran dopamine ni? Salah satu cara adalah melalui makanan. Sebagai seorang chocoholic, coklat merupakan sumber dopamine yang paling utama, mudah dan paling best sedap hingga menjilat jari~

Sumber dopamine.. kalori ape sume tolak tepi!

Cakap pasal coklat ni, kina teringat plak satu rancangan kat discovery rasanya, ada kajian menunjukkan dopamine yang dirembeskan sewaktu makan coklat ni lagi banyak dari sewaktu korang bercium. So, kepada pasangan2 yang belum halal menggatal, kalau tetibe partner korang nak menggatal, sumbat jek mulut diorang ngan coklat wokeh. Dah lebih dari cukup dah dopamine yang diperlukan. Boleh juga diaplikasikan kalau korang putus cinta! Sesungguhnya coklat merupakan stress releaser yang sangat baik. Tapi bukan makanan pilihan bagi mereka yang ngah on diet dan gigi berlubanglah ye~

MAKAN MINUM #2 - Sumber kafein

Seperti biasalah. Dah nama pun study last minute, kalau tak stay up tak sahlah kan.. Bagi membantu stay up tanpa tersengguk-sengguk cam burung belatuk, kafein sangat diperlukan. So, makanan apa pulak yang banyak kafein ni? Tak lain tak bukan, kopi.

Camne kopi ni bertindak? Basically kafein ni menyebabkan pengaliran darah bertambah dan meningkatkan alertness. So, kuranglah mengantuk... Lagi satu, kafein ni gak menyebabkan kita nak terkuciiiiil jek. Bila dah pergi tandas tu ape lagi? Segar bugar lah sikit kan..

Oleh sebab kina tak suka kepahitan kopi ori,
kopi susu pun oklah gak kan...

MAKAN MINUM # 3 - Minuman penyegar badan

Yang ni plak diperlukan sebab dah tak cukup tidur, badan kita tak sempat nak berehat... Nak tak nak, kita perlukan elektrolit2 dalam badan kita untuk pulih seperti biasa bagi terus menghadap nota.. Maka apa yang kita perlukan? Minuman isotonik~ Dan bagi kina, yang menjadi pilihan, tak lain tak bukan, 100+ la~

Jus tropical punch lagi2 sejuk baru keluar peti ais pun sedap jugak!

MAKAN MINUM # 4 - Makanan bagi mengalas perut

Bila study jek, meeeeesti lapar. Bagi menjimatkan masa dari pakai tudung, belek2 cermin, turun ke kafe, ape kata kita rembat jek apa yang ada kat bilik? Lebih2 lagi, masa2 begini, penjimatan masa adalah sangat kritikal. Doraemon pun takdak nak mintak tolong guna alat melambatkan masa tu. Oleh sebab itu, stok makanan amat diperlukan lagi2 kalau pukul 2 pagi tetibe perut menyanyi riang irama dangdut tak ke parah? Makcik kafe pun dah kroihhhh3 da...

Sesuai untuk alas perut..
Kang kenyang sangat membongkang lah plak!

Oklah. Sampai sini saja tips2 dari pakar study last minute.. Kina akhiri entri ini dengan serangkap pantun yang berbunyi..... waiceh, macam bagi speech la pulak!

Study last minute memerlukan pengorbanan dan merosakkan badan,
Sape suruh hang tak study awal2?
Heh padan muka sesal dahulu pendapatan
Habes update blog ni ape ke hal?

Hancus bahasa kina oooiii.. huhu. Di kesempatan ni gak, kina nak ucapkan all the best, ganbatte~~~~ kepada sume yang masih dan nak exam.. yang dah abes tu syuhh2 gi balik umah bergembira senyap2 sudah.. (jeles!) One more thing guys, usaha2 gak, tawakal jangan lupa ye!

exam 4 ari jek; bekalan nya... woha!


p/s- may my addiction to the net berkurang la seminggu dua ni....-_-"


UPDATE : Sorang kawan kina tegur yang kopi susu dutch lady tu dah de-caff. ehhh? Maji desuka? Betul e? Decaff ke... Huu.. kalau camtu terpaksa la beli nescafe tin tu.. Yang tu decaff x? Pilihan perisa definitely bukan yang ori... Hmmm... Mocha la~ Mocha = kopi + coklat = kafein + dopamine = gabungan terbaik tu!

November 23, 2010

Program Bakti Pendidikan Petronas Annual Camp - Exhausted Sampai Demam But Totally Worth It! & Holiday Courses at The Living Classrooms~

Lama tak pergi camp2 nih. Rindu pulak zaman2 sekolah dulu gi duk hutan la, kena calit muka ngan tanah untuk main OBH (Operasi Burung Hantu), mandi sungai... uisshh.. rindu betul! Bagi mengubat kerinduan tu... eceh! kina joinlah satu kem anjuran Petronas kerjasama ngan ALMA kat Kompleks Rakan Muda, Klang.

(O yeah. Kem ni seminggu dah berlalu... tapi biasala blog e-liex ni.. kalau tak lewat kang terkejut beruk mak yeh tak caya plak eh kina ke update tuh? huhu)

Apa Itu Program Bakti Pendidikan?

Macam syarikat2 korporat yang lain, Petronas pun ada gak tanggungjawab sosial yang diorang buat... Apa ingat diorang duk wat untung jek ke? Salah satunya adalah program bakti ni... Program Bakti ni untuk emphasize on pelajar sekolah rendah dalam golongan "HARUS" yang bermakna harus lulus. Maknanya, diorang ni antara pelajar2 yang lemah melibatkan 39 buah sekolah kat seluruh Malaysia. So, salah satu subjek yang ditekankan adalah English. Untuk tu, ex-boss kina time kerja ari tu yang merupakan owner of ALMA, ajak kina untuk join kem ni.. (ALMA is basically satu syarikat yang emphasize on English learning either for kids, adults, teachers, pekerja2, etc2. eh, is this correct teacher?)


Jumaat, 12 November

Patutnya start pukul 8 malam. Tapi, oleh sebab kelas kina abes kul 5, adik kina nye exam pun abes kul 5, kemas2 sume kul 5.15 baru siap, tunggu adik kina amik lagi (dia study kat UMT-Jalan Semarak, kina Jalan Raja Muda Abdul Aziz) dengan jalan jammed-kat-kl-mak-aih-sume-orang-nak-balik-time2-ni-apa-kes?-baik-naik-ulat-bulu bergerak-si-lrt-tuh-lagi-cepat-camni, kul 8 tu jugaklah kina baru sampai umah.. baru sampai umah tu.. lum gi klang lagi.. Tapi oleh sebab malam pertama ni takde ape2 sangat, cuma pecah ais (ice breaking) jek, so, takpelah kina ngan adik kina tak join pun.. Bertolaklah dari umah kul 9.15.. Sampai kat klang ngan bantuan GPS lebih kurang kul 10... Baru sampai area Klang tu. Tapi, bolehlah plak Kompleks Rakan Muda tu takde plak dalam sistem GPS kan.. Hampes nye GPS. Sesat mau sejam gaklah kitorang kat sana. Masuk jalan kampung yang sesuai buat pengambaraan Jangan Pandang Belakang 2, pergghh.. terasa aura seramnye.... Kitorang sampai2, baru jek abes sesi ice breaking.. huhu..

Khamis tu tido pukul : 6.30 pm - 9.30 pm (ye, terlepas maghrib, tulah! tido time asar lagi! ish3...)
Tido balik pukul : 5.00 am - 6.00 am
Jumaat tu tido pukul : 3.00 am (eh, ni dah sabtu dah!)

Sabtu, 13 November

6.15 dah bangun! setelah bergolek2 selama 5 minit.. cukupla 5 minit, lagi lama kang tido balik plak.., bersiap2 sume, set up barang ape sume, kelas pun bermula pukul 8.30... Oleh sebab tema annual camp tahun ni adalah "children around the world" setiap group dapatlah negara lain2... Kina nye group adalah "Mystical Egypt"! So, bermulalah pengenalan pasal egypt.. Anis, which is the teacher (i'm her helper) yang first time jugak join this camp, tak tau lah sangat nak expect budak2 camne kan... So, mula2 anis tu duk membebellah pasal egypt in English.. "Macam cakap sorang2".. huhu. So, slowly, anis bagilah lecture in dwibahasa.. barulah ada gak respon dari budak2 tu.. Time buat poster, walaupun mula2 budak2cam reluctant sikit, tapi lama kelamaan  diorang mula bagi kerjasama..

Apa yang penting? Kerjaaaaaaasama!

Tengah hari tu, lecture lain plak.. Tujuan lecture ni untuk menyedarkan kanak2 Malaysia pasal isu2 kanak2 yang berlaku di seluruh dunia. Honestly kina rasa topik ni agak berat untuk budak 11 / 12 tahun tapi bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tajuk yang kitorang dapat adalah "Child Trafficking". Time ni budak2 bagi better response la berbanding sesi sebelumnya. Time wat poster pun kitorang boleh tinggal kejap wat keje lain. Kalau first session tinggal camtu jek, hmm.. alamatnya putih bersihlah kertas tu.. huhu

Sesi petang tu plak, sesi berlatih tarian + buat costume + buat pameran untuk exhibition.. A lot kan untuk sehari jek!

Malam plak, rehearsal.. bagi most of the people, sampai 11 camtu diorang baliklah.. tapi, me and anis stay till 2.45 a.m nak siapkan costume! huhu

Part of it!
(Rembat dari FB anis)

Tido malam pagi ni : 3.15 am 

Ahad, 14 November

Kali ni bangun lambat skit. 6.30 pastu golek2 lagi 10 minit kali ni. huhu. rehearsal kali kedua bermula kul 8.30 am.. sampai kul 10 am.. Kul 11 mula the real performance.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun ada la MC tersilap skrip skit... dancers tersalah step skit... But what do u guys expect? Lebih kurang sehari setengah  jek ok the teachers from ALMA, from all the schools, petronas facis and of course the kids buat sume ni.. The result was waaaaayyyy too good. Even the Petronas people seem to be extremely happy and proud. And i'm also proud to be one of the team members :)

The 'Egyptians'

Majlis berakhir lebih kurang pukul 12.45 pm.. Siap2 kemas, makan, rehat jap, kul 4.00 baru bertolak balik... Sampai umah kul 5, i felt extremely exhausted. Sebelum sampai tu boleh tahan jek lagi (adalah tido kejap dalam kete..) Jejak jek buntut kat kerusi umah, pergh... rasa cam nak pengsan punye penat. Badan pun dah rasa cam nak demam. Ye ar, campur tido tak cukup beberapa hari, memang tak dapatlah badan kina nak bertahan. Terus nyenyak sampai kul 7.30... Maghrib kejap tu pun mak kina yang gerak, makan sikit, makan ubat, sambung lagi sampai 10.30... Kul 11.15 bertolaklah balik ke kolej... Bajet nak pegi ar kelas pagi Isnin tu, sekali tak larat seh...huhu.. Tapi kelas petang tu kina pegi la... Kina kan student yang baik.. tak nak ar ponteng2 banyak2 sangat... ecececece....;) 

Me and Anis

Kesimpulannya, kem yang best! walaupun bukan kem kat hutan2 camtu, extremely exhausted sampai demam, but really worth it. I did enjoy my time there~ Selain dapat gaji , dapat jumpa dak2 yang lain daripada yang pernah kina handle before this, cuci2 mata tengok the guy wif cap performed (he's sooo hot, A.D, gimme his number please... haha!), technical crew yang pakai cap tu pun not bad bak kata anis (am i the type that's easily have crushes on guys wif cap? haha) get to know anis and other colleagues better and the most precious thing, the memories and experiences! It was great! great! great! ^_^

A.D, seriously, his numbah pliz... ;)

The lovely bosses~


Sempena cuti sekolah ni, The Living Classrooms (An english learning centre by ALMA with the tagline "more than just English") mengadakan kursus2 untuk budak2 sekolah~~ Jom, kita tengok apa yang ada~~~~

The World Around Me

Cooks World does Bread, Cookies and Cakes

Holiday Hobbies (collages, salt dough craft, jewelry making)

And lots more!! Feel free to call the numbers for more info~

p/s- Teacher, do you need any extra hand on the 13th to 16th December? I really wanna join the cooks world~ hehe

pp/s - I seriously wonder. Where do you get all the ideas and energy to do all these? :)

November 22, 2010

7 Tanda Anda Seorang Pelajar Pergigian

Setelah menempuh alam pelajar pergigian selama hampir 3 tahun setengah, kajian saintifik oleh Nasiha Sakina mendapati bahawa terdapat beberapa tanda yang dapat dikenalpasti dimiliki oleh pelajar-pelajar pergigian. Ayuh kita perhalusi kajian ini dengan lebih teliti lagi.

1. Bahagian Mulut Merupakan Fokus Utama

Biasanya tabiat ini akan mula didevelop setelah beberapa bulan menempuh alam pergigian. Sedikit abnormal sebenarnya. Biasanya kalau korang jumpa seseorang, memula tengok muka kan? Then akan fokus ke mata , keseluruhan muka, rambut, then makin lama ke seluruh badan secara keseluruhan kalau lelaki mungkin akan berhenti lamalah kat bahagian dada. tapi ianya tidak berlaku pada pelajar pergigian. Bila tengok muka seseorang, secara automatik fokus kat bahagian mulut. Lepas tu mulalah mentafsir orang tu skeletal pattern class berapa, tengok bibir agak-agak smoking ke tak, kalau orang yang agak tua tengok pakai denture ke tak, kalau orang tu senyum nampak gigi lagilah buat analisis ada gigi berlubanglah, masalah gusi lah, etcetc. 

So, kalau korang rasa nak ngorat pelajar pergigian, pastikan gigi depan tak berlubanglah ye. Gi tampal cepat2 e. Gigi senget tak tersusun takpe, tapi kalau ada yang berlubang ke, hitam ke, kalculus sejambak ke, memang a real BIG turn off.

Erk! Dah tak nampak gigi dah pun!

2. Mempunyai Banyak Stok Ubat Gigi

Bukan setakat ubat gigi, tetibe stok polident untuk bersihkan denture tu pun ada! Apa kes?! Yela... nak buat camne.. tiap kali gi pameran pergigian ke, ada apa2 acara pasal pergigian ke, mesti dapat free gift. Sebagai rakyat Malaysia yang sejati yang memang sukakan free gift walaupun kadang2 tak guna pun, orang dah bagi free, kita amek jekla kan?

Sape-sape yang kehabisan stok ubat gigi, jangan segan-segan, confirm kina ada.
Bak kata Mail Upin Ipin, "Dua singgit~~~ Dua singgit~~~~"

3. Merupakan Orang Terakhir Exam dan Cuti Sem Anda 'Panjaaaaaaaannnngggg' Sangat   T___T

Cakap pasal ni, rasa sedih bangat. Orang lain sume dah duk bersuka ria ke halaman kampung tercinta, kami terpaksa menghadap kolej yang sama. Eleh, kina! Bukan ko balik tiap-tiap minggu ke? Ok2. Fine. Memang kina balik almost tiap-tiap minggu. Tapi, tapi! 2 ari jek... Lagi-lagi bila baca status kengkawan kat FB, blog.. sume da kat umah....Bagai terngiang-ngiang lagu "Balik Kampung" dendangan Sudirman. Lagi sakit hati bila kengkawan sekolah plan nak cuti beramai-ramai pada hari terakhir kina exam. Rasa nak hempuk2 jek sorang2!

Kina exam 6-10 Disember. Wish me luck ya!

Pastu cuti SEMINGGU jek. Nak hempuk2 fakulti plak lah camni.. haha!

4. Mempunyai Gaya-gaya Seorang Mekanik?

err,,, mekanik ke? Entahla... Tapi, yang pasti, kitorang mesti ada tool box yang berisi barang-barang haram pergigian seperti dadah plaster of Paris, pisau pemotong daging wax knife,playar dan macam-macam lagi. Certain orang, Bunsen burner pun ada.. huhu

Klik untuk tumbesaran abadi

5. Memiliki Kulit Tangan Yang Tak Halus Mana

Tanda kitorang kerja kuat tu! Haha. Kalau orang dulu-dulu, nak pilih bakal suami, mesti diorang tengok tangan kan.. Kalau kasar tu, kerja kuatlah tu. Kalau halus jek, sah membongkang jekla kerjanya. Dah tak applicable kot? Sekarang certain orang kerja kuat depan lappy tak kan lah tangan kasar kan... CEO - CEO pun berkulit halus mulus... Ok. dah mula tersasar. Kembali ke jalan yang lurus. 
Ye, kami pelajar pergigian tangan memang tak halus mana. Akibat asyik cuci jek tangan ngan sabun disinfectant, walaupun dengan bantuan sapuan lotion secara berkala, tidak mampu mengembalikan kehalusan kulit kami. Cewah! Macamlah sebelum ni, halus sangat... Tu satu sebab. Satu sebab yang lain, kemalangan di tempat kerja kadang-kadang tidak dapat dielakkan. Dan biasanya kemalangan-kemalangan kecik meninggalkan kesan-kesan halus yang berlaku, membabitkan tangan kitorang. Sebagai contoh,

Alahai, hantaran kuranglah camni ;P

6. Mengetahui Apa Itu Belon Sarung Tangan

ok.. Ni mungkin kat UKM jek.. kina tak sure lah kat uni lain.. Belon sarung tangan ni sangat popular terutama sekali kat klinik paeds (kanak-kanak). Nak pujuk budak nangis, bagi belon glove nih, nak bagi hadiah, bagi benda alah ni gak. Mentang-mentanglah free UKM sediakan takyah bayar... suka-seki-teka-teki kitorang jek nak membazir glove tu kan? Taukah anda budak dental UIA kena beli sendiri gloves ngan masks diorang; yang kita plak duk selamba jek buang tepi longkang?; Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan trang tang tang... (wah, rhymes!)

Pertandingan meniup belon menggunakan hidung.
Siapa nak cabar? hahah


Jikalau anda memiliki sekurang-kurangnya 4 daripada simptom2 di atas, tahniah! Anda merupakan pelajar pergigian sejati.. Kalau tak, ok, gi balik study! haha. Oklah... Sampai sini jek.. eh, tajuk kata 7 kina... Ni baru 6..  Eh! Sukati lah. nak wat camne suka no 7 tapi idea sampai 6 jek nak wat camne?


p/s- m.f.a, congrats~~~ :)

November 3, 2010

Mencari Pesakit - Perlukan Bantuan Anda

Ini adalah entri serius. Tak main-main ye...

Saya, Nasiha Sakina Ramzuzzaman, pelajar tahun 4 fakulti pergigian UKM, ingin memohon jasa baik pembaca sekalian jikalau korang ada kenal siapa-siapa sama ada ibu bapa, jiran, pakcik sebelah rumah atau siapa saja yang memerlukan rawatan pergigian berbentuk gigi palsu. Kalau gigi palsu penuh (complete denture - tak ada gigi langsung) lagilah sangat-sangat digalakkan dan diberi keutamaan.

CIRI - CIRI YANG DIPERLUKAN

1. Tiada gigi dan memerlukan gigi palsu tidak kiralah tak pernah pakai, longgar, tak selesa atau sebagainya. 
2. Tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan boleh datang ke poliklinik pergigian UKM yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, betul-betul dekat ngan monorel chow kit dan hospital kuala lumpur (HKL / General Hospital) - sebelah wad kecemasan. BUKAN dekat hukm ye.. *google map*
3. Tidak kisah untuk datang beberapa kali. 

Kelebihan buat ngan student

1. InsyaAllah, denture yang fit.

Biasanya kat luar amek impression (acuan) sekali jek, then next visit terus dapat, kat sini kitorang buat satu persatu langkah untuk pastikan denture tu fit the patient very nicely. Memerlukan lebih kurang 6 kali visit baru boleh siap. Amboi aih, sampai 6 kali! Walaupun memakan masa, insyaAllah, kina akan cuba yang terbaik dan insyaAllah, patient akan dapat denture yang fit

2. Dapat rawatan yang terbaik

Every step yang kitorang buat, akan disemak oleh supervisor kitorang which are pakar dalam bidang gigi palsu ni. So, insyaAllah pesakit akan terima rawatan yang terbaik...

3. Harga yang murah

Untuk pekerja / pesara kerajaan, poliklinik UKM tak charge satu sen pun. Untuk pekerja swasta / tak kerja, kami charge RM5 setiap kali datang. So, total harga gigi palsu tu kurang dari RM50. Murah la kan?

Kelemahan buat ngan student

1. Memakan masa yang lama

Reason pertama : sebab kitorang buat step by step. Macam kina cakap kat atas, kat luar, biasa amik acuan sekali pastu terus dapat at the next visit .. Kat sini kitorang buat : examination and diagnosis >>> first impression >>> second impression (lagi accurate) >>> mmr (untuk ukur ketinggian gigi yang sesuai dan pastikan rahang atas dan bawah kena la..) >>> try in >>> baru dapat the final denture..

Reason kedua sebab kelemahan kina sendiri sebagai pelajar.. Yang ni kina akan cuba yang terbaik dan overcome masalah ni..

So, kepada siapa-siapa yang kenal siapa-siapa yang memerlukan rawatan pergigian gigi palsu, kina berharap sangat korang boleh email kina (banyak betul spam email masuk. -_-") drop kat ruang komen. Nak tolong promote pun boleh.. sangat-sangat-sangat-sangat dihargai... Thanx soooo much in advance!

Boleh baca pasal patient gigi palsu pertama kina kat sini

: D

Dan respon patient terhadap gigi palsu tu kat sini. Yang no 1 jekla...


p/s-kalau sudi, votelah kina untuk contest ni. e-liex, no 41. Saya ulangi, e-liex, no 41. waiceh, cam AF lah plak undi2 nih! Boleh vote kat sini. :)

UPDATE : Setelah patient hunting sekitar chow kit, dah dapat 2 kes complete denture~~~ yey! :D
So, basically kina tak perlukan patient prostho dah... untuk tahun ni la.. Tahun depan mungkin? hehe