October 31, 2010

Single vs Couple - EGBB

Seperti biasa, di akhir2 bulan, mesti entri kina pasal nak join contest. So, kali ni, kina nak join kontest "ENTRY GUA BEST BANGAT (EGBB)" anjuran akaltunjang.blogspot.com di mana kina kena pilih satu entry lepas2 yang kina rasa paling best. So, pilihan hati adalah, entri ni. Sebab paling banyak komen diterima kot.. hehe..

Nak join boleh klik sini. Tarikh contest dilanjutkan sampai 1 Nov
****************************************

Kat FB..

“ D***** A**** is now in a relationship with Akad Gates”
“***** is now single”
“***** is now single”

YM plak..

“BUZZ”
“lalink2!”
“guess wat?!!!!!!”
“wat?!!!!!!!!!”
“wat?!!!!!!!”
“dun do dis to me..  haiyaku!!! (cepat)”
“hahahahhahahaha”
“sy suda ada bf la syg..XD”
“hehehhehe.. finally!”
“full story NOW!!”

And yang paling terbaru secara live~

“Kina… aku rasa nak kahwin la…” sambil membuat muka yang konon-konon shy-shy miow! Hahaha (cuba korang teka siapa ni…;P)

Lately ni, ramai pulak kengkawan kina yang baru couplela.. nak kahwinla.. tapi ramai jugak yang baru break.. lalu memberi idea for this entry.. So mari kita ramai-ramai renungkan (renungkan?!!) apa kebaikan dan keburukan korang menjadi single ataupun kalau korang couple.. Btw, I’m single! (wahla.. promote diri sendiri nampak!)

Nota penaja: Ini hanya pendapat kina jek.. Entry ni tak ditujukan kepada siapa-siapa and tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang persamaan hanyalah kebetulan semata-mata. Kalau ada yang terasa hati, kina minta maaf awal-awal ye.. Lagi bagus kalau korang melontarkan (lontar tu.. perghh!) pendapat korang di ruangan komen ye.. 

DOSA 

Seperti yang kita semua sedia maklum, couple itu haram kan.. tapi memang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah nak dielakkan lebih-lebih lagi ngan persekitaran kita yang memang majority masyarakat terima budaya couple ni.. Ditambah lagi ngan hormone-hormon menggatal yang tengah banyak merembes keluar dari hypothalamus, anterior pituitary and banyak lagi time umur-umur muda belia remaja ni.. couple boleh dikatakan satu perkara yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah nak dielakkan… kina pun bukanlah baik sangat.. kina admit, kina sendiri pun mungkin akan couple jugak.. satu hari nanti.. maybe… 

Serius kalau korang couple, gerenti dijamin seratus peratus korang akan wat dosa.. korang alim mana pun, kalau dah ada perasaan suka and sayang tu, mesti ada rasa nak pegang peluk cium korang nye partner kan? (cewah.. cakap macam banyak pengalaman! ;P) eleh.. malu-malu la pulak.. betul kanKan?Kan? Katalah korang dapat tahan nafsu dari membuat  perkara-perkara di atas, korang dapat ke tahan diri dari rasa rindu? Rasa rindu pun dah dikira zina hati tau! So, basically kalau korang couple, memang tak dapat dielakkan dari membuat dosa.. So, kalau single insyaAllah kurang sikit la dosanya dari segi ni.. Dari segi lain? Hmm.. sendiri-sendiri muhasabah diri la ye.. Kalau dah sayang sangat.. jangan couple lama-lama.. kahwin jek terus!

FULUS

Kalau dah single tu.. takde la kita nak spend money gi kuar dating ke.. especially kalau lelaki nak tunjuk macho mesti diorang yang nak bayar.. sampaikan kina pernah terbaca 

"Terasa kaya bila awek takde"

Wooo.. As a girl, sentap! Bunyik cam sume perempuan kaki kikis la pulak.. Habis korang ingat perempuan tak berkorban ke wang ringgit? Contoh paling mudah : TOPUP KREDIT. Kina nak guna RM30 pun belum tentu tau sebulan. (tu bukan jimat.... kedeng taik idung masin namanya.. ni mesti nak call parents pun main miskol2 kan? ;P ) Kalau korang couple lebih-lebih lagi jenis hari-hari kene dengar suara kalau tak jiwa tak tenang rasa kekosongan feel very incomplete ni, confirm-confirm RM10 tu tahan paling lama 3 hari jek takpun satu jam!

So, yang single ni sah-sah lagi kaya dari yang couple ye tak? Bolehla shopping lebih sikit, melantak banyak sikit, melancong jauh sikit.. (Tapi apsal kina rasa kina sama jek ngan budak-budak lain? Tak sampai habis sem, mesti dah terkapai-kapai JPA dah tinggal life-life fish.… ;P)

However, bagi yang couple, mesti korang rasa every bit of money spent to your loved ones was worth it. Sayanglah katakan…

FREEDOM!!!

Kalau korang single, nak kuar gi mana-mana, takyah report.. Takde orang nak halang korang kuar ngan sesape pun.. Lelaki, perempuan, balik pukul berapa, pergi mana, buat apa, dengan siapa, berapa ramai sampai boleh lengkap buat soalan kertas BM… Siapakah? Di manakah? Apakah? Berapakah? Perlukah? Haruskah? (Boleh mohon kerja jadi cikgu BM nih!) 

MASA

Bila korang single, of course la korang akan lebih masa untuk diri sendiri.. lebih masa belajar sebab takde gayut-gayut.. chatting-chatting.. ym-ym.. webcam-webcam.. lebih masa untuk kengkawan.. sebab korang nak kuar lepak ngan sape jek lagi kalau dah xde partner tu? Kengkawan jekla kan? Keluar sorang-sorang kadang-kadang okla.. kalau setiap kali sadis la pulak kan

Kalau korang couple, confirm-confirm korang banyak spend masa korang for your partner tak kira la gi dating ke, sms ke, menangis ke, buat entry blog ke, termenung berangan sambil muka merah-merah terfikir nak kahwin ke.. Tapi..  mesti bagi korang masa yang korang spend ni tidak membuang masa as korang rasa bahagia bila spend time with your special ones…

TEMPAT BERGOSIP, BERCERITA, MENGADU, BERMANJA, MENGADA-NGADA

Single is lonely. A little bit lonely. That’s something that is sooo true. Yup. Memang korang ada kawan, tapi takkanla every little things pun korang citer kat kawan korang kan..? Naik menyampah meluat nak termuntah la plak kawan korang kalau sume benda korang nak citer kat dier..  Here’s a quote to make u (as well as me) feel a little bit happier…

Somewhere there's someone who dreams of your smile, and finds in your presence that life is worth while. So when you are lonely, remember it is true. Somebody somewhere is thinking of you. - K. Blackburn”

Kalau dah couple tu, sah-sah la kesunyian tu kurangla kan. Dah ada orang untuk meluahkan perasaan happy, tak puas hati, suka, sayang, penat, perasan comel, dah gemuk, makan megi jek, makan gula-gula strawberry rasa durian, raih perhatian, being the center of attraction, nak kahwin before 25, anak 4 orang, merengek-rengek manja, ada orang pujuk dan banyak lagi which I believe korang lagi banyak pengalaman lagi pakar la dalam bidang-bidang ni..  

KEBAHAGIAAN

Rasa happy bila couple, bila spend time dengan si dia, bila thinking of him/her, bila terlonjak gembira tengok nama dia yang call, bila appreciate apa yang dia bagi, bila berangan nak kahwin is totally DIFFERENT ngan rasa happy bila korang spend time with your friends and family. Rasa happy yang susah nak describe. Rasa bahagia yang sangat bahagia. Rasa suka yang korang tak dapat rasa kalau korang single.. Ala.. kina tau korang-korang sume ni lagi banyak pengalaman,lagi mengetahui and lagi pakar kan

To me, bila single korang happy tapi tak sehappy kalau korang couple sampai senyum sengsorang pikir apa ntah, tapi kalau korang sedih, korang tak akan sesedih orang couple menangis-nangis sampai bengkak mata.... ne, minna? (kan semua kan…?) I was once told  “cintailah orang yang kamu cintai itu dengan sederhana sahaja, kerana takut satu hari nanti kamu akan membencinya.. dan janganlah kamu terlalu membenci orang yang kamu benci, kerana takut suatu hari nanti orang itu yang kamu sayang..”

Sebagai penutup, saya sampaikan sari berita utama eh quote yang sentap kepada diriku jua..

 “Kita sering menangis kerana kecewa dengan cinta insan yang disayang, tapi pernahkah kita menangis kerana merasa sepi dari cinta Allah yang lebih agung dari segala cinta di dunia ini?”

**************************


Untuk contest ni, kina nak tag 
1. akubukanpuitis - teringin nak tau which one is your favourite
2. deqyalalink - personally kina suka entry kesengsaraan orang pakai braces tu..
3. otak ketat - walaupun ko cakap SEMUA entry ko best sampai tak boleh nak pilih.. haha

11 comments:

hiro said...

tq joinn.

otak ketat said...

haha. serius kan? wakakaka. apa kata kau pilih kan. hakhak.

e-liex said...

@ hiro

tq wat contest~ :)

@ otak ketat

hahahah. hmm... okla, kalau aku diberi pilihan, eceh... aku pilih "aku mahu kamu". direct, tak brape romantik, tapi jiwang ngan sweet nya still ada. haha

IRAH HAJERAH AZMAN said...

Personally, sejak dua menjak ni aku tak rasa istilah relationship ikot tema facebook tu x perlu sebab macam menakutkan je. kalaulah tak jadi. Haiyoh... Jadi aku berpegang pada jodoh. Tak payah terhegeh-hegeh. Tak payah tergedik-gedik nak layan lelaki. Nak too personal dengan lelaki pun aku rasa tak perlu.huhu. Dignity seorang wanita kena jaga.Kalau ada jodoh dunia, insya allah akan datang secara sendiri. :)

cekotet . said...

klu rajin kwn pun ada contens .
www.cekotet.blogspot.com

Miza Yusof said...

good luck :)

Tomato Gurl's Life said...

bagus entry ni..mmg baik single dr kapel..kalau nak kahwin je terus..xelok kapel2 ni..

btw good luck dear!ada masa baca entry cik tom juga ye ;)tenkiu~

Cik tom (28)

Kaio said...

nice.. suka entry ni. good luck!


jemput baca blog saya jugak. :)


MARI MENGUNDI. (Kaio no.19)

http://kaio89kl.blogspot.com/2010/10/design-concept-yang-mengujakan-dari.html

e-liex said...

@ irah hajerah azman
relationship status kat fb tu tengok orang la.. certain main2, certain memang maksudkan.. yup. betul jodoh dah ditentukan Ilahi. setuju sangat. tapi, kita perlu berusaha jugak kan...

@ cekotet
mana contestnya.. tak nampak pun..

@ miza yusof
good luck to you too~ :)

@ tomato's gurl life
thanx3~~~ good luck jugak ye cik tom :)

@ kaio
thanx3~~~ you too! good luck!

kina memang baca sume entry dalam contest tu. susah betul nak pilih. huhu

Aretikz said...

setuju sangat seyh.. InsyaAllah.. semuanya baik2 saja.. yg pntg.. jgn salah konsep.. hehe..

e-liex said...

@ aretikz
thanx ya! :)