October 31, 2010

Single vs Couple - EGBB

Seperti biasa, di akhir2 bulan, mesti entri kina pasal nak join contest. So, kali ni, kina nak join kontest "ENTRY GUA BEST BANGAT (EGBB)" anjuran akaltunjang.blogspot.com di mana kina kena pilih satu entry lepas2 yang kina rasa paling best. So, pilihan hati adalah, entri ni. Sebab paling banyak komen diterima kot.. hehe..

Nak join boleh klik sini. Tarikh contest dilanjutkan sampai 1 Nov
****************************************

Kat FB..

“ D***** A**** is now in a relationship with Akad Gates”
“***** is now single”
“***** is now single”

YM plak..

“BUZZ”
“lalink2!”
“guess wat?!!!!!!”
“wat?!!!!!!!!!”
“wat?!!!!!!!”
“dun do dis to me..  haiyaku!!! (cepat)”
“hahahahhahahaha”
“sy suda ada bf la syg..XD”
“hehehhehe.. finally!”
“full story NOW!!”

And yang paling terbaru secara live~

“Kina… aku rasa nak kahwin la…” sambil membuat muka yang konon-konon shy-shy miow! Hahaha (cuba korang teka siapa ni…;P)

Lately ni, ramai pulak kengkawan kina yang baru couplela.. nak kahwinla.. tapi ramai jugak yang baru break.. lalu memberi idea for this entry.. So mari kita ramai-ramai renungkan (renungkan?!!) apa kebaikan dan keburukan korang menjadi single ataupun kalau korang couple.. Btw, I’m single! (wahla.. promote diri sendiri nampak!)

Nota penaja: Ini hanya pendapat kina jek.. Entry ni tak ditujukan kepada siapa-siapa and tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang persamaan hanyalah kebetulan semata-mata. Kalau ada yang terasa hati, kina minta maaf awal-awal ye.. Lagi bagus kalau korang melontarkan (lontar tu.. perghh!) pendapat korang di ruangan komen ye.. 

DOSA 

Seperti yang kita semua sedia maklum, couple itu haram kan.. tapi memang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah nak dielakkan lebih-lebih lagi ngan persekitaran kita yang memang majority masyarakat terima budaya couple ni.. Ditambah lagi ngan hormone-hormon menggatal yang tengah banyak merembes keluar dari hypothalamus, anterior pituitary and banyak lagi time umur-umur muda belia remaja ni.. couple boleh dikatakan satu perkara yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah nak dielakkan… kina pun bukanlah baik sangat.. kina admit, kina sendiri pun mungkin akan couple jugak.. satu hari nanti.. maybe… 

Serius kalau korang couple, gerenti dijamin seratus peratus korang akan wat dosa.. korang alim mana pun, kalau dah ada perasaan suka and sayang tu, mesti ada rasa nak pegang peluk cium korang nye partner kan? (cewah.. cakap macam banyak pengalaman! ;P) eleh.. malu-malu la pulak.. betul kanKan?Kan? Katalah korang dapat tahan nafsu dari membuat  perkara-perkara di atas, korang dapat ke tahan diri dari rasa rindu? Rasa rindu pun dah dikira zina hati tau! So, basically kalau korang couple, memang tak dapat dielakkan dari membuat dosa.. So, kalau single insyaAllah kurang sikit la dosanya dari segi ni.. Dari segi lain? Hmm.. sendiri-sendiri muhasabah diri la ye.. Kalau dah sayang sangat.. jangan couple lama-lama.. kahwin jek terus!

FULUS

Kalau dah single tu.. takde la kita nak spend money gi kuar dating ke.. especially kalau lelaki nak tunjuk macho mesti diorang yang nak bayar.. sampaikan kina pernah terbaca 

"Terasa kaya bila awek takde"

Wooo.. As a girl, sentap! Bunyik cam sume perempuan kaki kikis la pulak.. Habis korang ingat perempuan tak berkorban ke wang ringgit? Contoh paling mudah : TOPUP KREDIT. Kina nak guna RM30 pun belum tentu tau sebulan. (tu bukan jimat.... kedeng taik idung masin namanya.. ni mesti nak call parents pun main miskol2 kan? ;P ) Kalau korang couple lebih-lebih lagi jenis hari-hari kene dengar suara kalau tak jiwa tak tenang rasa kekosongan feel very incomplete ni, confirm-confirm RM10 tu tahan paling lama 3 hari jek takpun satu jam!

So, yang single ni sah-sah lagi kaya dari yang couple ye tak? Bolehla shopping lebih sikit, melantak banyak sikit, melancong jauh sikit.. (Tapi apsal kina rasa kina sama jek ngan budak-budak lain? Tak sampai habis sem, mesti dah terkapai-kapai JPA dah tinggal life-life fish.… ;P)

However, bagi yang couple, mesti korang rasa every bit of money spent to your loved ones was worth it. Sayanglah katakan…

FREEDOM!!!

Kalau korang single, nak kuar gi mana-mana, takyah report.. Takde orang nak halang korang kuar ngan sesape pun.. Lelaki, perempuan, balik pukul berapa, pergi mana, buat apa, dengan siapa, berapa ramai sampai boleh lengkap buat soalan kertas BM… Siapakah? Di manakah? Apakah? Berapakah? Perlukah? Haruskah? (Boleh mohon kerja jadi cikgu BM nih!) 

MASA

Bila korang single, of course la korang akan lebih masa untuk diri sendiri.. lebih masa belajar sebab takde gayut-gayut.. chatting-chatting.. ym-ym.. webcam-webcam.. lebih masa untuk kengkawan.. sebab korang nak kuar lepak ngan sape jek lagi kalau dah xde partner tu? Kengkawan jekla kan? Keluar sorang-sorang kadang-kadang okla.. kalau setiap kali sadis la pulak kan

Kalau korang couple, confirm-confirm korang banyak spend masa korang for your partner tak kira la gi dating ke, sms ke, menangis ke, buat entry blog ke, termenung berangan sambil muka merah-merah terfikir nak kahwin ke.. Tapi..  mesti bagi korang masa yang korang spend ni tidak membuang masa as korang rasa bahagia bila spend time with your special ones…

TEMPAT BERGOSIP, BERCERITA, MENGADU, BERMANJA, MENGADA-NGADA

Single is lonely. A little bit lonely. That’s something that is sooo true. Yup. Memang korang ada kawan, tapi takkanla every little things pun korang citer kat kawan korang kan..? Naik menyampah meluat nak termuntah la plak kawan korang kalau sume benda korang nak citer kat dier..  Here’s a quote to make u (as well as me) feel a little bit happier…

Somewhere there's someone who dreams of your smile, and finds in your presence that life is worth while. So when you are lonely, remember it is true. Somebody somewhere is thinking of you. - K. Blackburn”

Kalau dah couple tu, sah-sah la kesunyian tu kurangla kan. Dah ada orang untuk meluahkan perasaan happy, tak puas hati, suka, sayang, penat, perasan comel, dah gemuk, makan megi jek, makan gula-gula strawberry rasa durian, raih perhatian, being the center of attraction, nak kahwin before 25, anak 4 orang, merengek-rengek manja, ada orang pujuk dan banyak lagi which I believe korang lagi banyak pengalaman lagi pakar la dalam bidang-bidang ni..  

KEBAHAGIAAN

Rasa happy bila couple, bila spend time dengan si dia, bila thinking of him/her, bila terlonjak gembira tengok nama dia yang call, bila appreciate apa yang dia bagi, bila berangan nak kahwin is totally DIFFERENT ngan rasa happy bila korang spend time with your friends and family. Rasa happy yang susah nak describe. Rasa bahagia yang sangat bahagia. Rasa suka yang korang tak dapat rasa kalau korang single.. Ala.. kina tau korang-korang sume ni lagi banyak pengalaman,lagi mengetahui and lagi pakar kan

To me, bila single korang happy tapi tak sehappy kalau korang couple sampai senyum sengsorang pikir apa ntah, tapi kalau korang sedih, korang tak akan sesedih orang couple menangis-nangis sampai bengkak mata.... ne, minna? (kan semua kan…?) I was once told  “cintailah orang yang kamu cintai itu dengan sederhana sahaja, kerana takut satu hari nanti kamu akan membencinya.. dan janganlah kamu terlalu membenci orang yang kamu benci, kerana takut suatu hari nanti orang itu yang kamu sayang..”

Sebagai penutup, saya sampaikan sari berita utama eh quote yang sentap kepada diriku jua..

 “Kita sering menangis kerana kecewa dengan cinta insan yang disayang, tapi pernahkah kita menangis kerana merasa sepi dari cinta Allah yang lebih agung dari segala cinta di dunia ini?”

**************************


Untuk contest ni, kina nak tag 
1. akubukanpuitis - teringin nak tau which one is your favourite
2. deqyalalink - personally kina suka entry kesengsaraan orang pakai braces tu..
3. otak ketat - walaupun ko cakap SEMUA entry ko best sampai tak boleh nak pilih.. haha

October 16, 2010

APDSA 2010 in Japan - The Unforgettable Memories - Day 1

Bagi mengekalkan reputasi sebagai blog yang sangat tak up-to-date, meh kina citer pasal pengalaman gi Jepun yang dah 2 bulan berlalu... Dah basi tengik dah...huhu. But as the title concerns, the unforgettable memories kan.. So, ok what?

Sebelum kina pergi lagi jauh, menatang apa APDSA ni? APDSA stands for Asia Pacific Dental Student Association. Tiap tahun akan ada kongres di mana dak2 dental kat rantau asia pasifik ni berkumpul untuk join research competition. Kalau tak masuk competition pun boleh jek join kongres ni. Alah, macam korang gi dengar lecture la... Tak pun pertandingan.. Takkan dalam negara jek. Sesekali kenalah gi international. Eceh.

Tahun ni APDSA congress dibuat kat Jepun.. Sebagai seorang yang gila komik sejak Akira Toriyama menyebarkan virus Dragon Ball, ditambah kegilaan terhadap j-dorama dan berangan melampau dapat jumpa Tomoya Nagase, (siap pernah mimpi Tomo-chan datang Malaysia nyanyi sama ar, kitorang dating sama la, berangan giler seh!) , pergi ke Jepun memang salah satu impian kina. Dan peluang camni memang tak mungkin kina lepaskan. Meeeeeeeemang excited habis!

**************************************************

Kina bertolak bersama2 ngan Brian, Lay Ann, Malisa dan Nad (kitorang berlima jek dari UKM) pada hari ahad 15 Ogos kul 9.45 malam. Kitorang naik Singapore Airlines. (Dah diorang offer paling murah). So, transitlah kat Changi. Tapi memang tak sempat merambu pun dah kena naik next flight pergi jepun.. Lebih kurang jam 6.45 pagi waktu jepun, kina pun menjejakkan kaki di negara matahari terbit ni...

Dari kiri : Brian, Nad, Malisa, Lay Ann

Movie pilihan dalam airplane.. tapi tak abes tengok pun!

Sampai2 kat narita airport, kitorang gather bersama2 ngan dak2 negara lain... Tunggu flight yang lain.. Lebih kurang kul 10 pagi, kitorang gerak bersama2 menuju ke hakone! Kecuali brian, malisa dan nad. Sebab? Waktu dalam airplane tu, Malisa kena gastritis yang agak teruk. Muntah2 sepanjang 6 jam dalam airplane tu. So, diorang menuju ke hospital la dengan menaiki shinkansen (bullet train). Mula2 brian dah tanya dah nak tak naik shinkansen. Kina punyalah bajet nak dapat pengalaman bersama2 ngan dak2 APDSA yang lain.. Naik train biasa jek...

Welcome to Japan~

Time ni bukak mata lagi...
Setengah jam kemudian : krooiiiihhhh~~~

BAD decision! Dengan penat kat airplane tak hilang lagi, puasanya, dehydrated, tak biasa ngan cuaca jepun time musim panas yang terik dan kering sambil mengheret beg seberat 15.8kg, perjalanan dari narita ke hakone ambil masa lebih kurang 5 jam.. And it's not one direct way. Beberapa kali gakla kitorang tukar stesen. Peeeeeeeeeeeeenattttt giler! Tapi yang bestnya kina sempat la berkenalan ngan beberapa dak APDSA yang lain dan sempat berkenalan ngan sorang Nippon oba-chan! (makcik) Camne kitorang 'berborak?' Menggunakan bahasa isyarat la~

Me and Miss Saori

Our tour guides!

Suasana dalam tren
(tapi takdela sepanjang masa kitorang berdiri..)

Dekat kul 5 barulah sampai kat Okada hotel.. Kina sebilik ngan Malisa dan 3 orang budak USM. Masuk2 bilik, my first reaction was "WOW! Sangatlah jepun!"

Dengan tataminya... Kalau ada kotatsu...
(selimut ngan pemanas elektrik) mesti lagi lengkap! ;)

Jamban pun nak amek ke? hehe
O yeah. Sume tandas kat jepun public ke private toilet ke,
sume takde air paip.
Air yang ade pun yang kuar dari mangkuk tandas
kalau korang buang air besar

After berehat2 kat bilik, unpack barang, solat, tibalah masa makan malam... Sekali lagi dinner yang disediakan okada hotel ni "WOW! Sangatlah jepun!"

Perghh.. penuh meja!

Dinner ni walaupun pihak organisasi dah bagi jaminan daging disembelih, kina still makan seafood jekla.. Tak berani seh... Kina try lah jugak makan sashimi (raw food). Kina pilih lah makan udang mentah. perggghhhh! Rasa nak muntah! Confirm takkan makan lagi! Makanan jepun ni gak, sangatlah healthy. Takde masak2 minyak bertakung santan sume. Banyak yang very simple goreng / rebus / raw ngan cicah sos jek. Basically makanan jepun kina bolehlah nak makan tapi yang pasti bukan kegemaranlah. Sangat tak kena ngan lidah melayu kina

Suasana first dinner.. Sangatlah jepun!

Habis jek dinner, ade opening ceremony untuk APDSA ni... Semua pemberi ucapan pakat2 bagi ucapan dalam bahasa Jepun. Memang nganga jekla time dier cakap kan. Dak2 jepun gelak pun kitorang yang lain diam jek... Sampailah MC translate apa yang diorang cakap, barulah kitorang budak negara lain yang pakat gelak ramai2.. Dak2 Jepun plak yang diam.. Language barrier sangat ketara kat sana. Tapi bak kata MC "Eventhough we don't speak the same language, we can still use our body language to communicate. As long as the message is delivered, the communication is a success" Well said!

Time ceremony ni, kitorang diagihkan mengikut group masing2. Kina dapat group 17. Lepas acara formal opening ceremony, adalah acara informal which was introduction of the group leaders. Time tu yang menjadi perhatian semua kebanyakan dak perempuan adalah group leader 11 ngan 12. Sempat usha2 tu! hehe. Selesai acara introduction, kitorang pun berkenalan lah sesama kumpulan masing2. Tak cukup ngan kumpulan masing2, berkenalan ngan dak2 group lain pulak..

Group 17... Tak lengkap lagi nih sebab ada yang tak sampai lagi..

Mula2 kina join lah gak aktiviti bersosial ni. Tapi, akibat kepenatan ngan dah mula dah rasa tak sedap badan, baru kul 11 kina dah angkat bendera putih. Apa lagi, balik bilik, makan ubat, borak2, set jam kul 2.40 nak bangun sahur (kat sana kul 3 lebih dah subuh) dan apa lagi, zzzzzzzzzzzzz~~~


akan bersambung.....

October 15, 2010

Derma Organ - Will You?

Satu petang semasa ward round (diceritakan oleh sorang senior diolah mengikut sedap kina)

Perbualan antara sorang doktor ngan bebudak

"Bila sorang patient mati sebab brain death (mati otak) sedih memanglah sedih tapi at the same time ada sedikit cahaya gembira" 

"Huh? Kenapa camtu pulak Dr?"

"Yela.. bila dia meninggal sebab brain death, biasanya organ2 yang lain semua sihat. Jantung, hati, buah pinggang ngan organ2 yang lain semua takde masalah. Kira paling sesuailah nak derma organ. Time tu, doktor2 akan wonder, penderma organ ke tak orang yang baru mati otak tadi. Kalau ye, alangkah baiknya.... Mungkin dapat selamatkan nyawa seorang patient yang lain... "

***********************************************

Sebagai exco kesihatan PMUKM, kina ada satu program kerjasama ngan kementerian kesihatan malaysia. (KKM). So, tahun ni, salah satu bahagian pendidikan kesihatan KKM nak promote pendermaan organ. Ada apa dengan pendermaan organ?

Pendermaan organ kat Malaysia ni saaaaangatlah kurang kalau kita bandingkan dengan luar negara. Dan bukan nak racist ke mengutuk kaum sendiri ke, kat Malaysia ni paling ramai bangsa yang memerlukan organ baru adalah kaum Melayu tapi orang Melayu jugaklah yang paling kemut sikit sekali yang berdaftar sebagai penderma organ. Tak ke sedih camtu? So, korang nak derma organ korang tak?

Satu survey yang kina jalankan kat youthsays.com

Walaupun poll kat atas ni takdelah resembles sume orang, hampir 50% jawab 'maybe'. Honestly, kina sendiri pun jawab 'maybe'. Kenapa 'maybe'? Kenapa tak direct 'yes' atau 'no' jek? Bagi kina lah, kina jawab maybe sebab

1. Dalam kepala kina, kalau ahli keluarga takpe. Kalau orang luar taknak. Jual ikan betul kina ni!
2. Kina tak berapa faham wat it's all about. Dan sebagai pemalas tersohor dunia, takde nye nak search bagai
3. Hukum dalam Islam camne?

Kalau ada antara korang semua yang jawab 'maybe' ataupun 'no' sebab persoalan2 yang tak terjawab, apa kata lusa, 17 Oktober 2010, pagi2 lagi kul 8.00 a.m, ramai2 serbu astaka taman tasik titiwangsa untuk pergi ke program Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ. Tanyalah banyak2 kat situ. Dah yakin, nak daftar terus jadi organ donor pun boleh!
Sila abaikan statement last sekali tu.
Semua rakyat Malaysia dijemput hadir

p/s- Kalau nak tau lebih lanjut pendermaan organ dari sudut pandangan Islam, jangan lupa tengok Halaqah, 19 Oktober (Selasa) tv9 kul 10.00pm~


October 5, 2010

Happy Birthday e-Liex~ err.. belated!

Ape da... birthday blog sendiri pun boleh belated! Akibat tuan punya blog yang perasan busy.. huhu

Diam tak diam, dah setahun kina ada blog e-liex ni. (Kenapa e-liex?) Walaupun tak tegar mana, blogwalking pun alahai belum tentu sebulan sekali, readers pun ciput jek, e-liex.blogspot.com masih tetap berupdate... Kira oklah tu kan? ne?

Setelah setahun menempuh alam blog (ayat nak poyo jek), banyak benda yang kina belajar. Makin banyak blog kina jumpa. Macam-macam ragam. Baik, buruk, cantik, huduh, suka, menyampah.. macam2 aih. Bak kata khadijah ibrahim, "cuuuuuukup rasa!" Makin banyak gak website2 cambest yang kina jumpa. Tapi yang pastinya, semua2 ni menyebabkan kina tak sempat baca semua blog yang kina follow, semua website yang kina bookmark.. dan2 tu jugak berangan kalaulah ada 48 jam seari baru cukup kot!

Sempena umur setahun jagung blog ni, kina berazam (waiceh...)

1. Tukar muka baru. Dari dulu lagi nak tukar, tapi oleh sebab asik perasan busy jek, entah bila lah dapat dibuat.... Cik Amar Amirah, boleh tak bagi tutorial one to one? Blog kamu sangat comel!

2. Akan lebih rajin mengupdate. Err.. akan terlaksana ke?

3. Ok. Yang ni betul nye. InsyaAllah. Kina ingat nak buat at least dua minggu sekali update tentang dental public health a.k.a. kesihatan awam pergigian. Kenapa? I realize that most Malaysian, diorang concern gak ngan kesihatan mulut tapi takdelah beria-ia sangat nak search bagai.. Tapi, bila peluang ade depan mata, diorang akan tanya. Contoh la ye, kina yang masih belajar ni bila balik kampung ke, jumpa jiran ke, jumpa patient ke, tetibe sume orang nak tanya pasal gigi.
Walaupun tak layak mana hanya bergelar pelajar pergigian jek, IF ade orang yang search "cara-cara memberus gigi" tak pun "caries, pebenda tu?" tak pun "calculus yang bukan matematik" masuk ke blog kina, semacam terbit satu perasaan puas hati dapat serve part of my responsibilities. Job satisfaction (in my own way) i believe..
Langkah pertama untuk this matter, kina buatlah "labels". Senang nak carik... :)

My first dental public health! Ada gaya tak? ;)
Time keje kat sini!

Dan betapa seronoknya bila tengok diorang bersungguh2..
well.. some la. huhu

So... errr.. semoga berjaya! Happy 1st birthday e-liex!