October 15, 2010

Derma Organ - Will You?

Satu petang semasa ward round (diceritakan oleh sorang senior diolah mengikut sedap kina)

Perbualan antara sorang doktor ngan bebudak

"Bila sorang patient mati sebab brain death (mati otak) sedih memanglah sedih tapi at the same time ada sedikit cahaya gembira" 

"Huh? Kenapa camtu pulak Dr?"

"Yela.. bila dia meninggal sebab brain death, biasanya organ2 yang lain semua sihat. Jantung, hati, buah pinggang ngan organ2 yang lain semua takde masalah. Kira paling sesuailah nak derma organ. Time tu, doktor2 akan wonder, penderma organ ke tak orang yang baru mati otak tadi. Kalau ye, alangkah baiknya.... Mungkin dapat selamatkan nyawa seorang patient yang lain... "

***********************************************

Sebagai exco kesihatan PMUKM, kina ada satu program kerjasama ngan kementerian kesihatan malaysia. (KKM). So, tahun ni, salah satu bahagian pendidikan kesihatan KKM nak promote pendermaan organ. Ada apa dengan pendermaan organ?

Pendermaan organ kat Malaysia ni saaaaangatlah kurang kalau kita bandingkan dengan luar negara. Dan bukan nak racist ke mengutuk kaum sendiri ke, kat Malaysia ni paling ramai bangsa yang memerlukan organ baru adalah kaum Melayu tapi orang Melayu jugaklah yang paling kemut sikit sekali yang berdaftar sebagai penderma organ. Tak ke sedih camtu? So, korang nak derma organ korang tak?

Satu survey yang kina jalankan kat youthsays.com

Walaupun poll kat atas ni takdelah resembles sume orang, hampir 50% jawab 'maybe'. Honestly, kina sendiri pun jawab 'maybe'. Kenapa 'maybe'? Kenapa tak direct 'yes' atau 'no' jek? Bagi kina lah, kina jawab maybe sebab

1. Dalam kepala kina, kalau ahli keluarga takpe. Kalau orang luar taknak. Jual ikan betul kina ni!
2. Kina tak berapa faham wat it's all about. Dan sebagai pemalas tersohor dunia, takde nye nak search bagai
3. Hukum dalam Islam camne?

Kalau ada antara korang semua yang jawab 'maybe' ataupun 'no' sebab persoalan2 yang tak terjawab, apa kata lusa, 17 Oktober 2010, pagi2 lagi kul 8.00 a.m, ramai2 serbu astaka taman tasik titiwangsa untuk pergi ke program Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ. Tanyalah banyak2 kat situ. Dah yakin, nak daftar terus jadi organ donor pun boleh!
Sila abaikan statement last sekali tu.
Semua rakyat Malaysia dijemput hadir

p/s- Kalau nak tau lebih lanjut pendermaan organ dari sudut pandangan Islam, jangan lupa tengok Halaqah, 19 Oktober (Selasa) tv9 kul 10.00pm~


6 comments:

izzuddin r0saimi said...

i vote yes~!!

e-liex said...

@ izzuddin rosaimi
ha.. apa lagi? isi la borang keahlian!

ken said...

i think i would. maybe :)

Ainismaira said...

saye pun 'maybe' .. tp if utk family absolutely 'YES'..

izzuddin r0saimi said...

@ kina
buleh isi on9 kah???hurmm,,,

e-liex said...

@ ken
:) any chance to change it to 'yes'?

@ ainismaira
kan.... huhu

@izzuddin
dulu boleh.. tapi tak salah skang ni tak bley.. xpe2. esok kina confirmkan