February 21, 2011

Pilihanraya Kampus - Perlu ke Aspirasi vs Gabungan Mahasiswa?

Pilihanraya kampus (PRK) datang lagi~~ Dan kali ni kina TAK bertanding~ :)
Dalam entry i am me, i've stated my view. And, does it change after i join in the organisation? Nope, totally not. Even stronger than before actually.

So, soalan hari ni, perlu ke dalam pilihanraya kampus ni adanya Aspirasi (Pro-A) ngan Gabungan Mahasiswa (Pro-M)? And my answer would be, a BIG NO.

NOTA PENAJA : INI HANYA PANDANGAN KINA SEMATA-MATA. AND I BELIEVE SOME OF YOU SHARE THE SAME OPINION AND SOME DONT. BUT, HEY, DIFFERENT PEOPLE, DIFFERENT OPINIONS. AND THAT WHAT MAKES THE WORLD SO LIVING. DAN INI APA YANG KINA TENGOK KAT UKM LA.. UNI LAIN TAK PASTI.. BUT I THINK PRETTY MUCH THE SAME..

Kenapa kina benci sangat ngan politik kampus?

Well, first of all, kenapa wujudnya Pro-A ngan Pro-M? Toksah nak berbelit-belit aih.. direct to the point. Pro-A sokong kerajaan, Pro-M sokong pembangkang. As simple as that. Toksah nak nafikan, toksah nak pusing2 main puzzle.

Then, kita berbalik pulak pada PRK ni. PRK ni nak pilih siapa? Pilih Majlis Perwakilan Pelajar. MPP. Wakil pelajar. Suarakan pendapat pelajar, komen pelajar, rungutan pelajar ke pihak pengurusan universiti. So, cuba habaq mai, kat celah mana asas penubuhan MPP ni selari ngan asas penubuhan Pro-A ngan Pro-M? Kat mana yang sama nye? TAK ADA LANGSUNG. I repeat, TAK ADA LANGSUNG.

Apa Pro-A tu sentiasa menyokong tindakan pengurusan uni ke? And Pro-M tu sentiasa menentang universiti ke? Sepanjang pengalaman kina dalam sesi lepas, nope. I would say no. Yang baik, kita sokong, yang tak baik kita bantah..

Eleh kina... so what? Kalau penubuhan dua2 tak selari pun, apa salahnya.. Asalkan diorang tetap jalankan tugas, kira ok la.. Yup.. true.. memang diorang tetap jalankan tugas as wakil pelajar.. Tak kira lah dari Pro-A ke, Pro-M ke... (but i gotta need to admit that i'm such a 'bad' MPP.. i didnt perform really well.. so sorry.. but i believe that my coursemates and co-mpp understand my situation..)

But! Kadang-kadang, diorang punya penglibatan in Pro-A atau Pro-M ni, lari dari tujuan asal dari jadik seorang MPP... Kadang-kadang meeting sebelah pihak jek... Nak wat memorandum ke, bantahan ke, sebelah pihak jek.. Yang menyebabkan kina rasa "woit! korang boleh tak? Boleh tak duduk semeja bincang sama2? Tak boleh ke bersatu wat benda tu sama2?"

Dah lari tujuan asal penubuhan MPP ni di mana ahli MPP LEBIH menjaga kepentingan parti hat mana yang diorang sokong instead of kepentingan pelajar secara amnya. Tu yang kina menyampah sangat benda alah ni. Diorang lebih memainkan agenda sebagai wakil parti LEBIH dari wakil pelajar. Contohnya :

Situasi 1
Taukah anda bahawa PRK ni ada kerusi wakil umum dan kerusi wakil fakulti. Wakil umum ni dak2 satu uni undi.. Wakil fakulti lak, dak2 fakulti tu jek undi... Tetapi, kenapa hanya sebelah pihak jek yang memegang jawatan sebagai exco dalam penubuhan MPP ni? Secara jujurnya, kina tak rasa kina layak pun pegang jawatan exco hal ehwal pengguna dan kesihatan sesi lepas. Sebab? Sebab kina ni wakil fakulti pergigian jek.. Wakil fakulti yang diundi oleh 100 lebih orang jek. (kitorang nye fakulti merupakan fakulti paling kecik dan kina menang hanya dengan majoriti 14 jek). Tapi, kenapa ada wakil umum yang diundi oleh beribu2 orang tak pegang apa2 jawatan pun? Seolah2 menafikan hak pelajar yang mengundi. And the reason behind all this? Sebab kewujudan parti2 ni. Cuba kalau takde, hell yeah i think all wakil umum akan pegang jawatan and all wakil fakulti remain as wakil fakulti la or maybe jadik timbalan jawatan to wakil umum at most. And o yeah, mana2 menang pun, i think it would be the same.

Situasi 2
"Malam ni meeting semua ke separuh"
"Separuh.."
What the whaaaat! (credit : ijaicool.blogspot.com). Ada pulak eh korang meeting semua ngan meeting separuh?

Situasi 3
Penat pulak aih nak taip panjang2. Senang cakap, cuba gi tengok blog Pro-A ngan Pro-M. Masing2 menghentam masing2. Macam kerajaan ngan pembangkang. Semua yang kerajaan buat, salah di mata pihak pembangkang. Padahal, tak semua kan.. And, it's vice versa.. Kadang2 tu, kina rasa takde isu pun nak jadikan isu. Nak menunjukkan better than the other. Padahal, bluuerrhh, takde hape pun.

Tak boleh ke PRK ni jadik cam pemilihan JPP macam time matrix dulu? Tak boleh ke semua calon just bentang manifesto masing2 then the students will vote based on individu? Tak boleh ke ada satu badan yang menguruskan PRK ni yang tolong bagi borang, taklimat, etc kepada calon2 yang bertanding? Tak boleh ke takde parti2 nih?

"Kina... tu dulu matrix.. lain... Kita sedang bertatih..  Sekarang dah kat uni, lain.. dah ada peningkatan pemikiran di situ..." The heck peningkatan pemikiran. PRK = lebih banyak fitnah, ugutan, sekatan. Itu yang dipanggil 'peningkatan pemikiran'? Anjakan paradigma? Kina tak tau lah plak kalau benda2 negatif cam fitnah, ugutan ngan sekatan tu boleh dipanggil 'peningkatan pemikiran'... Tak taulah pulak kalau cat merah, culik, protes ngan mayat tuduh sana sini dipanggil 'peningkatan pemikiran'...

Oklah, dah panjang membebel rasanya. To me, PRK ni biarlah takde Pro-A ke, Pro-M ke.. isn't it better without neither? Just stand as a society that take care of the welfare of the students? And be the representative of the students to the admin? Isn't it much more easier to be achieved without all these crap?

Mungkin jugak penubuhan Pro-A ngan Pro-M ni disebabkan ada AUKU yang melarang mahasiswa terlibat ngan politik. Even dalam surat perjanjian JPA pun melarang mahasiswa terlibat dengan mana2 penubuhan politik. Mungkin tak kalau mahasiswa dibenarkan terlibat, takkan ada penubuhan Pro-A ngan Pro-M ni sebab mahasiswa dah bebas join mana2 parti politik yang diornag sokong kat luar sana (Malaysia). Dan takkan adalah PRK untuk memiilih MPP ni dibayangi sokongan mahasiswa terhadap kerajaan atau pembangkang... Tolonglah. Please separate your decision in choosing between MPP and the government or opposition. Bagi kina, penubuhan MPP takkan selari ngan penubuhan Pro-A dan Pro-M...

Well, that's my opinion. And i wonder siapa menang tahun ni? O yeah, kerusi fakulti pergigian tahun ni menang tanpa bertanding~ :)

p/s- Siti Nur Hana bt Yahaya, you have my vote dear~ Really respect and proud of you to stand as calon bebas! :)

5 comments:

kyle said...

sokong pandangan tuan e-liex, sepatutnye pentingkan pelajar2, bukan plak asyik sgt ngan parti masing2....lol....mcm sume uni ade masalah same, tue kyle x suke politik gak...haiz

misSbLurRy said...

sumpah aku x minat semua benda nie...
tp sbb aku rasa tanggungjawab aku untuk ngundi
aku pergi je la
kalau leh wat undi rosak
lama da aku wat

e-liex said...

@ kyle
kan.. bila keutamaan dah lain.. yang tu yang kina menyampah tu.. dulu nak join pun, bbenda alah ni lah yang membuatkan kina rasa berat hati sangat nak join.. tapi, no regrets, banyak bagi pengalaman dan kina try my best to avoid politik2 nih..

and, thanx follow! :D

@missbluurry
aku pun kalau boleh nak vote certain orang jek.. tapi kang sayang lak kalau undi tu kira rosak.. huhu

Irwan said...

hei, thanks for coming to giggling the googles

yanaz said...

-yanaz-
kina,ak bru bce blog ang ne..sjak bila ang pndai ckp utara ne?habaq mai..bkn pkwe ko mamat klate ker?hahaha..kidding..
btw,ko dpt usulkn ker x cdgn ko ne kat pihak atasan,mcm yg kte penah bncg dlu2?