June 17, 2010

Pengajaran Hari Ini : Lain Kali Save Terus!

Perbualan antara Kina ngan pegawai JPA

"Hello, tadi ada call no ni ke..?"

"Erm.. Siapa ye ni?"

"Nasiha Sakina"

"Owh.. Cik Nasiha Sakina.. Saya dari JPA.. Boleh saya minta no IC?"

"890704******"

"Erm.. Cik Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman ye..?"

" Ye saya.."

"Dentistry UKM tahun 3?"

"Ya saya.. Buka sem ni masuk Tahun 4.."

" Saya dengan dukacitanya nak maklumkan.."

"Mengenai pointer rendah tu ke?" (Tak sabar, nak potong jek!)

"Owh.. bukan2. Yang pasal surat amaran tu kami pun tak tahulah kenapa. Sebab setahu saya dentistry takde pointer2 ni"

"Ha... tula pasal. Saya pun pelik kenapa boleh dapat surat amaran tu.."

"Owh.. sebenarnya sejak tahun 2009 kami dah stop dah kirim surat amaran.. Tapi kami dapat aduan daripada dekan universiti yang mengatakan result korang makin menurun. Maka kami pun hanya mengikut arahan dan hantar surat amaran tu.."

"Owh.. "

"Sebenarnya, dukacita saya nak maklumkan bahawa bayaran JPA untuk dentistry UKM akan dikurangkan mulai kemasukan seterusnya. Yang semester berikutnya korang dah dapat kan?"

"Ye2. Untuk semester berikutnya dah dapat. Maknanya untuk semester 2 nanti dapat kurang? Dapat berapa ye?"

"Untuk dentistry UKM, peruntukan dikurangkan dari yang sekarang korang dapat RM6382 kan? Kepada RM4200 macam waktu mula-mula kamu semua dapat.. Kami dapat arahan dari Kementerian Pengajian Tinggi.."


"Hah? Sampai RM4200?"

"Ermm.. ye.. (ngan suara cam bersalah!) Disebabkan masalah ekonomi sekarang, budget terpaksa dikurangkan.. Bukan dentistry UKM jek yang terlibat.. Untuk Fakulti Kesihatan Bersekutu pun kami kurangkan dari RM5 ribu lebih ke RM4200 sama macam korang..."


"Owh.. medical camne pulak ye?"

"Untuk pelajar medic, kami tak kurangkan biasiswa sebab kami dapat laporan dari PERSIAP bahawa yuran kolej pelajar perubatan agak mahal.. Cik Sakina ni wakil persatuan mahasiswa fakulti pergigian kan? Sebab saya dapat no cik Sakina pun dari persatuan"

"Owh.. yeke.... Tapi pelajar dental pun yuran kami lebih kurang RM1500... Lepas tu banyak lagi nak beli selain buku kena beli jugak dental materials and all that..."

"Owh.. yang tu kami tak pasti... Mungkin Cik Sakina boleh bawa perkara ni. Untuk makluman, bukan dentistry UKM je yang terlibat. Dentistry UiTM lagilah. Since diorang tak payah bayar yuran (Betul ke?!) kami buat keputusan untuk kurangkan kepada RM3 ribu lebih jek.. Basically semua IPTA lebih kurang samalah.. Duit poket untuk satu sem lebih kurang RM2000 lah..

"Owh.. yeke.. saya harap JPA dapat consider lagi keputusan ni.. Keputusan ni dah confirm ke?

"Erm.. masih dalam perbincangan tapi kemungkinan besar dah confirm lah.. Just bagitau rakan2 untuk bersedialah. Jangan habiskan JPA sem ni..."

"Owh... ok.. Tapi saya sangat berharap supaya pihak JPA dapat consider lagi keputusan ni.."

"Hmm.. baiklah Cik Sakina.. Sebelum tu nak tanya...








 SOK CIK SAKINA PERGI KEDAH CAMNE YE?"

"KAK DAYANA!!!!!!"


Best prank call ever!!!


June 10, 2010

Kontest Nak Menang Blackberry porttuantanah.com

Sekali lagi tak berjaya mencapai impian suci cita-cita murni untuk join contest skali sebulan.. huhu.. Takpe2. Maka, kali ni, kina kembali ngan contest oleh saudari TTT. Sebelum tu... kina tau contest ni dari abang kina yang baca dari blog kawan dia, rinastories. Kalau ada rezeki leh menang blackberry tu!

So, apa yang kina nak kena wat untuk contest ni?

Kina kena melakonkan watak Abe, TTT ngan diri sendiri sambil memegang kertas ke.. kadbod ke.. yang bertulis www.porttuantanah.com.

Yang pertama sekali, watak Abe. Abe ni kena pakai topeng.. So, kina decide nak guna topeng yang kina guna time persembahan kat tempat kina ajar tuition.. Time tu, dak2 ni kena wat persembahan.. So, diorang wat lah role-play "Goldilocks and Three Bears"... and adalah kina wat costume sket.. Daddy bear, Mommy bear and.. Baby bear~ Abe ni kena pegang tulisan "www(dot)". Since www tu bermaksud world wide web yang melambangkan teknologi, ecece.. so, tulisan untuk "www(dot)" ni kina print la... Konon2 theme untuk pic pertama - teknologi. (poyo giler! haha) Agent Orange mejadi font pilihan..

Comey tak? hehe

Ok. Untuk gambar kedua plak, kena melakonkan watak TTT yang sentiasa tutup mata. Memandangkan nama TTT (toh tuan tanah) mempunyai ciri-ciri alam semula jadi, eceh... So, kina decide untuk menggunakan daun kat pokok luar umah untuk tulis "porttuantanah".. (Habis lah kena sound ngan mak ni...;P) Untuk tutup mata lak, guna timun... Sangatlah semula jadi kan? ahaks!



Dan yang terakhir sekali. posing gambar menjadi diri sendiri... Since contest ni abang kina yang bagitau, So, kina decide nak join contest ni ngan abang kina la... Merapatkan silaturrahim gitu.. haha. Maka, untuk tulis "(dot)com" kina decide untuk tulis tangan.. kata jadik diri sendiri.. so, tulislah tangan... 


(dot) - abang kina tulis
com - kina tulis
Bak kata wonderpets, "Apa yang penting? Kerjasama!" Eceh! ;P

Dan hasilnya....



p/s- pergh! Memang last minute! huuu


June 1, 2010

First Tagged Survey~

First of all, nak mintak maap bebanyak kat cik aida sebab lambat sangat jawab tag nye.. huhu.. Bertapa sebulanlah katakan... Ok, tanpa membebel panjang lagi, jom~~~


1. How tall should he be?
Hmmm.. Doesn't really matter as long as he's taller than me~ which most guys are :)


2. What hair colour should he have?
Preferably black. Asal natural la... dye memang reject!


3. What kind of personality should he have?
Understanding, determined in a good way, loving and... romantic? haha

4. Older or younger?
Preferably older. Tapi kalau dah jodoh ngan younger pun terima jek

5. What film actor should he most be like?
Nagase Tomoya dalam The Son in Law 2003. One side serious but still gila2

Zaman tomo-chan muda2 dulu.. heheh

Kat dalam my boss, my hero! pun suka gak~ ;P

6. What singer should he most be like?
hmm...  ntah. Tak terfikir sape2 pun. Maybe, Nagase Tomoya gak la.. (Memang peminat setia nih! ) hehe

7. Do they need to cook?
That would be extra3 credits~~~

8. What is his best body part?
Tetibe cam malu nak jawab soklan ni. ahahah. Senang cakap, cuddly.. hehehe

9. What car should he drive?
Kina buta sket bab2 kereta ni.. Don't really mind. Jangan warna pink sudah..

10. What one thing completely turns you on?
Erk? Ni bila dah kahwin jek bley jawab. ahaks!

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
Him. I know i shouldn't...

12. Tag people to do this survey too.
Hmm.. nak tag leyha, et, otak ketat, amar amirah and jard/ kak jard?. Korang sudi2 kanlah menjawab ye... :)