January 14, 2010

Pabila Manusia Hilang KeMANUSIAan, Terserlah KeBINATANGan

Lama sudah tak berupdate blog ni.. -_-' Update pun join contest jek.. hehehe.. Lately ni banyak sangat program.. kolokium, singgah siswa, family day, kursus.. (kursus apa? jeng3... kursus kahwin kot?! ;P ) sampai nak update blog, idea ada tapi bila nak menaip jek, rasa cam takde mood la pulak...

Semalam, buka-buka baca blog semua, ada dua posts yang menyebabkan kina terus terfikir. Betapa manusia boleh jadi lagi binatang dari binatang. Betapa manusia yang dikurniakan akal fikiran yang konon-konon untuk berfikir dan bertindak secara waras boleh jadi lagi tak ada akal dari haiwan yang tak dikurniakan kemampuan untuk berfikir (macam manusia la) pun... How human can be soooo very inhuman...

NOTA PENAJA : Entry ni mungkin mengandungi gambar-gambar yang menyebabkan korang tak lalu nak makan.

1. BUANG BAYI 

Anak yang dibuang tak lain tak bukan, anak luar nikah. Dosa berzina satu, tambah lagi dengan dosa membunuh. Katalah mereka-mereka ni terlanjur sebab ngah lovey-dovey, i-love-u-u-love-me, u-jump-i-jump ni, bila NAFSU menguasai diri akal fikiran dah tak boleh nak guna rasa nak membelai dan dibelai macam takde cara halal nak buat, takkan la waktu mereka-mereka ni gugurkan = bunuh baby pun sebab NAFSU? Akal fikiran pun tak boleh nak guna time ni? Takde sekelumit pun rasa kesian? Kina kalau ternampak bangkai binatang yang terburai perut pun duk terfikir-fikir, camnelah mereka-mereka ni boleh hidup tanpa dibayangi rasa bersalah membunuh anak sendiri?

Kina takdelah menyokong pulak korang berzina ni.. Nanti ada pulak yang cakap.. "terlanjur takpe.. tapi jangan sampai pregnant.." tak pun "pregnant takpe..tapi jangan sampai tak jaga.." berzina tetap salah satu dosa besar..

Iye.. nanti baby ni lahir tak ada ayah la, tak terjamin masa depan la, malu ngan masyarakat.. Banyak pulak fikir menggunakan akal fikiran pasal ni. Tapi tak boleh pulak gunakan akal fikiran tu untuk fikir camne nak tebus dosa.. Nak jaga baby tu... We are the one whose determine our life. It's our choice. Daripada pilih nak jadi manusia, sanggup mereka-mereka ni pilih sebaliknya bila sanggup bunuh anak sendiri...


Tak kesian ke?


Ni lagi la.. Bukan setakat buang, bakar lagi!

Lagi gambar and sumber asal kat sini

2. FOIE GRAS

Korang tau tak apa tu foie gras? Foie gras ni sejenis makanan exotic.. Memang mahal gila la.. Foie Gras bermaksud fat liver. Sedap ke tak tu, xtau la kan.. tak pernah kina makan. Hati lembu pun tak suka.. Ni plak hati goose.. (apa ek goose dalam bm?)


Nampak cam sedap ek?

Tapi, tau tak korang camne makanan ni dihasilkan? Makanan ni dibuat ngan memaksa goose2 ni makan supaya hati diorang dipenuhi ngan lemak. Ni bukan makan untuk hidup. Bukan gak hidup untuk makan. Tapi hidup untuk makan sampai mati pastu jadi makanan makhluk yang bergelar manusia..

Goose2 ni akan diberi makan melalui paip besi walaupun diorang tak nak makan. Pastu, kena kurung lagi dalam sangkar supaya diorang tak boleh bergerak supaya semua makanan ditukarkan kepada lemak.. Kaki pun sampai bengkak sebab berdiri lama sangat... Buang air besar pun berdarah..




Pusing leher jekla yang boleh...


Makan sampai mati


Kejam kan manusia sampai sanggup buat perkara zalim camni semata-mata nak menikmati makanan yang last-last jadi something yang bau pun boleh buat semua orang lari.. Tak salah nak menikmati makanan, tapi perlu ke to this extent?

Lagi gambar and sumber asal kat sini


Kina tau ada banyak lagi contoh kezaliman manusia.. Tak kira la zalim terhadap Yang Maha Pencipta, diri sendiri, sesama manusia even mak sendiri pun, sesama makhluk termasuklah lah binatang, tumbuhan.. Apabila semakin ramai dah hilang sifat manusia dan makin terserlah kebinatangannya, even binatang pun tak sekejam manusia, benda yang kita akan cakap "gila lah! sanggup dia buat camtu" akan jadi "hmmm... biasalah tu..."

UPDATE-28/1/2010

Baru baca and more pics from this blog






Sampai terkeluar biji mata..



Tak puas lagi seksa tu! WTH betul!


Seriously, why are they doing this?






4 comments:

fzmy said...

3rd year ni cam bz kn....
adeh..pnat ar....hmm btul2...
manusia ni plik ar....
neway,,,i feel much better now...
thanx...^___^

U-Nie_sYa said...

satu cerita yg menarik n penuh informasi..tahniah.=)

manusia zaman skrg mmg kejam..melakukan perkara diluar batasan sampai melupakan yang mana halal n haram, dan yang mana pahala dan dosa...semakin dunia diakhir zaman, semakin teruk sikap manusia..

e-liex said...

@FZMY
tula pasal.. bila la kt nk g d8ing ni...

@UNIESYA
thanx.. :)

memang kt sekarang dah di akhir zaman....

yana kawaii said...

wuuueeekkk.geli gler gmbr kcing 2..kuang ajAr punyer mnusia..bek jd binatang klu cm2..dh nmpk sgt kkjmn mnusia skang ne trg trgan plak 2..even kat dlm movie pon dh tnjuk,especially citer avatar..malu rsenyer jd mnusia,sggup msnahkn alam smljd sbb harta n duit...