November 5, 2009

Patient oh Patient~~~ #1

wLife as a clinical year dental student..

Bermula tahun tiga, kitorang akan mula ada patient masing-masing. Real patients. Macam-macam kerenah yang kitorang jumpa. Ada yang baik, kelakar, sempoi, sporting, compliance tapi tak kurang jugak yang tak dengar kata, selalu tak datang (FTA-fail to attend), berdolak-dalik and macam-macam lagi.

Tahun tiga ni, kitorang cuma boleh amek patient cons (conservative-tampal gigi) and patient prostho (prosthodontic-gigi palsu). Patient cons memang ramai, ada tu sampai dah 2, 3 tahun tunggu barulah dipanggil.. Nak wat camne, waiting list memang panjang and kitorang as a student buat of course la lambat sikit.. Yela.. kene supervisor check.. takut-takut lagi.. Patient prostho pulak asyik takde jek.. especially untuk yang 3rd year sebab jenis kes yang kitorang boleh buat pun terhad kan..

So, kali ni kina nak cerita kerenah patient prostho kina n my partner yang menyebabkan tercetusnya idea nak tulis entry ni sebab kecewa and sedih sangat ngan patient prostho...

Patient prostho #1

Setelah 2 kali clinical session tak dapat patient, (yela.. time tu satu batch nak patient baru kan.. Bilangan patient pulak terhad..) so, bila dapat folder patient, rasa sangat excited and happy. First time lah katakan... Tapi, bila call patient,dia cakap tak nak terima rawatan la pulak.. okla.. terpaksa discharge and masuk beratur balik dalam senarai nak amek patient lain..

Patient prostho #2

Sanggup rush balik dari HUKM ke fakulti sampai kene RM20 naik teksi kena marah ngan akak kaunter pendaftaran lagi untuk dapatkan folder patient ni.. Bila call patient, yey! Dia boleh datang! Tapi, bila check folder patient tu dah rasa pelik. Aik, apsal kat situ ada tulis "Folder taken by *****/5th year" tapi buat tak tau jekla sebab ingatkan senior tu yang buat PCC(cam nak tapisla 3rd year boleh tak buat..). Skali, bila patient datang, dah siap amek primary impression (acuan gigi) lagi, dia gtau la ada orang lain call dia.. Rupa-rupanya, patient tu senior yang punya cuma senior tu tak report kat jabatan prostho, maka kekeliruan pun berlaku.. TERPAKSALAH bagi patient tu kat senior. Sangat sedih sebab patient tu sangatlah baik and bagi kerjasama...

Patient prostho #3

Bila dapat folder patient ni, rasa sangat happy sebab dapat kes yang senang-complete denture(semua gigi takde). Bila call patient, dia pun cam excited nak dapat gigi baru. So, bila first time dia datang, dah siap amek primary impression lagi tanya la boleh datang tak the next appointment.. Dia cakap "boleh.boleh.boleh". Bila tiba the next appointment, tetiba patient tak boleh datang sebab demam.. ok.. takpe lagi. The next appointment, dia  gagal dihubungi. Bukan gagal la tapi patient ni takde handphone so, kena call dia through husband dia dulu.

10 a.m ari sabtu

"Hello. Blablabla(introduce myself). Madam *** boleh datang tak hari isnin ni pukul 10 pagi"
"ha? nanti. nanti saya bagitau dia. nanti saya suruh dia call balik. Saya tengah busy keje ni"

2.00p.m ari ahad

"Hello. Blablabla(introduce myself). Madam *** boleh datang tak hari isnin ni pukul 10 pagi"
"ha? nanti. nanti saya bagitau dia. nanti saya suruh dia call balik. Saya tengah busy keje ni"
"Tapi dia tak call pun bagitau boleh datang ke tak.."
"ok.ok. Nanti saya suruh dia call. Tengah busy. Saya kerja ni"

10.00pm ari ahad

"Hello. Blablabla(introduce myself). Madam *** boleh datang tak hari isnin ni pukul 10 pagi"
"ha? nanti. nanti saya bagitau dia. nanti saya suruh dia call balik. Saya tengah busy keje ni"
"Tapi dia tak call pun bagitau boleh datang ke tak.."
"ok.ok. Nanti saya suruh dia call. Tengah busy. Saya kerja ni"

10am ari isnin-the appointment day
"Truut.. truut.. truut.. tuuutt.."

Tak nak angkat tu! ok.. fine.. try la guna handphone kawan..

"Hello. Blablabla(introduce myself). Madam *** boleh datang tak appointment ari ni?"
"oo.. saya sudah bagitau sama dia.. dia kata dia boleh.. dia akan call u back.."
"tapi dia tak call balik pun.."
"ok.ok. saya suruh dia call u.. saya tengah keje ni"


Pagi, petang, siang, malam, weekend, weekday sume ngah kerja. Memang workaholic!

Call balik 45 minit kemudian
"the number you have dialed......"

So, hantar la mesej..
"hello. blablabla (introduce lagi). the next appointment will be on thursday 10 am. Please do inform us either you can come or not.tq"

Ari khamis pun menjelma...
situasi yang sama pun berlaku...

ok. Memang patut kina and my partner discharge this patient sebab dah 3 kali FTA. Tapi, rasa berat hati nak lepaskan sebab ni dah la patient yang ketiga, orang lain dah buat secondary impression, kitorang duk terkial-kial lagi.. Then, kes senang kan.. complete denture.. Rasa berat la nak lepaskan.. So, call la lagi patient sambil sedikit mengugut..
"Kalau tak datang lagi next week kitorang terpaksa discharge tau uncle"
"Ok.Ok. Nanti saya bagitau isteri saya."(Suara cam takut-takut sikit) 

The next appointment
"Ok.ok. Boleh datang"

Tunggu punya tunggu, sampai dah pusing satu bangunan cari patient tu.. takde jugak.. 4 kali FTA. What can we do? DISCHARGE (i hate this word now) lagi! Kalau taknak, cakap jekla direct taknak.. Takyah la bagi harapan sampai kitorang membazir masa tak wat pe2 4 clinical sessions tu.. Clinical sessions tu bukannye boleh diganti-ganti...

Patient prostho #4

1st time datang.. ok jek..
2nd time datang.
Tiba-tiba (dalam bahasa mandarin. so, kina tak faham sangat. Ni apa yang ditranslate by my partner)

"I taknak buatla.. lama sangat.. Kalau buat kat private, kejap jek" (ok. memang kitorang buat akan agak lambat, dalam lebih kurang 1- 1.5 bulan baru siap)

Then, my partner and friends pun try la pujuk dia.. Cakap kalau buat kat private mahal la.. Kitorang boleh bagi time slip la..

"ok.ok. nanti auntie fikir."

So, kitorang pun proceed la ngan primary impression.. Dah down and hilang semangat sebab dapat rasa kitorang akan kehilangan patient yang ke4!!! orang lain ada yang dah siap dah!!!

"Yang kat atas tak payah amek la.. auntie nak buat gigi palsu bawah jek"
(Ok. Memang nak amek impression yang atas rasa nak termuntah sikit. Rasa tak best sikit. Tapi, still boleh tahan...)

Padahal tinggal 7 batang gigi jek yang atas tu.. So, kitorang pun tanyalah Dr, boleh ke nak buat bawah jek? Pastu Dr cakap la nak buat bawah jek pun, kene amek impression yang atas jugak.

Patient terus taknak, amek barang dia, cakap sorry (nasib baik cakap!) and berlalu pergi.. Time tu rasa sangat-sangat-sangat stress, kecewa, sedih, geram. Rasa nak nangis jek. My partner pun air mata dah bertakung dah. Kina.. Erica... Tahan.. tahan.. Sabar... sabar....

Begitulah alkisahnya.. Rasa macam.. apsallah kitorang nye patient sume ade problem? Kitorang garang ke? Kitorang ganas sangat ke? Mungkin kitorang jek yang tak bernasib baik.. Mungkin takde rezeki lagi. Ya Allah.. Harap-harap, patient ke-5 nanti semuanya berjalan lancar...

p/s- ada sorang patient kawan kina yang sangat memahami keadaan kitorang as students. "Anak makcik suruh makcik buat kat private jek kalau lama sangat.. Tapi makcik kesiankan kamu yang nanti takde patient.." Kalaulah semua patient macam ni...

"Life has its Ups n Downs. Sometimes the sun shines, sometimes the rain lashes, but then it takes both the Sun and Rain to make a Rainbow"

6 comments:

yana kawaii said...

kina..ak rse xyah la ko nk bndingkn patient ko n patient org len,wat ko lg stress jer..sbb bkn sume patient sme kn..so cheer up n pray dat both of u will get better patient next tym wif full of compliance n slalu bg kuih tym dtg..hahhahaahahah

e-liex said...

no.. kita bkn nak bandingkan my patient wif others. requirement tu! slalu bagi kuih tu rai nye ! haha

Anonymous said...

hohoho....teringat zaman2 masih kat dental school.. FYI sampai akhir 4th year saya baru siapkan 2 denture (1 complete dan 1 RPD).... jgn risau teruskan berusaha....


p/s: Tak boleh ke amek patient prostho dr kawan2 mak ataupon jiran ke?

e-liex said...

anon : aik? 2 denture jek? xkene barred from exam ke? huhu
dah tanya dah mak n jiran2...

Anonymous said...

Of course la kena bar.... sekarang tgh extend 6 months.... so dalam mase 6 months ni selepas menginsafi diri... Boleh pulak siap sampai 5 denture... Now, tgh study week and exam will come soon.... then grad... jeles tak?

Anyway this is my e-mail... (sani_106@yahoo.com) so can u pls add me on Facebook? Anonymous sebab takde g-mail mahupun blog....

e-liex said...

wah... smpi 5 denture tu..
sgt jeles! 2thn stgh lg... huuuuu