October 29, 2009

Single vs Couple

Kat FB..

“ D***** A**** is now in a relationship with Akad Gates”
“***** is now single”
“***** is now single”

YM plak..

“BUZZ”
“lalink2!”
“guess wat?!!!!!!”
“wat?!!!!!!!!!”
“wat?!!!!!!!”
“dun do dis to me..  haiyaku!!! (cepat)”
“hahahahhahahaha”
“sy suda ada bf la syg..XD”
“hehehhehe.. finally!”
“full story NOW!!”

And yang paling terbaru secara live~

“Kina… aku rasa nak kahwin la…” sambil membuat muka yang konon-konon shy-shy miow! Hahaha (cuba korang teka siapa ni…;P)

Lately ni, ramai pulak kengkawan kina yang baru couplela.. nak kahwinla.. tapi ramai jugak yang baru break.. lalu memberi idea for this entry.. So mari kita ramai-ramai renungkan (renungkan?!!) apa kebaikan dan keburukan korang menjadi single ataupun kalau korang couple.. Btw, I’m single! (wahla.. promote diri sendiri nampak!)

Nota penaja: Ini hanya pendapat kina jek.. Entry ni tak ditujukan kepada siapa-siapa and tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang persamaan hanyalah kebetulan semata-mata. Kalau ada yang terasa hati, kina minta maaf awal-awal ye.. Lagi bagus kalau korang melontarkan (lontar tu.. perghh!) pendapat korang di ruangan komen ye..

DOSA

Seperti yang kita semua sedia maklum, couple itu haram kan.. tapi memang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah nak dielakkan lebih-lebih lagi ngan persekitaran kita yang memang majority masyarakat terima budaya couple ni.. Ditambah lagi ngan hormone-hormon menggatal yang tengah banyak merembes keluar dari hypothalamus, anterior pituitary and banyak lagi time umur-umur muda belia remaja ni.. couple boleh dikatakan satu perkara yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat susah nak dielakkan… kina pun bukanlah baik sangat.. kina admit, kina sendiri pun mungkin akan couple jugak.. satu hari nanti.. maybe…

Serius kalau korang couple, gerenti dijamin seratus peratus korang akan wat dosa.. korang alim mana pun, kalau dah ada perasaan suka and sayang tu, mesti ada rasa nak pegang peluk cium korang nye partner kan? (cewah.. cakap macam banyak pengalaman! ;P) eleh.. malu-malu la pulak.. betul kan? Kan?Kan? Katalah korang dapat tahan nafsu dari membuat  perkara-perkara di atas, korang dapat ke tahan diri dari rasa rindu? Rasa rindu pun dah dikira zina hati tau! So, basically kalau korang couple, memang tak dapat dielakkan dari membuat dosa.. So, kalau single insyaAllah kurang sikit la dosanya dari segi ni.. Dari segi lain? Hmm.. sendiri-sendiri muhasabah diri la ye.. Kalau dah sayang sangat.. jangan couple lama-lama.. kahwin jek terus!

FULUS

Kalau dah single tu.. takde la kita nak spend money gi kuar dating ke.. especially kalau lelaki nak tunjuk macho mesti diorang yang nak bayar.. sampaikan kina pernah terbaca 

"Terasa kaya bila awek takde"

Wooo.. As a girl, sentap! Bunyik cam sume perempuan kaki kikis la pulak.. Habis korang ingat perempuan tak berkorban ke wang ringgit? Contoh paling mudah : TOPUP KREDIT. Kina nak guna RM30 pun belum tentu tau sebulan. (tu bukan jimat.... kedeng taik idung masin namanya.. ni mesti nak call parents pun main miskol2 kan? ;P ) Kalau korang couple lebih-lebih lagi jenis hari-hari kene dengar suara kalau tak jiwa tak tenang rasa kekosongan feel very incomplete ni, confirm-confirm RM10 tu tahan paling lama 3 hari jek takpun satu jam!

So, yang single ni sah-sah lagi kaya dari yang couple ye tak? Bolehla shopping lebih sikit, melantak banyak sikit, melancong jauh sikit.. (Tapi apsal kina rasa kina sama jek ngan budak-budak lain? Tak sampai habis sem, mesti dah terkapai-kapai JPA dah tinggal life-life fish.… ;P)

However, bagi yang couple, mesti korang rasa every bit of money spent to your loved ones was worth it. Sayanglah katakan…

FREEDOM!!!

Kalau korang single, nak kuar gi mana-mana, takyah report.. Takde orang nak halang korang kuar ngan sesape pun.. Lelaki, perempuan, balik pukul berapa, pergi mana, buat apa, dengan siapa, berapa ramai sampai boleh lengkap buat soalan kertas BM… Siapakah? Di manakah? Apakah? Berapakah? Perlukah? Haruskah? (Boleh mohon kerja jadi cikgu BM nih!)

MASA

Bila korang single, of course la korang akan lebih masa untuk diri sendiri.. lebih masa belajar sebab takde gayut-gayut.. chatting-chatting.. ym-ym.. webcam-webcam.. lebih masa untuk kengkawan.. sebab korang nak kuar lepak ngan sape jek lagi kalau dah xde partner tu? Kengkawan jekla kan? Keluar sorang-sorang kadang-kadang okla.. kalau setiap kali sadis la pulak kan?

Kalau korang couple, confirm-confirm korang banyak spend masa korang for your partner tak kira la gi dating ke, sms ke, menangis ke, buat entry blog ke, termenung berangan sambil muka merah-merah terfikir nak kahwin ke.. Tapi..  mesti bagi korang masa yang korang spend ni tidak membuang masa as korang rasa bahagia bila spend time with your special ones…

TEMPAT BERGOSIP, BERCERITA, MENGADU, BERMANJA, MENGADA-NGADA

Single is lonely. A little bit lonely. That’s something that is sooo true. Yup. Memang korang ada kawan, tapi takkanla every little things pun korang citer kat kawan korang kan..? Naik menyampah meluat nak termuntah la plak kawan korang kalau sume benda korang nak citer kat dier..  Here’s a quote to make u (as well as me) feel a little bit happier…

Somewhere there's someone who dreams of your smile, and finds in your presence that life is worth while. So when you are lonely, remember it is true. Somebody somewhere is thinking of you. - K. Blackburn”

Kalau dah couple tu, sah-sah la kesunyian tu kurangla kan. Dah ada orang untuk meluahkan perasaan happy, tak puas hati, suka, sayang, penat, perasan comel, dah gemuk, makan megi jek, makan gula-gula strawberry rasa durian, raih perhatian, being the center of attraction, nak kahwin before 25, anak 4 orang, merengek-rengek manja, ada orang pujuk dan banyak lagi which I believe korang lagi banyak pengalaman lagi pakar la dalam bidang-bidang ni..  

KEBAHAGIAAN

Rasa happy bila couple, bila spend time dengan si dia, bila thinking of him/her, bila terlonjak gembira tengok nama dia yang call, bila appreciate apa yang dia bagi, bila berangan nak kahwin is totally DIFFERENT ngan rasa happy bila korang spend time with your friends and family. Rasa happy yang susah nak describe. Rasa bahagia yang sangat bahagia. Rasa suka yang korang tak dapat rasa kalau korang single.. Ala.. kina tau korang-korang sume ni lagi banyak pengalaman,lagi mengetahui and lagi pakar kan

To me, bila single korang happy tapi tak sehappy kalau korang couple sampai senyum sengsorang pikir apa ntah, tapi kalau korang sedih, korang tak akan sesedih orang couple menangis-nangis sampai bengkak mata.... ne, minna? (kan semua kan…?) I was once told  “cintailah orang yang kamu cintai itu dengan sederhana sahaja, kerana takut satu hari nanti kamu akan membencinya.. dan janganlah kamu terlalu membenci orang yang kamu benci, kerana takut suatu hari nanti orang itu yang kamu sayang..”

Sebagai penutup, saya sampaikan sari berita utama eh quote yang sentap kepada diriku jua..

 “Kita sering menangis kerana kecewa dengan cinta insan yang disayang, tapi pernahkah kita menangis kerana merasa sepi dari cinta Allah yang lebih agung dari segala cinta di dunia ini?”

October 21, 2009

First Time Kena Bedah

Korang pernah kena bedah tak?

21 Oktober 2009 pada jam 3.15 petang di bilik surgeri 1 seramai 9 orang telah menjadi saksi pembedahan pertama kina. Bunyik cam gampang jek kan? Pembedahan apa? Minor Oral Surgery (MOS) untuk buang gigi bongsu...

Kenapa nak buang?

Sebab, gigi ni tumbuh ke arah pipi sikit.. (buccally erupted). So, kina selalu tergigit bahagian dalam pipi especially waktu makan. Lagi satu sebab gigi ni tumbuh senget sikit yang menyebabkan ianya tak dapat tumbuh sepenuhnya and makanan selalu tersekat kat situ ditambah dengan kemalasan kina untuk memberus gigi (nama jek budak dental. huhu...sori Dr Nurul..) lalu meningkatkan peluang untuk caries terbentuk maka langkah terbaik adalah untuk mencabutnya...(huu... skema giler ayat!)

Berapa lama ye? Sakit tak?

Takdela lama sangat, dalam setengah jam jek.. Time kene bedah tu, takde la rasa apa2. Yela.. dah kene inject ngan LA (local anaesthetic) bukan GA ye (General anaesthetic) so takdela pengsan tido time kene bedah tu cuma kebas kat bahagian yg nak dipotong. Basically tak rasa apa2 kecuali time Dr Safar nak keluarkan bahagian akar and akar gigi kina ni ngada-ngada nak ada curve-curve la pulak yang menyukarkan Dr Safar untuk keluarkannya dan memaksa beliau menekan-nekan mandible ku (rahang bawah) sehingga menyebabkan badanku terangkat-angkat menahan kesakitan yang okla boleh tahan lagi sampai beliau pun berpeluh-peluh takde orang nak lap nasib tak sampai menitik ke mukaku apa benda kumerepek ni sudah-sudah basically tak sakit la...

Itu time operation. After operation, makan sup ngan nasi.. Ala-ala cam bubur la.. senang sikit nak makan takyah kunyah.. Time ni LA stil ada.. tak hilang lg.. So, makan bahagian kiri jekla..(yang cabut tu kanan) sebab lidah kat bahagian kanan dah kebas kan.. Memang tak boleh nak rasa apa-apa la..Silap-silap gigit lidah, bukan kunyah makanan. Makan pun cam budak baru belajar makan .. meleleh keluar sampai kadang-kadang tak perasan pun.. huhu.  Skali lepas LA tu habis, even dah makan painkiller rasa berdenyut-denyut tak mau hilang golek-golek guling-guling atas katil sampai sejam baru la terlelap mata..

Lepas bangun, barulah ok skit... walaupun still cakap pelat-pelat telan air liur pun terasa, sakit berdenyut-denyut tu kurang la.. tu yang sampai boleh update blog tu!

And o yeah. MOS kalau buat kat private boleh kene charge antara RM500-RM1000. Kina buat kat sini? Free! hehe

AMARAN : GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR GELI NAK TERMUNTAH YANG TIDAK KETERLALUAN. JIKALAU ANDA SEDANG MAKAN SILA BERHENTI ATAU TINGGALKAN PAGE INI. SEBARANG KEGELIAN ADALAH TANGGUNGJAWAB MASING-MASING. 


BEFORE SURGERY



Kat sekeliling gigi tu gusi dah merah dah sebab bengkak and kalau korang boleh nampak ada cam lebihan kat  tepi gigi tu sebab selalu gigit pipi...


DURING SURGERY


Sempat lagi amek gambar masa ngah surgery.. thanx to penonton yang ramai Yana, Ai Ling (the photographer) Chai Jing (before me, dia ni yang kene bedah dulu), Erica, Chia Shin and Yet Wan..




nak keluarkan gigi tu...



akhirnye...



Dr Safar yang sangat serius!

AFTER SURGERY


dalam kenangan....



dah jahit dah..  :)


p/s: dapat MC 2 hari tu... XD


"A smile is an inexpensive way to change your looks"

October 14, 2009

Kelebihan dalam Kelemahan, Kelemahan dalam Kelebihan #1

Kelebihan dalam Kelemahan, Kelemahan dalam Kelebihan atau short formnya KDK. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tapi, kalau kita pandang kelebihan kita dari sudut negatif, ianya boleh jadi satu kelemahan. Camtu jugak la kalau kita pandang kelemahan kita dari sudut yang positif, ianya boleh jadi satu kelebihan. Pebenda la yang kina merepek ni... Baca jekla.. huhu

1. Rupa x matured a.k.a comel sangat...haha

KELEBIHAN

Nampak sentiasa muda~~~ hehe. Kira nanti kalau dah tua pun orang still ingat muda lagi.. Like my mom always tell me

"Akak, akak nak dengar satu cerita tak?"
"Hmm.. ceritalah.. " (walaupun dah tau, sebab setiap kali pun macam ni.. huhu)
"Tadi kawan agi (my bro) datang kan.. dier cakap camni..." (datang beraya time ni)

"Tu sape tu?" (sambil tunjuk kat mak kina)
"Mak aku la.."
"Lah.. aku ingat kakak kau.."

Mesti satu hari nanti, anak-anak kina pun 'terpaksa' berhadapan dengan situasi camni kan? hahaha

KELEMAHAN

Situasi 1
"Orphan. Pukul 4 pm. 3 orang. Student." (sambil keluarkan duit and student card)
"Ni semua cukup 18 ke..?"

Lorh... dah terang-terang bagi student card tu, bukan matrix punya pun, uni punya, pun tak caya gak?

Situasi 2
"Ko pandai masak kina?"
"Bolehlah.. sedap jugakla.. (my bro yang cakap..hehe)"
"Kalau ko masuk dapur ko masak la? Biar betul ko reti masak..."
"Eh, betul la. Apsal tak caya pulak?"
"Ntahla. Aku rasa ko macam tak ada rupa orang yang pandai masak. Kalau pandai masak kan cam matured.. ko cam kanak-kanak jek yang ngendap-ngendap, intai-intai nak tak nak tolong kalau masuk dapur. haha"
"........"

Buat benda yang  macam 'matured' skit, mesti orang tak caya.. huu.. tak ke parah? huhu

2. Makan cepat

 KELEBIHAN

Dalam keadaan genting, sangat berguna. Ada 10 minit jek pun, sempat makan sampai kenyang.. Pastu, bolehlah sambung kerja ngan semangat!

KELEMAHAN

Biasanya terpaksa tunggu orang lain habis makan... Kalau malas tunggu, 'terpaksalah' makan lagi yang sekaligus menyebabkan kegemukan diriku!! dan juga membawa kepada KDK #3!!

3.  Makan banyak

KELEBIHAN

Kalau makan bufet, menangis orang kedai.. "Rugi aku hari ni.." hehe. Orang nak belanja makan pun fikir 2,3 kali. Tapi, kalau dia betul-betul ikhlas, "Aku seronok la tengok ko makan. Habis. Puas hati aku."

KELEMAHAN

Dah makan banyak tu, bayar pun lebih la kan. Orang lain kene RM3.50, kina kene mungkin RM3.80 ke.. RM4 ke.. huhu
And of course la habit ni menyebabkan kegemukan diriku!! uwaaa!!!

p/s- kina makan sekali banyak, tapi jarang sangat makan in between meals.. kira seimbang gakla kan...(nak bagitau gak tuh) hehe..So, kalau ada biskut-biskut, keropok-keropok kat bilik ni selalunya tak luak pun la kecuali kalau makcik bernama rai tidur di bilikku~~~ ;P

"Don't let the darkness of the past covers the brightness of the future"

October 10, 2009

Life as a Dental Student #1

"Ala... Dr gigi buat apa jek.. cabut gigi, tampal gigi, buat gigi palsu, pasang braces. Itu jekla. Pastu bayar mahal giler.. Sekali cuci gigi sampai RM80...Ish3... " This is exactly what I was thinking before I took dentistry.

So, why dentistry?
I love biology. I also love research and I want to create something new and big. I want to win the noble prize (berangan jauh giler!)  for inventing a medicine that can cure death-cause diseases (AIDS, heart attack, etc)

So, supposedly, i need to take biomedical science and work in the research department. However, i came to know that there's very limited job opportunity in Malaysia. So, my parents asked me to choose a secured job opportunity course. Left me with medicine, dentistry, veterinary and pharmacy. ( i know there're lots more but  these are the ones that are most popular right?). Don't want a hectic life job, medicine out! Don't really like to play with animal, veterinary out! Hate chemistry, pharmacy, out! That left me with dentistry.

My views toward dentistry totally changed. They don't just tampal gigi and cabut gigi, they do more than that! But, the dental students do more than what most dentists do! maybe~ Here i present... Life as a dental student~

1 ) Dental student = cleaner @ janitor 
















Disinfecting the unit used
Sampai terbongkok-bongkok tu!


















Cleaning up the instruments used
Pastu kene sterile pulak... basuh.. jangan x basuh...


2 ) Dental Student = Abang Burger


















Cleaning up the plaster room
Burger special satu bang! eh, makcik! ;P


3 ) Dental Student = Chef



















Mixing the dental stone
"gaulkan sehingga sebati.. jangan banyak sangat air,
nanti biskut ni senang pecah pulak"


"explanation before treatment is a treatment planning, explanation after treatment is an excuse"





October 8, 2009

Typical Thinking

On today's so called modern era of globalization, are typical thinking such as these still relevant?

woman = kitchen
man = work
woman = sensitive
man = egoist
woman = materialistic
man = beautylistic? haha

What about a girl making the first move? Does she sound desperate? Do guys hate it? Is it something wrong? Does the term 'perigi cari timba' is still relevant? What if she just plainly feels like this?


Once, it was specially dedicated to m.f.a
p/s- rai... ili... i'm sorry... :(
"I know looking back at the cries, would make me laugh. But I didn't know that looking back at the laughs would make me cry cause how I know it wouldn't happen anymore and how I wish it never ends"

October 7, 2009

Masih Ada Lagi...

Masih ada lagi ke orang yang jujur kat dunia ni?

Korang pernah tak hilang dompet ke, handphone ke and then, jumpa balik?
Orang zaman sekarang ni masih ada yang jujur ke?
Selamat ke kalau kita tinggalkan barang kita tanpa sebarang jagaan?
Tak ada orang yang akan curi ke? Atau kita perlu buat sampai macam ni?
















Selipar jepun pun nak?

Ada lagila yang baik... siapa kata tak ada?

Baru-baru ni, ada sorang coursemate kina, Shu, hilang dompet dia kat Times Square. Dia punyalah sedih tapi redha jekla sebab benda dah jadi kan? Dah siap buat ic baru, report polis, block atm... Keesokan harinya, ada la sorang hamba Allah ni call coursemate kina yang lain, Rai... tanya la pasal ada hilang dompet tak sebab kebetulan name card dia ada dalam dompet tu.. Rai pun bagitau la Shu.. Rupa-rupanya, ada someone jumpa dompet Shu kat Times and then serahkan kat security. Memang tak sangka la boleh dapat balik dompet tu :)

Walaupun kisah ni mungkin cuma satu dalam seribu, atau mungkin sejuta, tapi tak mustahil untuk berlaku kan? Walaupun kita hidup kat dunia yang penuh keraguan, tipu daya tapi mesti masih ada lagi kejujuran yang wujud. Sebab tu, jangan la pandang dunia ni penuh negatif, gelap, kotor... Masih ada lagi yang positif, suci, bersih....

Tapi, at the same time, tak salah untuk kita berhati-hati sebelum apa-apa terjadi~~~

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat... Puas kita menangis mencari di mana matahari... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang imdah di kemudian hari..."

October 5, 2009

Why Blogging?

I love reading. Because through reading, I always learn something. Either it’s something new or not, good or bad, love or hate, I’ll just read. (Tapi nak study… punyalah malas! Huhu) Justkhai.com, blog pertama yang mampu menarik minat kina untuk terus baca apalah yang mamat ni tulis. Macam addicted pun ada sebab sanggup baca dari malam sampai la ke subuh. Khai ‘paksa’ kina baca entry2 dia yang lepas. Dah la time tu, blog dia dah lebih 300 entries. Bila baca justkhai.com ni, rasa macam boleh kenal jek khai ni and sometimes cam jatuh cinta pun ada. >_<

Dari justkhai.com, kina kenal la ohtidak and ohbulan. Kat ohbulan ni, ada sorang commentator yang selalu nak komen kat atas jek and bagi komen yang saaaangatlah sentap. So, kina pun mulalah kenal obefiend. Justkhai.com and obefiend.blogspot.com. 2 blog ni kina memang tak miss la buka hari-hari. Bila baca blog khai, kina rasa cam tenang, baik, kadang-kadang sampai boleh nangis. Obefiend ni pulak dapat timbulkan rasa nakal and raging dalam hati dan kadang-kadang ‘memaksa’ kina untuk berfikir. Kena pandai-pandai filter!

Apa yang kina dapat from all the readings? Tutorial, ceritera hidup orang lain, buka mata lebih luas, how lucky I am, something yang kadang-kadang kina tak terfikir pun, see something in different angles, how we are not alone and others have been through the same or even worse, gelak, nangis, suka, duka, sayang, benci… and last but not least update apa yang berlaku kat dunia or Malaysia! Haha. (kina memang tak tengok berita or baca paper. Huhu)

So, setelah beberapa bulan asyik duk baca blog orang lain jek, tergerak la kat hati untuk ada satu jugak dengan harapan orang lain pun akan dapat apa yang kina dapat…. wish me happy blogging~~~




"Don't cry cause it's over, smile cause it happened"

October 3, 2009

Ada Apa Dengan Nama?






"Nama saya ialah Nasiha Sakina. Saya lahir pada 4 Julai 1989 di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur." 
Ayat biasa kalau cikgu sekolah suruh tulis karangan bertajuk "Diri Saya" huhu. Sepanjang hidup ni, mesti ada banyak nama yang korang guna tak pun kengkawan korang panggil kan? so, these are mine. 


Nama time sekolah
NASIHA tak pun NASIK. Siap wat lagu lagi. " Hey, nasik goreng, hey sungguh lazat, sungguh sedap, sungguh enak... kadang kadang nasik ayam, nasik lemak.. pendek kata, semua jenis nasi la. Dulu, cam marah la gak.. siap time cikgu suruh bagi speech, my topic was 'MY NAME'. Nak bagitau satu kelas how I really didn't like when they called me nasik. But then, apa jadik? lagi galak diorang ejek. Lama-lama, dah biasa. Sekarang, bila reunion balik dengan kawan-kawan sekolah, diorang dah tak panggil nasik la pulak. Rasa rindu la pulak dengan panggilan tu. Bila ingat-ingat balik, rasa kelakar jek... >_<


Nama after SPM, time matrix & uni
Lepas SPM, kerja la sekejap cari pengalaman kat memory lane. Sebab tak nak kene ejek lagi, bila orang tanya nama jek, terus perkenalkan diri as "SAKINA. Boleh panggil KINA" kat matriks pun samala. sampailah ke uni. Tapi, kat uni, diorang komen sikit. Ramai yang kata, "nama NASIHA tak sesuai ar ngan ko.. cam ayu sangat" haha! mungkin gak la.. 


Nama samaran
Nama ni hanya digunakan kat internet and as signature to my drawings. E-LIEX (pronounced as i-liks, bukan i-li-yeks) and HANA. Nama eliex ni inspired by satu watak kat komik Rave which is ELIE. Bila terbalikkan, jadik 3173. Rasa cambest jek. (poyo giler kan? haha) Hana pulak from my name -nasiHA sakiNA


Nama kene ejek
Apart from nasik, i've one more which is.......
rahsia! haha. given by, my brother! tapi dah lama dah tak dengar~ hehe


here, i'm gonna use kina~


Kata orang, nama itu suatu doa. So, why not panggil kawan kita sambil mendoakan dia, right?


"Don't live in the past. Live for the future. Let the memories of the past help you to achieve the hope of the future"

October 2, 2009

aloha~

for the first post...



and hope you'll enjoy reading this blog~