November 3, 2010

Mencari Pesakit - Perlukan Bantuan Anda

Ini adalah entri serius. Tak main-main ye...

Saya, Nasiha Sakina Ramzuzzaman, pelajar tahun 4 fakulti pergigian UKM, ingin memohon jasa baik pembaca sekalian jikalau korang ada kenal siapa-siapa sama ada ibu bapa, jiran, pakcik sebelah rumah atau siapa saja yang memerlukan rawatan pergigian berbentuk gigi palsu. Kalau gigi palsu penuh (complete denture - tak ada gigi langsung) lagilah sangat-sangat digalakkan dan diberi keutamaan.

CIRI - CIRI YANG DIPERLUKAN

1. Tiada gigi dan memerlukan gigi palsu tidak kiralah tak pernah pakai, longgar, tak selesa atau sebagainya. 
2. Tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan boleh datang ke poliklinik pergigian UKM yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, betul-betul dekat ngan monorel chow kit dan hospital kuala lumpur (HKL / General Hospital) - sebelah wad kecemasan. BUKAN dekat hukm ye.. *google map*
3. Tidak kisah untuk datang beberapa kali. 

Kelebihan buat ngan student

1. InsyaAllah, denture yang fit.

Biasanya kat luar amek impression (acuan) sekali jek, then next visit terus dapat, kat sini kitorang buat satu persatu langkah untuk pastikan denture tu fit the patient very nicely. Memerlukan lebih kurang 6 kali visit baru boleh siap. Amboi aih, sampai 6 kali! Walaupun memakan masa, insyaAllah, kina akan cuba yang terbaik dan insyaAllah, patient akan dapat denture yang fit

2. Dapat rawatan yang terbaik

Every step yang kitorang buat, akan disemak oleh supervisor kitorang which are pakar dalam bidang gigi palsu ni. So, insyaAllah pesakit akan terima rawatan yang terbaik...

3. Harga yang murah

Untuk pekerja / pesara kerajaan, poliklinik UKM tak charge satu sen pun. Untuk pekerja swasta / tak kerja, kami charge RM5 setiap kali datang. So, total harga gigi palsu tu kurang dari RM50. Murah la kan?

Kelemahan buat ngan student

1. Memakan masa yang lama

Reason pertama : sebab kitorang buat step by step. Macam kina cakap kat atas, kat luar, biasa amik acuan sekali pastu terus dapat at the next visit .. Kat sini kitorang buat : examination and diagnosis >>> first impression >>> second impression (lagi accurate) >>> mmr (untuk ukur ketinggian gigi yang sesuai dan pastikan rahang atas dan bawah kena la..) >>> try in >>> baru dapat the final denture..

Reason kedua sebab kelemahan kina sendiri sebagai pelajar.. Yang ni kina akan cuba yang terbaik dan overcome masalah ni..

So, kepada siapa-siapa yang kenal siapa-siapa yang memerlukan rawatan pergigian gigi palsu, kina berharap sangat korang boleh email kina (banyak betul spam email masuk. -_-") drop kat ruang komen. Nak tolong promote pun boleh.. sangat-sangat-sangat-sangat dihargai... Thanx soooo much in advance!

Boleh baca pasal patient gigi palsu pertama kina kat sini

: D

Dan respon patient terhadap gigi palsu tu kat sini. Yang no 1 jekla...


p/s-kalau sudi, votelah kina untuk contest ni. e-liex, no 41. Saya ulangi, e-liex, no 41. waiceh, cam AF lah plak undi2 nih! Boleh vote kat sini. :)

UPDATE : Setelah patient hunting sekitar chow kit, dah dapat 2 kes complete denture~~~ yey! :D
So, basically kina tak perlukan patient prostho dah... untuk tahun ni la.. Tahun depan mungkin? hehe

16 comments:

Dolmar Desserts said...

saya pelajar tahun 5 fakulti pergigian UNAIR, memerulkan patient endo dengan segera T____T

zahidah dihaz said...

baru je rasa excited...rupanya nak gigi palsu...dah la kat area kl nun..hehehehe...

e-liex said...

@ amar amirah
nun jauh kat indonesia tuh.. haha
kalau ada patient endo premolar lebih pass2 lah ye.. haha

@ zahidah dihaz
heee.. nak wat ape ek? braces e?

cik violet said...

hye, sebelah u tu erika kan??

e-liex said...

@ violet chem
hye~ yup, my partner tahun lepas. she's vey nice. kenal e?

hans said...

kalau nak cuci karang gigi mahu lah aku tolong
hohohoh
amacam?
jumpa?

P/S : Apa Itu Exam? Hahahahahaha

e-liex said...

@ hans
huu.. bab cuci karang gigi (aka calculus) dah ramai dah yang mintak.. huhu..
dah.. jumpa dah setelah merayau2 kat chow kit.. huuu

lee_titan said...

ada sesiapa nak patient for canal root treatment? my case dirujuk pada 2 doc, satu klinik setapak and satu HKL..tapi 2-2 bercanggah pendapat. sy confused apa sakit ni..hari ni sy malas pegi klinik, ingat nak rest kejab. kes masih baru..anyone? pm me YM! lee_titan

e-liex said...

@ lee_titan
wah~~~ i need RCT patient. Is it premolar? ok2, tomorrow i'll pm u~

Anonymous said...

i think i met the criteria that u hav stated... i've suffer to not smile for a long time T_T

e-liex said...

@ anon

owh.. i'm so sorry to hear that... if you are still interested, please email me for further discussion. wateva_hana[at]yahoo[dot]com

thank you~

yana said...

Salam,

hi! just blog walking, suddenly jumpe ur blog.

memandangkan u student dentistry, nak tanye la..heheh.

saya ada niat nak buat braces. so, dekat poliklinik ukm de tak sediakan rawatan tu? nak how much it will cost me?

sangat2 harap dapat tahu :)TQ

e-liex said...

@ yana

hye~

Kat poliklinik ukm memang ada nak sediakan rawatan untuk biat braces. Kos sebenar saya tak pasti tapi bawah rm500 kalau tak salah. tapi.. waiting list agak lama lah.. lebih kurang 2 tahun. Boleh jek daftar sekarang.. Nanti bila nama yana dah naik dia akan call..

Harap membantu~ :)

Yana Rashid said...

hai kalau perlukan patient untuk buat rct boleh call saya yana 0173604849.sy duduk d pj.lama sgt tunggu waiting list dental um

Anonymous said...

Erm ermm takde ke sesape yg nak patient untuk buat braces ? ;(

Unknown said...

Salam.. masih ade ke utk gigi palsu? Gigi atas kebanyakanndh xde dan gigi bwh pun ada yg dah cabut and ade jgk brapa btg gigi yg longgar.. agak2 boleh tlg x?