April 26, 2011

Gempak Starz, Mmmuahhhxx~~ & Kak Ain Maisarah Sangat Comel!

#1 - Surprise dari Gempak Starz

Suatu hari di kafe kolej..

"Kina, ada surat u lah kat pejabat kolej. Dari Gempak Starz"
"Hah? Yeke...? Rasanya takde order apa-apa pun.. Tapi nanti i check lah. Thanx e~"

So, kina pun pergilah pejabat kolej.. Tengok2, memang ada~~~ Sampul besar dari Gempak Starz. Pelik gakla sebab memang tak pernah order apa2 pun.. Tak ingat pun ada masuk contest ke apa. Balik bilik apa lagi? Dengan rakusnya bukak sampul surat tu...

Tadaa!! Dapat Illustration Book by Gengkey!

Hepi sangat! Thanx Gempak Starz! Tapi secara jujurnya.. err..err.. kina tak ingat pun contest apa yang kina masuk. huhu. Anggap jekla sebagai hadiah kepada pembaca setia ek. hehe

Till now, almost 150 novel graphics from Gempak Starz have been collected!
Ntah bila ntah nak tebus kupon2 ni~

#2 - Gempak Starz di KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fair) - kat PWTC

Jumaat lepas, habis jek klinik, (klinik terakhir untuk tahun 4 ni, o yeahh!!) kina ditemani ngan k izzah, (memula ingat dah nak kena gi sorang2 da.. semua dah bali tiket balik kampung. Thanx kak! :) ) pergila KLIBF..

Sampai2 situ, memang terus serbu Gempak Starz nye booth la kan. Oleh sebab kebanyakan novel grafik kina dah ada.. tak banyak sangat la kina beli.. kina rembat 9 novel grafik. The best part- harga murah and grrreeeeeeeeeeeaaaattt free gifts~~~~


Peminat Gempak Starz gak? Visit their webpage, gempakstarz.com and like their fb page!

#3 - Kedai Pink Ain Maisarah sangat, sangat, sangatlah comel~~~~~

Tak kenal sape Ain Maisarah? Dulu2, kina pun tak kenal. Tapi, adik kina merupakan peminat setia kak ain ni.   So, beberapa tahun lepas, time tu kina dah stop dah baca2 novel malay ni (bukan nak kutuk, tapi the storylines are always same), adik kina perkenalkanlah novel2 kak ain ni.. Baca2, memang best giler~~~ Selain gaya penulisan yang sempoi jek, jalan cerita sangat menarik ngan takde plot kosong dan lain dari yang lain. Mengimbau kenangan2 time sekolah pun ye jugak. Tapi kalau ada kumpulan the wannababes kat sekolah kina dulu, memang kina anti la. Gedik yang teramat. Tetiba emo sebab watak dalam novel jek. haha

So, hari tu, time kat KLIBF ni, kak ain pun ada bukak booth bernama 'kedai pink ain maisarah'. Memula kina cam segan jek nak pegi, dahla tak beli pe2 kan. Sebab adik kina yang biasa beli novel ni. Tapi, ahh, gasakla. Nak jugak cuba berkenalan ngan penulis yang sangat sweet ni. Nak mms gambar bagi adik kina jeles ye jugak. haha. So, approach la kak ain.. (muka tembok sangat! hehe) Saaaaangat ramah, saaaaangat sweet and saaaaangat comel~~~ Serius korang kalau jumpa kak ain, terus suka aih. Terus makin minat nak baca novel dia. ;P

Awat kak ain tinggi sangat ni~~? haha

Berjaya buat adik kina jeles ;)

Jangan lupa visit blog kak ain ni, ainmaisarah.blogspot.com tapi cam agak jarang diupdate jek.. Takpe2, fb page ni slalu update!

#4 - Hari-hari terakhir sesi 2010/2011

Semua hang sumbat dalam satu entry jek kan kina? Dasar pemalas! huhu. Just wanna share hari2 terakhir sesi 2010/2011 ni.. Semoga kami semua berjaya naik ke tahun akhir!!!! Sekali sekala mencapub la skit kat blog sendiri.. haha

Jadual minggu terakhir.. Untuk group kina la
Sila abaikan tulisan yang 'cun' giler tu

My partner for 2010/2011 session, Qwik Chai Jing
Sorry for any mistakes, any troubles, any kekurangan, any 'ter'mengumpat..
And thank you~

Camwhore di klinik.. time ni sume yang lain da balik dah
Ops, terpotong kepala yana skit

 Ok, yana amek, dah tak terpotong dah
Prove that you are a better camwhore! haha

Tema : Medical doctors
(no offense ya dear medic co-leagues. tapi korang suka pakai lab coat tak butang kan. hehe)

Hyper-eating-stress-induced = melantak

p/s - Study week dah pun bermula~~~ Dah, tak boleh berfoya2 lagi. Memang kena ganbatte kudasai gle2 ar. Carry marks sangat sikit. Sangat takut tak dapat naik ke tahun akhir.. Mintak jauh... Bersyukur sangat study weeks 2 minggu. Doakan kina berjaya ye! (Tapi time study week ni plak la ko rajin nak hupdate blog ape kes?huuu)

pp/s - Sangat happy bila patient puas hati dengan rawatan yang diberi~ :) thanx mr izzo!

ppp/s - malam ni selangor vs kelantan. Go selangor go!!! (sejak bila hang minat tgk bola ni kina..? ;) )

April 7, 2011

Jom Ramai-Ramai Serbu Jusco Bukit Tinggi, Klang~~~

Sebulan lebih hang tak update na kina... Tup2 update terus ajak orang serbu Jusco Bukit Tinggi. Awatnya? (Perghhh.. pengaruh betul matluthfi90 ni!)

Sempena Bulan Kesihatan Mulut, (Oral Health Month), Colgate bekerjasama ngan MDA (Malaysian Dental Association) ada buat road tour untuk promote kesihatan mulut... So, kalau korang temasuk antara salah sorang dari senarai di bawah...

Takde plan nak gi mana2 Jumaat, Sabtu dan Ahad ni?

Tinggal dekat2 ngan Klang?
(Kalau jauh sikit kat Bangi tu pun kira dekat aih..)

Nak FREE dental check up and consultation?
(Ni kalau gi private ni, ada kene charge RM30 ke atas tak salah...)

Nak tahu lebih lanjut mengenai barangan penjagaan gigi?
(Ubat gigi apa yang sesuai, berus gigi yang camne.. Flos..)

Ada masalah gigi atau gusi tapi tak tau/malu/malas nak tanya mana?

Nak dapat sample colgate percuma?
(Lumrah manusia ye, benda percuma sume nak. hehe)

Nak jadi patient kina?
(woahhh, sempat hang nak carik patient eh kina! hehe)

Nak dengar kina berceloteh memberi 
Oral Hygiene Instruction (OHI) and Oral Health Education (OHE)? 
(Haktuuiiihh! Confirm takde!)

atau..

Hangpa memang nak datang Jusco aih!

Apa tunggu lagi~~~? Jom ramai2 serbu Jusco Bukit Tinggi, Klang ari Jumaat - Ahad ni.. (8-10 April). Jangan lupa ajak pak, mak, family members, jiran sebelah, dak duk belakang kelas, mamat cute, (perlu ke highlight? haha) bloggers lain, dak2 kelas, gf, bf, suami, isteri, tunang, ikan, kucing dan jugak matluthfi90. Kina bertugas untuk bagi OHI ngan OHE sebenarnya.. (consultation). Hari apa? Tunggu kat sana!

I'm really3 excited actually. Wanna feel the experience of doing dental public health to the public in a shopping mall! Biasa buat time dalam klinik tak pun to family members/friends jek! :)

My first dental public health~ >_<
(selain dalam klinik/kepada kengkawan)

For more info, please visit oralhealthmonth.com.my

p/s-woahhh, pendek entry kali ni! hehe