Sebagai pemalas tersohor balik kelas terus terbongkang malam pulak berfoya-foya membaca blog takpun menonton drama
Maka, sebagai pakar yang dah berkecimpung lama dalam bidang study last minute ni, meh kina senaraikan persediaan2 dari sudut makanan dan minuman yang perlu dilakukan... Nak study last minute pun perlukan persediaan tau!
MAKAN MINUM #1 - Sumber dopamine
Korang tau tak apa itu dopamine? Bagi yang tak tau, basically dopamine ni cam stress releaser la... Satu bahan yang pabila dirembeskan dalam otak kita, dia bagi satu perasaan bahagia.... a pleasant feeling.. Bagi menghadapi nota mau tak muntah setebal sekurang-kurangnya 1 inci satu hari, dopamine sangat diperlukan bagi meneruskan motivasi mata dan otak untuk terus menghadap nota. So, macam mana nak menggalakkan pengeluaran dopamine ni? Salah satu cara adalah melalui makanan. Sebagai seorang chocoholic, coklat merupakan sumber dopamine yang paling utama, mudah dan paling best sedap hingga menjilat jari~
Sumber dopamine.. kalori ape sume tolak tepi!
Cakap pasal coklat ni, kina teringat plak satu rancangan kat discovery rasanya, ada kajian menunjukkan dopamine yang dirembeskan sewaktu makan coklat ni lagi banyak dari sewaktu korang bercium. So, kepada pasangan2 yang belum halal menggatal, kalau tetibe partner korang nak menggatal, sumbat jek mulut diorang ngan coklat wokeh. Dah lebih dari cukup dah dopamine yang diperlukan. Boleh juga diaplikasikan kalau korang putus cinta! Sesungguhnya coklat merupakan stress releaser yang sangat baik. Tapi bukan makanan pilihan bagi mereka yang ngah on diet dan gigi berlubanglah ye~
MAKAN MINUM #2 - Sumber kafein
Seperti biasalah. Dah nama pun study last minute, kalau tak stay up tak sahlah kan.. Bagi membantu stay up tanpa tersengguk-sengguk cam burung belatuk, kafein sangat diperlukan. So, makanan apa pulak yang banyak kafein ni? Tak lain tak bukan, kopi.
Camne kopi ni bertindak? Basically kafein ni menyebabkan pengaliran darah bertambah dan meningkatkan alertness. So, kuranglah mengantuk... Lagi satu, kafein ni gak menyebabkan kita nak terkuciiiiil jek. Bila dah pergi tandas tu ape lagi? Segar bugar lah sikit kan..
Oleh sebab kina tak suka kepahitan kopi ori,
kopi susu pun oklah gak kan...
Yang ni plak diperlukan sebab dah tak cukup tidur, badan kita tak sempat nak berehat... Nak tak nak, kita perlukan elektrolit2 dalam badan kita untuk pulih seperti biasa bagi terus menghadap nota.. Maka apa yang kita perlukan? Minuman isotonik~ Dan bagi kina, yang menjadi pilihan, tak lain tak bukan, 100+ la~
Jus tropical punch lagi2 sejuk baru keluar peti ais pun sedap jugak!
MAKAN MINUM # 4 - Makanan bagi mengalas perut
Bila study jek, meeeeesti lapar. Bagi menjimatkan masa dari pakai tudung, belek2 cermin, turun ke kafe, ape kata kita rembat jek apa yang ada kat bilik? Lebih2 lagi, masa2 begini, penjimatan masa adalah sangat kritikal. Doraemon pun takdak nak mintak tolong guna alat melambatkan masa tu. Oleh sebab itu, stok makanan amat diperlukan lagi2 kalau pukul 2 pagi tetibe perut menyanyi riang irama dangdut tak ke parah? Makcik kafe pun dah kroihhhh3 da...
Sesuai untuk alas perut..
Kang kenyang sangat membongkang lah plak!
Oklah. Sampai sini saja tips2 dari pakar study last minute.. Kina akhiri entri ini dengan serangkap pantun yang berbunyi..... waiceh, macam bagi speech la pulak!
Study last minute memerlukan pengorbanan dan merosakkan badan,
Sape suruh hang tak study awal2?
Heh padan muka sesal dahulu pendapatan
Habes update blog ni ape ke hal?
Hancus bahasa kina oooiii.. huhu. Di kesempatan ni gak, kina nak ucapkan all the best, ganbatte~~~~ kepada sume yang masih dan nak exam.. yang dah abes tu syuhh2 gi balik umah bergembira senyap2 sudah.. (jeles!) One more thing guys, usaha2 gak, tawakal jangan lupa ye!
exam 4 ari jek; bekalan nya... woha!
p/s- may my addiction to the net berkurang la seminggu dua ni....-_-"
UPDATE : Sorang kawan kina tegur yang kopi susu dutch lady tu dah de-caff. ehhh? Maji desuka? Betul e? Decaff ke... Huu.. kalau camtu terpaksa la beli nescafe tin tu.. Yang tu decaff x? Pilihan perisa definitely bukan yang ori... Hmmm... Mocha la~ Mocha = kopi + coklat = kafein + dopamine = gabungan terbaik tu!
UPDATE : Sorang kawan kina tegur yang kopi susu dutch lady tu dah de-caff. ehhh? Maji desuka? Betul e? Decaff ke... Huu.. kalau camtu terpaksa la beli nescafe tin tu.. Yang tu decaff x? Pilihan perisa definitely bukan yang ori... Hmmm... Mocha la~ Mocha = kopi + coklat = kafein + dopamine = gabungan terbaik tu!
8 comments:
semua hampir kegemaran saya ahaha
saye plak tyme exam msti rase nk mkn coklat. wajib. pantang pgi kdi.mau dkt stengah jam pikir nk mkn coklat ape. & air 100plus plak kononnye dptkan tenage.haha.
& xdlupa, nescaffe buih haluss. hehe
@ naz
my favourites too~ :)
@ syamimi nadia
Amboi aih. Sampai setengah jam tu pikir nak coklat apa... Tapi memang kalau kat kedai tu tengok coklat uiaahh rsa cam nak jek semua..
dalam banyak2 nih
Oat jer aku xsuka
hohohoh
P/S : Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa - Apa Perasaan?
Ini boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit :-)
@ hans
woo.. tulah sarapanku hari2 tau!
p/s : obviously kategori 1 and obviously ramai jeles. ahaks!
@akubiomed
setakat hari ni tak lagi!
berguna..hee..
@ hiro
lain kali boleh diamalkan eh! hehe
Post a Comment