October 16, 2010

APDSA 2010 in Japan - The Unforgettable Memories - Day 1

Bagi mengekalkan reputasi sebagai blog yang sangat tak up-to-date, meh kina citer pasal pengalaman gi Jepun yang dah 2 bulan berlalu... Dah basi tengik dah...huhu. But as the title concerns, the unforgettable memories kan.. So, ok what?

Sebelum kina pergi lagi jauh, menatang apa APDSA ni? APDSA stands for Asia Pacific Dental Student Association. Tiap tahun akan ada kongres di mana dak2 dental kat rantau asia pasifik ni berkumpul untuk join research competition. Kalau tak masuk competition pun boleh jek join kongres ni. Alah, macam korang gi dengar lecture la... Tak pun pertandingan.. Takkan dalam negara jek. Sesekali kenalah gi international. Eceh.

Tahun ni APDSA congress dibuat kat Jepun.. Sebagai seorang yang gila komik sejak Akira Toriyama menyebarkan virus Dragon Ball, ditambah kegilaan terhadap j-dorama dan berangan melampau dapat jumpa Tomoya Nagase, (siap pernah mimpi Tomo-chan datang Malaysia nyanyi sama ar, kitorang dating sama la, berangan giler seh!) , pergi ke Jepun memang salah satu impian kina. Dan peluang camni memang tak mungkin kina lepaskan. Meeeeeeeemang excited habis!

**************************************************

Kina bertolak bersama2 ngan Brian, Lay Ann, Malisa dan Nad (kitorang berlima jek dari UKM) pada hari ahad 15 Ogos kul 9.45 malam. Kitorang naik Singapore Airlines. (Dah diorang offer paling murah). So, transitlah kat Changi. Tapi memang tak sempat merambu pun dah kena naik next flight pergi jepun.. Lebih kurang jam 6.45 pagi waktu jepun, kina pun menjejakkan kaki di negara matahari terbit ni...

Dari kiri : Brian, Nad, Malisa, Lay Ann

Movie pilihan dalam airplane.. tapi tak abes tengok pun!

Sampai2 kat narita airport, kitorang gather bersama2 ngan dak2 negara lain... Tunggu flight yang lain.. Lebih kurang kul 10 pagi, kitorang gerak bersama2 menuju ke hakone! Kecuali brian, malisa dan nad. Sebab? Waktu dalam airplane tu, Malisa kena gastritis yang agak teruk. Muntah2 sepanjang 6 jam dalam airplane tu. So, diorang menuju ke hospital la dengan menaiki shinkansen (bullet train). Mula2 brian dah tanya dah nak tak naik shinkansen. Kina punyalah bajet nak dapat pengalaman bersama2 ngan dak2 APDSA yang lain.. Naik train biasa jek...

Welcome to Japan~

Time ni bukak mata lagi...
Setengah jam kemudian : krooiiiihhhh~~~

BAD decision! Dengan penat kat airplane tak hilang lagi, puasanya, dehydrated, tak biasa ngan cuaca jepun time musim panas yang terik dan kering sambil mengheret beg seberat 15.8kg, perjalanan dari narita ke hakone ambil masa lebih kurang 5 jam.. And it's not one direct way. Beberapa kali gakla kitorang tukar stesen. Peeeeeeeeeeeeenattttt giler! Tapi yang bestnya kina sempat la berkenalan ngan beberapa dak APDSA yang lain dan sempat berkenalan ngan sorang Nippon oba-chan! (makcik) Camne kitorang 'berborak?' Menggunakan bahasa isyarat la~

Me and Miss Saori

Our tour guides!

Suasana dalam tren
(tapi takdela sepanjang masa kitorang berdiri..)

Dekat kul 5 barulah sampai kat Okada hotel.. Kina sebilik ngan Malisa dan 3 orang budak USM. Masuk2 bilik, my first reaction was "WOW! Sangatlah jepun!"

Dengan tataminya... Kalau ada kotatsu...
(selimut ngan pemanas elektrik) mesti lagi lengkap! ;)

Jamban pun nak amek ke? hehe
O yeah. Sume tandas kat jepun public ke private toilet ke,
sume takde air paip.
Air yang ade pun yang kuar dari mangkuk tandas
kalau korang buang air besar

After berehat2 kat bilik, unpack barang, solat, tibalah masa makan malam... Sekali lagi dinner yang disediakan okada hotel ni "WOW! Sangatlah jepun!"

Perghh.. penuh meja!

Dinner ni walaupun pihak organisasi dah bagi jaminan daging disembelih, kina still makan seafood jekla.. Tak berani seh... Kina try lah jugak makan sashimi (raw food). Kina pilih lah makan udang mentah. perggghhhh! Rasa nak muntah! Confirm takkan makan lagi! Makanan jepun ni gak, sangatlah healthy. Takde masak2 minyak bertakung santan sume. Banyak yang very simple goreng / rebus / raw ngan cicah sos jek. Basically makanan jepun kina bolehlah nak makan tapi yang pasti bukan kegemaranlah. Sangat tak kena ngan lidah melayu kina

Suasana first dinner.. Sangatlah jepun!

Habis jek dinner, ade opening ceremony untuk APDSA ni... Semua pemberi ucapan pakat2 bagi ucapan dalam bahasa Jepun. Memang nganga jekla time dier cakap kan. Dak2 jepun gelak pun kitorang yang lain diam jek... Sampailah MC translate apa yang diorang cakap, barulah kitorang budak negara lain yang pakat gelak ramai2.. Dak2 Jepun plak yang diam.. Language barrier sangat ketara kat sana. Tapi bak kata MC "Eventhough we don't speak the same language, we can still use our body language to communicate. As long as the message is delivered, the communication is a success" Well said!

Time ceremony ni, kitorang diagihkan mengikut group masing2. Kina dapat group 17. Lepas acara formal opening ceremony, adalah acara informal which was introduction of the group leaders. Time tu yang menjadi perhatian semua kebanyakan dak perempuan adalah group leader 11 ngan 12. Sempat usha2 tu! hehe. Selesai acara introduction, kitorang pun berkenalan lah sesama kumpulan masing2. Tak cukup ngan kumpulan masing2, berkenalan ngan dak2 group lain pulak..

Group 17... Tak lengkap lagi nih sebab ada yang tak sampai lagi..

Mula2 kina join lah gak aktiviti bersosial ni. Tapi, akibat kepenatan ngan dah mula dah rasa tak sedap badan, baru kul 11 kina dah angkat bendera putih. Apa lagi, balik bilik, makan ubat, borak2, set jam kul 2.40 nak bangun sahur (kat sana kul 3 lebih dah subuh) dan apa lagi, zzzzzzzzzzzzz~~~


akan bersambung.....

3 comments:

ruggedmom said...

Teringin jugak nak ke Jepun tp mahai sgt le kosnya.

Jom ke blog akak www.ruggedmom.com
Tour local n asian jer

hamzah ian said...

jeles.. gua nak g jepun jgk..

e-liex said...

@ ruggedmom

ongkos nye memang agak mahal la... tapi pengalaman = priceless! :)

@ hamzah ian

terbang tingi2 boleh punya...