August 31, 2010

Contest Cerpen Berilhamkan Lagu - Tiada Lagi Sayang


Kina kembali lagi ngan pertandingan menulis cerpen... Kali ni berilhamkan lagu plak...  Makaseh banyak kat tuan blog yang remind kina tarikh tutup nya dah dekat dah.. huhu... Ramai contestant hebat2.. Memang takde harapan nak menang la... Tapi... nak join gak~

Honestly, kina sangatlah tak up to date bab2 lagu2 ni.. Punyalah tanya kengkawan sume lagu apa yang lirik dier cambest boleh buat cerpen.. Siap buat status kat ym bagai... Last2, kina pilih lagu yang duk bermain2 di kepala sejak seminggu ni.. Loveless by yamashita tomohisa... ;)

Sape2 nak join jangan malu2 segan2 klik jek banner kat atas ni...


***********************************************

"Sayang, kenapa diam je ni?"

Syafina tunduk membisu. Menguis-nguis nasi goreng ikan masin yang luak sesuap cuma. Terasa terlalu berat perkara yang ingin disampaikan. Terasa sesak dada menyimpan perasaan diri. Namun, dia harus luahkan juga. Tidak sanggup lagi rasanya dia menipu diri sendiri. Tidak mampu lagi dia mengecewakan Kamarul, lelaki bermata redup di hadapannya ini. Syafina nekad meluahkan apa yang tersirat di dada.

"Awak... Saya rasa lebih baik.... erm... lebih baik kita berpisah"

Terluah juga kata-kata yang pasti menggores hati lelaki Kamarul. Membuntang mata Kamarul mendengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut kekasihnya.. atau patut digelar bekas kekasih? Kamarul hanya mampu merenung muka Syafina. Masih lagi tekejut. Terkesima hingga tidak mampu meluahkan kata. Satu nafas panjang ditarik perlahan-lahan. Ingin mengumpul kekuatan bersuara. 

"Ber.... berpisah?"

Kamarul bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian. Mungkin dia tersalah dengar. Mungkin fikirannya menerawang ke tempat lain sebentar tadi. Mungkin telinganya yang sedikit capang tidak berfungsi dengan sempurna. Raut wajah manis Syafina direnung penuh mengharap. Syafina senyap tanpa kata. Hanya mengangguk perlahan. Setitis air mata membasahi pipi mulusnya. 

Kamarul masih tidak percaya. Masih enggan menerima apa yang baru didengarinya. Manakan tidak, mereka telah bersama selama hampir tiga tahun. Cuma, Kamarul akui, hubungan mereka semenjak beberapa bulan yang lepas agak dingin. Bukan kerana bergaduh, tetapi entahlah. Entah di mana silapnya, Syafina seolah-olah menjauhkan diri sejak Mei lalu. Anggukan perlahan Syafina mengiyakan persoalan yang diberi. Jemari Syafina diraih. Digenggam lembut. Diusap perlahan. 

"Tapi, kenapa sayang?"

Syafina menarik perlahan jarinya daripada genggaman Kamarul. Sedikit terkejut sebenarnya. Jarang sekali Kamarul bertindak memegang tangannya. Sesuatu yang Syafina sukai. Baginya, Kamarul menghormati dirinya sebagai seorang perempuan. Keluhan kecil terlepas jua. Syafina tahu dia perlu memberikan penjelasan kepada Kamarul. Kamarul terlalu baik terhadapnya. Tidak sanggup dia membiarkan Kamarul dengan teka-teki yang tidak berjawab.

"Rul... awak tak salah apa-apa pun... Sya yang salah. Sya tak tahu macam mana nak terangkan pada Rul..."

Satu nafas panjang ditarik bagi mengumpul kekuatan untuk terus bersuara.

"Secara jujurnya.. perasaan Sya pada Rul dah tak ada. Makin lama perasaan sayang Sya pada Rul cuma sayang seorang kawan je.. Sya pun tak pasti bila perasaan ni berubah.. Tapi, Sya tak sanggup nak teruskan hubungan ni lagi.. Rul seorang yang sangat baik. Terlalu baik. Sya rasa sangat tak adil pada Rul kalau kita terus bersama tapi Sya dah tak ada perasaan sayang pada Rul. Sya rasa Rul berhak dapat seorang kekasih yang lebih baik"

Syafina menggenggam kuat tangannya untuk meneruskan kata.

"Sya harap sangat Rul dapat terima keputusan Sya... dan Sya harap kita akan terus berkawan..."

***********************************************

"Wei.... sudah-sudahlah stalk si Sya tu beb... Dah berapa bulan dah korang break? Lapan? Sembilan bulan? Dah lebih setengah tahun beb...Kita ni dah masuk sem lain dah pun.."
Rungut Ikmal, teman sebilik Kamarul apabila dia ternampak Kamarul duduk menghadap laman facebook Syafina. Naik rimas Ikmal melihat telatah Kamarul. Sekali sekala Ikmal boleh terima lagi. Ikmal tidak pernah menafikan hak Kamarul untuk terus berkawan dengan Syafina.


"Kalau kadang-kadang kau buka page Sya tu aku boleh terima lagi.. Tapi, ni hari-hari buka. Lepas tu, check sorang-sorang kawan lelaki dia. Check semua orang yang komen gambar dia. Lepas tu mula lah rasa sakit hati frust menonggeng sorang-sorang kalau ada budak lelaki komen. Ngadu kat siapa? Kat aku juga..." Ikmal terus membebel.


"Ala beb... Sya tu tetap layan aku apa... Mesej aku dia balas apa... Kira ada harapan lagilah kan..?" Kamarul membalas padu. Bukan mudah baginya melupakan Sya begitu sahaja. Walaupun respon daripada Sya hanya sekadar kawan, Kamarul tetap tidak berputus asa.


"Harapanlah sangat Rul. Aku rasa, Sya tu balas sebab selagi dia tak balas kau mesej tak henti-henti kan? Arghh.. Suka hati kaulah. Aku dah penat nak ingatkan kau... Move on... Move on.. Let it go.. Orang kalau dah tak suka, kau takkan boleh paksa... Ingat, hati dan perasaan tak boleh dipaksa beb" balas Ikmal sambil menjeling tajam. Kamarul diam membisu.


************************************************


"Ni kenapa monyok macam kematian anak ni?" tegur Ikmal yang baru pulang dari kelas.

"Mal... Sya dah ubah status facebook dia... In a relationship... Aku rasa ni mesti mamat nama Faiz..." Kamarul membalas sayu. Kamarul termenung menghadap skrin desktopnya. Perubahan status Sya benar-benar memberi tamparan kepadanya. Dia seolah terjaga dari mimpi yang panjang. Nasihat Ikmal sebelum ini terngiang-ngiang di telinganya. "Rul, aku rasa, baik kau jangan contact Sya tu lagi... Delete semua gambar, email, nombor telefon, facebook dia pun. Aku bukannya apa... Aku kesian tau tengok kau menyeksa diri kau sendiri. Menyakitkan hati kau sendiri bila kau stalk Sya tu. Tapi, kau buatlah cara baik.. Kau cakap terus terang dengan Sya. Aku jamin Sya faham punya. Takkanlah Sya tu kejam sangat nak seksa batin kau. Aku yakin Sya jenis orang yang tak suka bagi harapan yang mustahil terjadi. Korang berpisah cara baik. Biarlah kau simpan semua kenangan kau dengan Sya sebagai satu pengalaman dan memori manis dalam hidup kau. Kalau cara terbaik untuk kau tak terus hidup dalam bayangan silam tu adalah dengan tak hubungi Sya langsung, kau buatlah. Let it go and move on!"


Lama Kamarul memerhati butang 'remove from friends'. "Mungkin betul cakap Ikmal. Mungkin ini yang terbaik buat aku dan Sya. Masing-masing bawa haluan masing-masing.." Kamarul bermonolog sendirian. Langkah pertama harus diambil. Kamarul nekad kali ini. Air mata jantan Kamarul sudah bertakung di birai mata. Klik. 'Syafina Ahmad has been removed from your friends'


*****Tamat*****




Confirm2 ar tak faham kan... Ni terjemahannya (Lagu jepun ni kalau direct translation, ayat memang macam tunggang langgang gakla..  Tapi, asal boleh faham kira oklah kan...?)

Somehow I already understand it
The reason why you looked down
It's because you can’t talk about ‘breaking up’
Even though our shadows on the road
Becoming much closer, seems overlapping
Our memories keep fading away now

You must have come across a different love
I can’t find a word to keep you beside me

Saying goodbye
That it's the end
Even it's a lie
Our hands have become colder since we let go
We’ll become strangers

I'm sorry
Please don't cry
Because I might hug you again

The memory that piled up
Before it turns to pain
Let us give our last smile and
Say goodbye

I’m going to be fine by myself
The first time I lied
Hoping that it will stop your tears

It's really important
I don’t want to say it actually
Eventhough it doesn't really matter

I wish for your happiness more than anyone so
Even though I pretend to be strong
I’d like to tell you “Thank you
very much”




Even if we have to say goodbye
Even if we have regrets

It is the proof that we were once together
It seems because of you
 

Our memories can’t be changed

I’ll forget about it
Let’s put it off our chest
The seasons which we carved together
Let’s move to the new future
Hurriedly, behind your back
with the last smile, I’ll say Goodbye




I'm sorry
Please don't cry
Because I might hug you again

The memory that piled up
Before it turns to pain
Let us give our last smile and
Say goodbye


p/s- thanx sooo much to semua yang tolong directly or indirectly~~~
pp/s- berpuluh-puluh kali kina duk dengar lagu loveless ni time wat cerpen ni ;P

August 15, 2010

Japan, Here I Come!

Lup dup, lup dup! Sangat excited + nervous nak gi Jepun nih! Tak sabar nak jejakkan kaki kat negara matahari terbit ni. Tapi, dalam excited2ni, ada gak dilema yang mungkin akan dihadapi nanti kat sana..


 Dilema #1 - Makanan Halal

Biasa kat Malaysia ni, senang jek nak cari makanan halal. Tapi, kat Jepun nanti di mana kebanyakan rakyatnya bukan beragama Islam, kina takut sikit nak main hentam jek makan pe2 pun. Nasib baiklah kat Jepun nanti banyak jek seafood bley, so soal sembelih tak sembelih, boleh tolak tepi. Tapi, if i'm not mistaken, orang Jepun ni suka masukkan sake dalam masakan diorang. Teringat pernah tengok satu citer diorang goreng telur jek, tapi tu pun tambah sake gak.. huuu...

Tapi, kina rasa lega sikit lah bila pihak organisasi dah bagi jaminan camni

"Fasting and hallal food - No food after sunrise.
So, food will be served in the night before the sun rises 
No pork, frogs, food that contains alcohol and no meat that has fangs 
There must be blood when killing the chicken
(cannot electrocute the chicken or strangle them)
Turkey, fish, horse, eel and vegetables are acceptable
(it cannot be cooked using pig oil).
Sushi and sashimi are fine"

Kawan kina yang study kat Jepun, encik arapaima plak pesan, kalau nampak perkataan2 ni, jangan beli..

乳化剤 - nyuu-ka-zai
ショウトニング - sho-to-ning-gu
ゲラチン- ge-ra-chin
豚 - kanji babi
肉 - kanji daging
酒 - kanji arak




Tapi, kina tetap bawa megi gak! huhu

Dilema #2 - RM atau Yen?!


Bak kata zack zukhairi, jangan convert duit RM kepada yen! Contoh nye la kan, 1000 yen lebih kurang sama dengan RM37. 1000 yen tu sama dengan sekali lunch kat Jepun tu. Maknanya, sekali makan RM37! gilo eh. Boleh buat makan 4 ari, tiga kali sehari tuh! Zack cakap, instead of convert, korang anggap jekla buang dua kosong kat belakang... Maknanye 1000 yen anggap jek sama ngan RM10... Urghhh... susah seh....

RM2k convert dapat ni jek... -_-''

Di kesempatan ni, kina nak ucapkan berbanyak terima kasih kat sume yang terlibat dalam membantu kina uruskan hal g jepun ni... Thanx a lot rakan2 yang pergi sama, Brian, Lay Ann, Malisa and Nad, tak lupagak kepada encik arapaima for all the Japan info dan semua yang terlibat directly or indirectly! Thanx3!! Mmmuahhxx~~~

Tata Malaysia~~~

August 11, 2010

Congratulations Bro~~~

Banyak betul uni yang konvo minggu lepas. UKM, UM, USM, UTEM, KUIS, UniMAP banyak lagi aih dan tak ketinggalan gak, UNITEN.. Tempat abang kina belajar...

Ni merupakan kali pertama kina gi mana2 konvo.. i mean pergi ke majlis konvo tu lah.. Kalau pesta konvo UKM tu memang tiap tahun kina join... Time tahun satu ngan dua buat promotion.. "Datanglah ke booth fakulti pergigian ye" sambil senyum2 cam kerang busuk (nape asal senyum jek kerang busuk. Kesian sungguh si kerang. busuk memanjang) sambil meng-usya2 gak mana tau ade mamat cute bley kirim salam!
Time tahun tiga ngan empat dah poyo pandai skit bertugas la jadik clinician/assistant/counselor.. Seronok jumpe2 patient nih. Eh, ko nak citer apa tadi kina? Pasal abang ko punye konvo kan? Ni nape dah terbabas masuk pesta konvo UKM plak? aish... takpelah.. nak gak promote uni sendiri kan?

Berbalik pada konvo abang kina. Seperti biasa, mana2 majlis konvo pun biasa yang dapat masuk dewan hanyalah 2 orang jek.. So, of course la parents kina yang masuk.. Kami adik beradik hanya menonton kat tv yang ada disediakan kat luar sambil menggemukkan diri makan ntah apa2 jenis bebola/sosej/ice blended/ bubble tea dan apa saja yang dapat disumbat ke dalam mulut sambil menunggu giliran bilalah turn encik Mohd Hudzaifah ni nak kuar...  Oh, tak lupa juga tengok mamat2 cute yang lain carik calon bakal suami dah grad dah tu...
Auntie kat belakang : "Aiyooo.. tak habis2 ini budak amek gambar sendiri.."
Kami : "Auntie jeles lah tu kan? kan? ;P"
Note : Terserlah kegemukan. Tolonglah diet kina!

Finally, tibalah masanya course abang kina.. Yang terakhir sekali daa.... Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrikal.. Rasanya nilah namanya...  Kamera ready di tangan... Semangat ar tuh nak snap gambar walau hanya dari kaca televisyen sahaja... Tunggu punya tunggu......

Dang!! Ni jek yang kudapat.. T_T 
(Kalau ada bajet lebih sila beli yang lcd screen ye..
xdelah dari camera ada line hitam gerak2 tu....)

Takpelah.. kina confirm ade nye photographer kat sebelah tu... Lepas jek giliran abang kina, dan2 terus kina mesej my bro "Senyum lebar tak tahan!"

Habis majlis konvo, ape lagi? Sesi camwhore la jawabnye!

Bukan setakat kat uni....

With the beloved family

Kita sambung lagi kat umah~~~

The siblings...

Sengal

Sekali sekala gedik

Nak berangan sikit, boleh?

Pergi konvo ni serius terasa tak sabar nak grad! Tapi, bila baca status senior sampai seratus lebih kadang2 mencecah 200 patient seari cam tak ready jek lagi! huhu. Sabar kina.. 2 tahun lagi, InsyaAllah.... Di kesempatan ni gak, kina nak ucapkan congrats to all my seniors, frens dan sesiapa juga yang mengenali kina... Congratulations~~~~

pesanan ringkas to my bro : dah grad ni, jangan lupa mak abah; jangan lupa awak, agi, jem; keje leklok, kumpul duit cepat2, da kumpul tu pe lagi, kawen ar~ ;P

p/s - perbualan antara puan hairani ngan cik nasiha sakina

Mak : Yang awak bagi bunga tu ke makwe zefa?
Anak : Aah... (Dalam hati : whooopppsssieee bro! ;P)

August 10, 2010

Selamat Berpuasa Semua!

Secara jujurnya, kina tak terasa sangat kehangatan ketibaan bulan Ramadhan kali ni... Mungkin terlalu busy dengan urusan dunia... Ya Allah.. Semoga aku dapat sempurnakan Ramadhan kali ini dengan sebaik2nya...

Di kesempatan ni, kina nak mintak maaf banyak2 kalau ada buat salah dan silap kepada sape2 sama ada secara sengaja ataupun tak sengaja... Semoga ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya dan kita semua mendapat keberkatan bulan yang mulia ini...

Selamat berpuasa semua! Jangan lupa bangun sahur nanti! :)

Kredit gambar to encik google

p/s- kali ni first time kina akan berpuasa selama 5 hari kat negara orang! >_<

August 9, 2010

Aku Benci Kamu

Aku benci kamu
Selalu buatku rindu
Rindu bayanganmu
Butuh senyumanmu

Aku benci kamu
Buat jantungku laju
Debar melihatmu
Walau cuma seimbas lalu

Aku benci kamu
Buat lalunya waktu
Sepintas laju
Tanpa sedar daku

Aku benci kamu
Bermain perasaanku
Tarik tali denganku
Tanpa kenal jemu

Aku benci kamu
Kerna tak faham aku
Aku yang; sukakanmu


p/s- sejak dua menjak ni selalu sangat baca blog wani, akubukanpuitis; tak pasal-pasal kina terasa jiwang karat semacam.hehe.. ;P (tapi tak sedalam & sepuitis pakar la kan.....). Tajuk inspired by otak ketat-aku mahu kamu